Wednesday, October 21, 2009

assabiah...ye ker??

salam..

maaf, sepatutnya, 3 minggu ana tak patut relaks dgn menaip di sini..
but.. there's nothing can stop me from writing.. huhu..



" kak,kak, apa tu assabiah?" tanya seorang adik comel kepada Kina..
"assabiah?? mana adik dapat perkataan tu?" soal kakaknya kembali..
"adik dengar kawan2 akak cakap tadi.." balas adik comel tadi..
"assabiah tu, yang akk tahu, mksdnya berpuak2.." terang kakaknya, simple..

* cerita di atas sekadar refresh kepada minda kita.. tiada kena mengena dgn yang hidup atau yang telah meninggal dunia..



baiklah,
ana hanya ingin berkongsi pengalaman dan pendapat yang ana ada..
kadang2, kita rasa hal ni kecil sangat.. btul.. kecil..
tapi kenapa??
kerana, kita masing-masing anggap diri kita betul..
jadi, kita telah menutup sebelah mata kita untuk menilai sama ada kita salah atau betul..



dulu..
masa ana ada usrah dengan akak2 senior ana..
ana sayang sangat dengan usrah ana..
sehinggakan, ana rasa ana tak suka bile usrah ana terpaksa bergabung dengan usrah lain..
ana nak usrah ana, usrah ana..
usrah lain tak boleh join kerja2 kita orang..
ni kerja kita orang je..

dulu jugak..
ana pernah berprasangka bahawa kerja2 latermedia (lajnah penerbitan,seranta dan multimedia)
hanya untuk ahli2 latermedia..
ana sangka, latermedia akan wat program bersendirian je..
jadi, pernah suatu ketika, ana jadi tak gemar kalau ada lajnah lain terlibat..
itu masa mula2 ana masuk dalam arena lajnah-lajnah ni..
ana takut, idea2 latermedia dicuri orang lain..
ana takut, nama baik yang sepatutnya khas untuk latermedia diberi kepada orang lain..
'betapa selfish nya ana dulu..huhu..'

tapi sekarang..
bila ana dah mula berjinak-jinak dan bertatih-tatih dalam arena lajnah dan arena BADAR ni..
ana mula sedar..
betul kata Wonder Pet..
"apa yang penting?? KERJASAMA...!!"

usrah kita, mmg usrah kita..
tapi, jangan lupa.. usrah tu sendiri beerti keluarga..
jadi.. apa salahnya kalau kita merapatkan hubungan kekeluargaan kita dengan keluarga2 yang lain.. kan??

sekarang juga, ana mula tahu,
kalau satu2 program.. hanya satu kumpulan sahaja yang terlibat.. macam mana nak jadi??
mampu ke kita bergerak sendirian??
ye, memang tak dinafikan bahawa dalam satu kumpulan tu sendiri dah ramai, naper perlu orang lain?
memang perlu!!
sebab.. lain orang lain kelebihannya.. begitu juga, lain kumpulan, lain kelebihannya..
tak gitu??

berbalik kepada isu assabiah..
kalau kita tengok situasi sekarang..
kenapa orang Islam berpecah?
tak payah tengok jauh-jauh..
tengok je di negara kita..
ana tak ingin berleter panjang.. sebab ana sendiri rasa, semuanya sedia maklum dengan situasi yang dihadapi sekarang..
kalau bukan ttg situasi negara kita,
kita tengok je situasi sekeliling kita...

kenapa kita perlu membeza-bezakan kumpulan?
kenapa kita perlu berpuak-puak?
padahal, kita dalam satu arena yang sama, agenda yang sama,
tujuan yang sama..
kita ingin berjuang kerana Allah..
demi Allah..
jadi, mengapa perlu kita berpuak-puak..?
tak salah jika kita ingin menubuhkan kumpulan2 yang berbeza..
agar mudah dikendalikan..
tetapi..
jangan la pula sampai ada hasad dengki, iri hati.. dan yang sama waktu dengannya..
ye tak?
kita semua dalam satu perjuangan yang sama,
jadi.. tak perlu kita berpuak-puak..

sama-sama kita renungkan dan beramal..
insyaAllah..
maaf andai tersalah, terkasar dan terlebih kata..
jika ana bersalah.. jangan lupa tegur...
sampai di sini sajalah..
sekian..
wasalam..


21.10.2009
2 Zulkaedah 1430
~as-sakinah~
~as-sakinah~

1 comment:

Anonymous said...

1) Kesempitan luar adalah kesempitan di luar.Jangan masukkan kesibukan kita yang diluar itu dengan kerja-kerja lain.

Jadi, bagus, dah pecah tembok itu daripada menghalang untuk anda menulis.

Ana lebih suka menulis sekitar waktu peperiksaan. Itu mengaktifkan minda dengan meliar.

2)Tak suka bergabung, tak suka berkongsi, tak suka yang lain terlibat adalah sifat mazmumah yang kita perlu jauhi.

Biasa orang putih panggil, self-centered.

Tapi tembok ini juga telah dipecahkan oleh anda. Sekadar berkongsi, ana dahulu pun sukar untuk kerjasama. Ikutkan buat apa susah-susah dengan kumpulan lain.

Nasib baik kita mula faham, belajar ini memerlukan proses.

Baru sedar, ikut cara sendiri takkan dapat meningkat dengan baik.

Bak kata John C. Maxwell, "one is too small to achieve greatness"

Maka kita perlu berkembang, berkembang dan berkembang.

Jika usrah dalam kelompok kita, adakan pula perlawanan sukan antara usrah. Kemudian buat tournament. Akhirnya kita berkembang jalur dakwah ini.

Begitulah juga latermedia, selepas latermedia berkembang jadi power, kita berkongsi pula dengan rakan kembar SMKA negeri sembilan, SMKA Pedas.

Ia semakin lama semakin membesar, jika kita semua menyetujui penggabungan dan keserasian matlamat.

Insya-Allah.

Jangan lupa untuk program kemuncak,
Ansar-Muhajirin Multimedia SHAMS Pedas~