Monday, August 22, 2011

Ramadhan – Aku dan UIA

Wah, sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke 4 aku berada di CFS IIUM. Kalau direnung balik, macam tak percaya aku kini berada di pintu gerbang UIA, belum masuk UIA lagi~ hehe….
Sepanjang aku berada di CFS IIUM, banyak sangat yang aku belajar. Aku belajar untuk hidup sendiri, arrange duit sendiri dengan lebih serius berbanding masa sekolah dulu, manage masa dengan lebih baik, bergaul dengan lebih bijak, pendek kata hampir semuanya serba serbi baru untuk aku.
Especially inilah kali pertama aku tinggal di asrama a.k.a tinggal jauh sedikit dari rumah. ( Nilai je pun)

Pengalaman itu

Namun, aku amat bersyukur kerana dek pengalaman ini lah aku mula mencari siapa aku sebenarnya, aku mula menerokai dunia Allah yang Maha Luas ini. Aku mula mengenali erti persahabatan sebenar, aku belajar mengerti erti kehidupan dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Sayu, apabila mengenangkan aku bakal berpuasa sendirian di asrama, tanpa mama,papa,adik,tokmi dan tokbah seperti selalu yang aku lalui.

Awal Ramadhan,menitik juga air mataku ketika pertama kali bersahur dengan kawan-kawan dorm. Tapi, situasi itu tak lama, kawan-kawan dorm aku gemar untuk menghangatkan suasana. Tak suka keadaan sepi dan sayu. Maka mereka akan membuat lawak-lawak yang tak kering gusi untuk menceriakan suasana. Alhamdulillah.

Ikut perancangan, hanya minggu pertama sahaja aku dapat balik dan berpuasa dengan family, minggu kedua dan ketiga aku ada program dan tak dapat balik.
Pada minggu kedua berpuasa aku ada program di bawah Leadership and Training Department, IIUM.

Program ini amat mengingatkan aku kepada program masa sekolah dulu-dulu. Ada ceramah, ada group work, qiamullail, sahur bersama-sama,buka bersama-sama, tadarus. Indahnya saat-saat berprogram. Rindu~

Qiamullail kali ini aku rasa lain sangat. Rasa sayu, rasa pilu. Mungkin suasana dan tempat qiamullail berbeza. Iyalah, dulu masa sekolah, qiam di surau comel kami je.

Tapi, program kali ini qiam di Masjid Putra Nilai, Bandar Baru Nilai. (dengar nama masjid macam jauh sangat, tapi sebenarnya depan bangunan asrama kami je.hehe..)
Yang menjadi imam kami pula salah seorang ustaz di CFS IIUM, bertambah indah saat dan suasana itu. Betapa aku rindukan program sehinggakan hampir menitik air mataku.

Sepanjang aku di kampus, bukannya tiada sahabat-sahabat mengajak aku untuk berprogram. Ada. Tapi, apakan daya, kebanyakan program itu diadakan hujung minggu. Masa untuk aku bersama family aku hanya pada hujung minggu. Jadi aku terpaksa lepaskan. Alhamdulillah,Allah berikan aku peluang lagi untuk menyertai program sedemikian.. 

Pada minggu ketiga berpuasa, sepatutnya aku jadi salah seorang AJK untuk program berbuka,qiam dan sahur di UIA,Gombak. Namun, Allah Maha Penentu Segalanya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Aku demam. Dan diexcusekan daripada program. Aku pulang ke rumah. Mama suruh balik. ( lagipun rumah dekat, apa salahnya balik rumah kalau tak dapat join program,kan?) 

Hikmah aku demam ialah, aku dapat balik! Hehe..~

Till then, sehingga bertemu di lain entry. Ada satu rahsia hati yang ingin aku kongsikan nanti~

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan datang lagi!

Alhamdulillah, diri ini masih berkesempatan melalui madrasah Ramadhan.
Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri ini seadanya. Dosa dan noda. Akulah hambaNya yang hina itu.
Astagfirullah al azim, astaghfirullah al azim, astagfirullah al azim~

Puasa = Disiplin

Sedang aku berbaringan di atas tilam yang empuk, tiba-tiba suara sahabatku kedengaran,

“ Kinah, macam mana nak buat conclusion tentang puasa ya?”

Adoi. Aku yang baru bangun dari tidur ini, terkebil-kebil mendengar soalannya.

“ Ha? Conclusion?” soal aku balik.

“ Haah untuk assignment BTQ ( salah satu subjek kami ),”

Maka, dengan izin Allah aku mampu menjawab soalannya. Dan jawapan itu ingin aku kongsikan dengan anda,

“ Ok.. Macam yang kita tahu, dalam puasa, ada banyak do’s and don’ts ,kan? Dan macam yang kita tahu, Allah sayangkan setiap hambaNya, walaupun kita selalu rasa Allah tak adil, tapi tetap sahaja Allah sayangkan kita,kan?

Tapi, nampakkah kita Allah ingin menunjukkan kasih sayangNya kepada kita melalui puasa? “

“ Maksud kinah?” soal sahabatku.

“ Macam ni, Allah sayangkan kita,kan? Tapi, nampakkah kita melalui puasa, Allah dah menunjukkan kasih sayangNya pada kita.

Macam mana? Ha! Allah dah tetapkan segala hukum-hakamNya dan peraturan-peraturanNya semasa kita berpuasa,kan? Contohnya macam kita tak boleh makan,minum,kena jaga mata, jaga lidah,jaga telinga dan macam-macam lagi.

Hmm.. Selalunya, apa yang kita dengar keluh kesah daripada orang lain terhadap puasa ini mungkin hanya penat, lapar dan hampir semuanya yang buruk .

Tapi, hakikatnya, Allah sedang menjaga kita dengan cara kita menjaga diri daripada melanggar peraturanNya sewaktu berpuasa. Allah sedang menjaga kita apabila kita melawan dan mengawal nafsu kita ketika berpuasa. Allah sedang menjaga kita ketika kita sedang mendekati diriNya. Allah juga sedang menjaga kita saat kita sentiasa ingatkan diriNya.

Oleh itu, Allah juga sedang menjaga kita yang sedang berpuasa sekarang ini!”

Puasa = CintaNya

Fahamkah? Ya! Ayat tadi mungkin pening dan sukar untuk difahami. ( Maaf, sudah lama tidak menulis. Inilah jadinya)

Baiklah…

Maksudnya, apabila kita berpuasa, kita akan menjadi seorang yang berdisiplin,bersabar,dan dapat belajar mengawal nafsu dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya dan secara tidak langsung kita akan cuba meningkatkan diri kita serta cuba mendekatiNya.

Bukankah dengan semua itu tadi membuatkan Allah akan menjaga dan lebih mencintai kita? Oleh itu, sebenarnya perintah berpuasa bukanlah satu bebanan. Tapi hakikatnya ia merupakan suatu tanda kecintaan diriNya akan diri kita.

Lihat! Sungguh luas kasih sayangNya. Sungguh kreatif setiap perintahNya. Sungguh indah cintaNya. Bukan?

Ya! Kita! HambaNya yang hina dan penuh noda ini pun Allah sayang. Tapi cukupkah cinta dan kasih kita untuk membalas cinta dan kasihNya?(muhasabah diri ini juga.Ya Allah~)

~Yok! Kita sama-sama renungkannya~

Nota kaki : Allah menunjukkan kasih sayangNya pada kita bukan sahaja dalam perintah puasa, tapi melalui ibadah lain juga…….