Monday, October 5, 2009

kursus pembinaan personal!!

salam..
dah lama sangat2 ana tidak mengupdate blog ni..
bukan tak nak, tapi, tiada idea untuk menulis..

alhamdulillah, Allah telah memberi ruang untuk ana, menulis lagi..

baru2 ni, kami, batch Form 4 dan lower 6 telah menyertai satu kursus..
sungguh! kursus kali ni, sangat2 berlainan dengan sebelum2 ni..
kami menyangkakan kursus kali ini, akan menjadi seperti kursus2 sebelum ni..
(ala.. ada yang tengking2, kena marah2,kena function..)
tapi, TIDAK ..
kursus kali ni, membuatkan kami tidak serik lagi untuk menghadiri kursus2 yang akan datang..

PEMBINA yang telah dianjurkan pihak sekolah dan BADAR, benar2 bermakna bagi diri ini..
mengapa??
kursus ini telah membuka hati2 pelajar yang tidak perasan akan tanggungjawab kami terhadap masalah disiplin di sekolah..

kursus ini telah membuka mata dan hati kami, bahawa walaupun kita bukan Ketua Pelajar, mahupun Naqib, mahupun orang kuat BADAR, tetapi,
tanggungjwab sebagai seorang khalifah tu memang ada pada semua orang..
with or without jawatan..


aktiviti2 kali ni, memang seronok..
sangat2 seronok.. kerana, ia lain dari yang lain..
kesemua ceramah, tazkirah, aktiviti, tidak membosankan!
banyak sangat2 point yang kami dapat..

dimulakan dengan ceramah oleh ustaz SHazwan,
kemudian, keesokannya,Abg Hazwan..

ada beberapa aktiviti yang menguji cara pemikiran setiap pelajar..
aktiviti paling ana gemari ialah ketika kami semua dibahagikan kepada beberapa golongan..
1) Pihak Pentadbir
2) Guru
3) Ibu Bapa
4) BADAR
5) Pelajar
setiap golongan ini perlu menegakkan dan menangkis setiap tohmahan yang akn dilemparkan oleh pihak2 lain..
persoalannya: masalah sosial dan disiplin dalam kalangan pelajar kini kian meruncing.. hal ini kerana pelajar yang bersalah.. (lebih kurang la ayatnya..)

jadi, kami yang telah dibahagi2kan kepada golongan2 ini perlu menyediakan hujah untuk menangkis stiap tuduhan..!
sungguh! aktiviti ni benar2 menguji daya tahan kami..
serta, aktiviti ni membuatkan kami berfikir dan berada dalam situasi beberapa golongan ini..
jadi, ia memberi kami peluang untuk memahami situasi smuanya!
sungguh2 hebat sahabat2 ana yang bangun dengan yakinnya untuk menangkis tuduhan2..

malam terakhir kursus tu, kami dihiburkan dengan nasyid oleh solo kumpulan Wildan,solo kumpulan FarEast dan 2 orang lagi ahli kmpulan mereka..
sangat teruja kerana ana dapat melihat mereka beraksi di depan mata sendiri!!
kami dihiburkan dengan beberapa buah nasyid yang dimulakan dengan nasyid selawat..
kemudian, hati2 kami terusik dengan ceramah yang begitu bersemangat daripada seorang insan yang hebat.. ustaz Hanafiah a.k.a Ustaz Hanafi..

sungguh! ceramah beliau begitu hebat, begitu membuka mata dan hati2 kami dalam meneliti keadaan dan situasi remaja ISLAM di luar sana, yang mencabar..

ana menjadi takut untuk melangkahkan kaki keluar dari SHAMS selepas mendengar dan melihat anak-anak remaja ISLAM kini yang kian hanyut dibawa arus kehidupan..
namun, semua tu harus ana lalui kelak..
dan pada saat tu, hanya iman, amal dan juga taqwa menjadi bekal dalam hidup yang mendatang..

doakan ana serta sahabat2 ana dalam menempuh cabaran dan onar kehidupan yang akan datang..
Ameen~
insyaallah..

hari terakhir sebagai peserta, kami didedahkan dengan sejarah silam kegemilangan Empayar Islam suatu ketika dulu..
video yang begitu bersemangat itu merupakan hasil kerja abg Syaari(rijal82)..
kejayaan multimedia yang begitu terkesan di dalam sanubari..
sungguh hebat video itu!
ana bertuah kerana dapat melihat video tersebut hasil kerja abg Syaari..(sebelum ni sekadar menjadi peminat blog beliau dan isteri beliau)

akhir skali, sewaktu sbelum majlis penutupan,kami diberi ceramah oleh Bro. Shahir..
ALUMNI SHAMS..
LDK kali ni pula memberi kami peluang untuk bermuhabasah diri sendiri secara berkumpulan dan berbincang cara penyelesaianya..

ana bangga dengan sahabat2 ana yang sungguh berani ke hadapan menampilkan diri sebagai wakil kumpulan mereka!
idea mereka mantap!
ana kagum!
tahniah semua!!

kemudian,semasa majlis penutupan,kami diberi kejutan!
ALTIS Group Production telah membuat sebuah video yang mantap!
sangat2 kreatif..
ana begitu kagum!
walaupun tidak siap sepenuhnya, tetapi, kami berpuas hati!
tahniah!!

akhir kalam,
buat sahabat2,
sebenarnya, bukan keseronokan yang kita cari, tetapi ilmu yang akan kita dapati,
daripada fasi2 yang hebat2..
sungguh banyak ilmu yang kami dapat!
terima kasih!!
mereka telah berusaha sehabis baik untuk kita..
tetapi, semuanya berbalik kepada kita,
sama ada kita ingin mengikhlaskan hati kita untuk menerima semuanya atau pun tidak..

sahabat2,
jika kita ikhlaskan hati kita untuk semua ini kerana Allah, insyaAllah,
Allah akan memberi kita kekuatan dan hidayah untuk menerima ilmu2-Nya,
tapi,
kalau kita sendiri tak ikhlas..??
sama2la kita memuhasabah balik diri kita..

wasalam..
5.10.2009
16 Syawwal 1430
~As-Sakinah~

1 comment:

senikehidupan said...

Salam, sebab apa kami tak berapa recommend program agresif :

http://senikehidupan.wordpress.com/2008/12/27/episod-56-fenomena-berprogram/

Hehe.. Doakan video yang tak seberapa tu mampu disiapkan dan dipublish ke YouTube.^^

Hari tu nak jumpa sekejap latermedia, cepat balik pulak. Hm, tak apalah.