Followers

Friday, January 20, 2012

Biasa

Assalamualaikum..

Entry ini ditulis khas untuk memohon sejuta kemaafan kerana sudah lama tidak mengupdate blog.

Mengapa? Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa..

Maafkan diri ini sekali lagi.. InsyaAllah akan aku rajin2kan diri ini untuk mengupdate semula blog ini~

InsyaAllah~

Monday, August 22, 2011

Ramadhan – Aku dan UIA

Wah, sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke 4 aku berada di CFS IIUM. Kalau direnung balik, macam tak percaya aku kini berada di pintu gerbang UIA, belum masuk UIA lagi~ hehe….
Sepanjang aku berada di CFS IIUM, banyak sangat yang aku belajar. Aku belajar untuk hidup sendiri, arrange duit sendiri dengan lebih serius berbanding masa sekolah dulu, manage masa dengan lebih baik, bergaul dengan lebih bijak, pendek kata hampir semuanya serba serbi baru untuk aku.
Especially inilah kali pertama aku tinggal di asrama a.k.a tinggal jauh sedikit dari rumah. ( Nilai je pun)

Pengalaman itu

Namun, aku amat bersyukur kerana dek pengalaman ini lah aku mula mencari siapa aku sebenarnya, aku mula menerokai dunia Allah yang Maha Luas ini. Aku mula mengenali erti persahabatan sebenar, aku belajar mengerti erti kehidupan dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Sayu, apabila mengenangkan aku bakal berpuasa sendirian di asrama, tanpa mama,papa,adik,tokmi dan tokbah seperti selalu yang aku lalui.

Awal Ramadhan,menitik juga air mataku ketika pertama kali bersahur dengan kawan-kawan dorm. Tapi, situasi itu tak lama, kawan-kawan dorm aku gemar untuk menghangatkan suasana. Tak suka keadaan sepi dan sayu. Maka mereka akan membuat lawak-lawak yang tak kering gusi untuk menceriakan suasana. Alhamdulillah.

Ikut perancangan, hanya minggu pertama sahaja aku dapat balik dan berpuasa dengan family, minggu kedua dan ketiga aku ada program dan tak dapat balik.
Pada minggu kedua berpuasa aku ada program di bawah Leadership and Training Department, IIUM.

Program ini amat mengingatkan aku kepada program masa sekolah dulu-dulu. Ada ceramah, ada group work, qiamullail, sahur bersama-sama,buka bersama-sama, tadarus. Indahnya saat-saat berprogram. Rindu~

Qiamullail kali ini aku rasa lain sangat. Rasa sayu, rasa pilu. Mungkin suasana dan tempat qiamullail berbeza. Iyalah, dulu masa sekolah, qiam di surau comel kami je.

Tapi, program kali ini qiam di Masjid Putra Nilai, Bandar Baru Nilai. (dengar nama masjid macam jauh sangat, tapi sebenarnya depan bangunan asrama kami je.hehe..)
Yang menjadi imam kami pula salah seorang ustaz di CFS IIUM, bertambah indah saat dan suasana itu. Betapa aku rindukan program sehinggakan hampir menitik air mataku.

Sepanjang aku di kampus, bukannya tiada sahabat-sahabat mengajak aku untuk berprogram. Ada. Tapi, apakan daya, kebanyakan program itu diadakan hujung minggu. Masa untuk aku bersama family aku hanya pada hujung minggu. Jadi aku terpaksa lepaskan. Alhamdulillah,Allah berikan aku peluang lagi untuk menyertai program sedemikian.. 

Pada minggu ketiga berpuasa, sepatutnya aku jadi salah seorang AJK untuk program berbuka,qiam dan sahur di UIA,Gombak. Namun, Allah Maha Penentu Segalanya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Aku demam. Dan diexcusekan daripada program. Aku pulang ke rumah. Mama suruh balik. ( lagipun rumah dekat, apa salahnya balik rumah kalau tak dapat join program,kan?) 

Hikmah aku demam ialah, aku dapat balik! Hehe..~

Till then, sehingga bertemu di lain entry. Ada satu rahsia hati yang ingin aku kongsikan nanti~

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan datang lagi!

Alhamdulillah, diri ini masih berkesempatan melalui madrasah Ramadhan.
Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri ini seadanya. Dosa dan noda. Akulah hambaNya yang hina itu.
Astagfirullah al azim, astaghfirullah al azim, astagfirullah al azim~

Puasa = Disiplin

Sedang aku berbaringan di atas tilam yang empuk, tiba-tiba suara sahabatku kedengaran,

“ Kinah, macam mana nak buat conclusion tentang puasa ya?”

Adoi. Aku yang baru bangun dari tidur ini, terkebil-kebil mendengar soalannya.

“ Ha? Conclusion?” soal aku balik.

“ Haah untuk assignment BTQ ( salah satu subjek kami ),”

Maka, dengan izin Allah aku mampu menjawab soalannya. Dan jawapan itu ingin aku kongsikan dengan anda,

“ Ok.. Macam yang kita tahu, dalam puasa, ada banyak do’s and don’ts ,kan? Dan macam yang kita tahu, Allah sayangkan setiap hambaNya, walaupun kita selalu rasa Allah tak adil, tapi tetap sahaja Allah sayangkan kita,kan?

Tapi, nampakkah kita Allah ingin menunjukkan kasih sayangNya kepada kita melalui puasa? “

“ Maksud kinah?” soal sahabatku.

“ Macam ni, Allah sayangkan kita,kan? Tapi, nampakkah kita melalui puasa, Allah dah menunjukkan kasih sayangNya pada kita.

Macam mana? Ha! Allah dah tetapkan segala hukum-hakamNya dan peraturan-peraturanNya semasa kita berpuasa,kan? Contohnya macam kita tak boleh makan,minum,kena jaga mata, jaga lidah,jaga telinga dan macam-macam lagi.

Hmm.. Selalunya, apa yang kita dengar keluh kesah daripada orang lain terhadap puasa ini mungkin hanya penat, lapar dan hampir semuanya yang buruk .

Tapi, hakikatnya, Allah sedang menjaga kita dengan cara kita menjaga diri daripada melanggar peraturanNya sewaktu berpuasa. Allah sedang menjaga kita apabila kita melawan dan mengawal nafsu kita ketika berpuasa. Allah sedang menjaga kita ketika kita sedang mendekati diriNya. Allah juga sedang menjaga kita saat kita sentiasa ingatkan diriNya.

Oleh itu, Allah juga sedang menjaga kita yang sedang berpuasa sekarang ini!”

Puasa = CintaNya

Fahamkah? Ya! Ayat tadi mungkin pening dan sukar untuk difahami. ( Maaf, sudah lama tidak menulis. Inilah jadinya)

Baiklah…

Maksudnya, apabila kita berpuasa, kita akan menjadi seorang yang berdisiplin,bersabar,dan dapat belajar mengawal nafsu dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya dan secara tidak langsung kita akan cuba meningkatkan diri kita serta cuba mendekatiNya.

Bukankah dengan semua itu tadi membuatkan Allah akan menjaga dan lebih mencintai kita? Oleh itu, sebenarnya perintah berpuasa bukanlah satu bebanan. Tapi hakikatnya ia merupakan suatu tanda kecintaan diriNya akan diri kita.

Lihat! Sungguh luas kasih sayangNya. Sungguh kreatif setiap perintahNya. Sungguh indah cintaNya. Bukan?

Ya! Kita! HambaNya yang hina dan penuh noda ini pun Allah sayang. Tapi cukupkah cinta dan kasih kita untuk membalas cinta dan kasihNya?(muhasabah diri ini juga.Ya Allah~)

~Yok! Kita sama-sama renungkannya~

Nota kaki : Allah menunjukkan kasih sayangNya pada kita bukan sahaja dalam perintah puasa, tapi melalui ibadah lain juga…….

Saturday, July 16, 2011

Surat Cintaku di UIA

“ Tak sangka, aku dah besar. Dah masuk U. UIA pulak tu, xsangka sangat aku DAPAT masuk UIA.
U.I.A~”

Bisik hati aku ketika aku berada di dalam bas UIA dalam perjalanan pulang ke UIA di kampus Nilai.

SYUKUR

Semakin hari, aku semakin mencari erti syukur dan merasakan aku patut bersyukur ke hadrat Illahi. Sungguh! Terlalu banyak nikmat dan kasih sayangNya yang Dia telah curahkan kepadaku.

Tak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata, malah mungkin tak cukup untuk aku balasnya dengan amalanku yang tak seberapa ini.
Namun, apa yang mampu aku lakukan adalah dengan berusaha menggunakan nikmat dan menjaga kasih sayangNya yang telah Dia berikan kepadaku ini. Usaha.
Ya! Hanya usaha yang mampu aku titipkan. Hanya usaha yang mampu aku lakukan. Dan harapanku, usahaku untuk menjadi hamba Dia yang lebih solehah dan lebih dekat dengan diriNya akan diterima olehNya. Aku mengharapkan agar Dia tidak akan sekali-kali membiarkan aku tanpa bimbinganNya, kerana aku sedar. Betapa aku perlukan diriNya.

Thursday, July 14, 2011

Jejak kakiku di UIA

Alhamdulillah..
Dah lebih sebulan saya menapakkan kaki di CFS IIUM a.k.a Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Semuanya masih berada dalam keadaan yang baik… Alhamdulillah..~

Kini saya di CFS IIUM, Nilai.
Seronok jadi pelajar U? Seronok! Terutama di Nilai ni, dapat belajar untuk menguruskan masa dan menguruskan diri. Iman dan nafsu memang kena kawal betul-betul..
Mesti pelik kenapa nafsu,kan?

Sebabnya, dekat Nilai ni, baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat kedai baju, kedai kain, Tesco, Giant, kedai makan… Semua berdekatan, boleh jalan kaki untuk menikmati kemudahan semua itu.

Human Sciences Student

Ya! Saya seorang pelajar Sains Kemanusiaan di UIA. It’s great!
Utk semester 1 ni, saya dah belajar beberapa core course or core subject.

Antaranya :
- Basic Political Sciences
- Basic Communication
- Basic Sociology and Anthropology
- Basic History

Subjek lain yang saya ambik untuk semester 1 ini :
- English Language Level 6
- Basic Themes of Al-Quran
- Study Circle

Alhamdulillah.. Segalanya masih baik.. Semua lecturer best2, sempoi2.. Comel2.. hehe..
Kehidupan di UIA Nilai ini seronok dan sememangnya agak mencabar.

By the way, 25.7.2011-31.7.2011 akan ada mid-term.. so, please! Do pray for me~

And of course, sorry, sebab dah lama memberi ruang kepada habuk2 untuk beranak pinak di sini.. hehe~

Saturday, June 4, 2011

CFS IIUM

Dear readers,
Now, I’m at CFS IIUM, Petaling Jaya.. About an hour later I’ll be signing off to CFS IIUM, Nilai.
Yeay! It’s so near to my hometown..
For about a week I’ve been staying here and I get to know a lot, I mean it, a lot of types of friend here!

Surely, this campus, teach me a lot of things.. Unusual and very different environtment for me, as this is my first time living in hostel..

Friends from around the Malaysia, different types of school and a very unique personalities each of them.

For a week, I have to stay at CFS IIUM, Petaling Jaya to attend the orientation week or as known as Taaruf Week Programme. Yup! My days are full with briefing,briefing, and more briefing..

I’ll tell you more about it, because I have to catch a bus to go to CFS IIUM Nilai, see u then~

Tuesday, March 1, 2011

Itu dan Ini~

“ Aku ada banyak masalah la. Masalah itulah, inilah~”

“ Ala, kau tak faham masalah aku, kau tak faham apa yang aku rasa,”

Masalah, semua orang pasti ada masalah masing-masing.
Masalah bukanlah sesuatu yang patut diabaikan. Kita juga tidak seharusnya melarikan diri daripada masalah kerana ia akan menjadi lebih parah dan hati anda akan terus berdarah.
Masalah...
Masalah merupakan sesuatu wadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Bagaimana?

Melalui cara yang betul dan penghayatan yang betul~
Ambillah iktibar daripadanya!

Pada pendapat saya, tiada masalah yang boleh diklasifikasikan sebagai masalah BESAR atau masalah KECIL.
Hal ini kerana, masalah tetap sahaja menjadi satu masalah.
Kecil atau besar, bukan kita, manusia atau hambaNya yang kerdil ini yang tentukan, kerana bukankah Allah itu sebaik-baik perancang?
Oleh itu, Allah tahu masalah apa yang sesuai untuk diberi kepada hambaNya sebagai satu ujian keimanan.

‘ Sesungguhnya, Allah akan memberi ujian kepada hambaNya berdasarkan kemampuan hambaNya.’

Itu janji Allah kepada kita! Yakinilah!

‘ Jangan mengatakan kamu beriman selagi kamu belum diuji.’

Itu juga janji Allah kepada kita di mana setiap hambaNya akan sentiasa diberi ujian olehNya sebagai penanda aras kepada prestasi iman kita setiap tahun,setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, malah setiap helaan nafas~

Sahabatku dan diriku, mengertilah Allah menurunkan ujian dan masalah bukan sebagai suatu bala atau suatu kesusahan kepada diri kita.
Tetapi, ianya sebagai suatu peringatan,iktibar dan paling penting sebagai satu rahmah dari Allah untuk hambaNya.

Mengertilah bahawa Allah sayangkan setiap hambaNya. Allah sayangkan kamu! Sebab itu Allah memberi setiap hambaNya masalah tersendiri. Agar kita dapat meningkatkan prestasi iman dan komitmen sebagai hambaNya yang sentiasa ingin mengupgrade iman~

“Senanglah kau cakap macam ni,masalah aku besar tahu tak.. besar!”

Kalau masalah anda besar, beruntunglah anda! Kerana jika anda dapat mengambil iktibar daripada masalah anda dan anda bersabar serta bersyukur dengan segala ujian yang diberi olehNya, itu tandanya anda seorang hambaNya yang kuat! Anda beruntung! Dan saya cemburu dengan kekuatan dan kasih sayang serta perhatian yang telah Allah berikan kepada anda~!

Jika besar masalah anda, maka besar jualah kekuatan di jiwa anda. Besar jua kasih sayangNya kepada anda dan besar jualah ganjaran yang anda akan dapat kelak~

Jadi, ayuh! Kita sama-sama melihat keadaan insan-insan yang lebih susah daripada kita. Insan-insan yang telah dipilih Allah agar kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersabar dengan setiap dugaan,mehnah,cabaran dan ujian yang diberiNya kepada kita.

KERANA ALLAH SAYANGKAN KITA~