Tuesday, October 6, 2009

kebenaran..?

salam..
sekali lagi.. alhamdulillah.. ana diberi ruang dan peluang untuk menulis lagi..

kali ni.. bertajuk.. kebenaran..

"Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padamu
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh…."

lirik lagu metafora dari kumpulan NICE ni benar2 sesuai dengan kejadian yg akan ana ceritakan..

kebenaran..??
dalam kita menegakkan kebenaran..
ramai sangat2 yang akan menjadi penghalang kita..
di akhir zaman ni,
lagi kita nak buat baik,
lagi ramai orang yang akan halang kita..
dengki dengan kita..
dan akan merasakan kebenaran yang kita tegakkan itu merupakan satu kesalahan..

pihak yang menegakkan kebenaran akan menjadi pihak MINORITI,
dan pihak yang BERSALAH akan menajdi pihak MAJORITI..
namun, tanpa kita sedari,
di sinilah Allah ingin menguji tahap keimanan dan ketaqwaan hamba-Nya..
di sinilah ujian dan tarbiyah dari Allah untuk kita bermula..

sahabat2,
seandainya anda 'ditindas'(atau kata lain didrop) apabila anda sedang menegakkan ssuatu yang benar..
usah risau.. Allah lebih mengetahui mana2 yang benar..
Allah Maha Penyayang..
Dia tak akan membiarkan kita keseorangan..

di saat inilah kita perlu menguatkan diri..
tarbiyah diri kita supaya lebih kuat..

kadang2,
bila kita buat ssuatu yang benar,
orang akan kata kita salah..
bila kita membantu guru dalam mengurangkan masalah disiplin,
orang kata kita skema..
bila kita melaporkan kepada guru tentang salah laku sahabat kita,
orang kata kita barua (perkataan ini bukan perkataan kesat, tapi membawa maksud orang yg suka mengadu)

namun! hakikatnya!
kita sendiri tau, kita hanya melakukan tugas,
kita membantu guru,
kita melaksanakan amanah!
jadi,
usah risau sahabat2..

namun,
disebabkan perkara2 begini berlaku kepada orang2 yang ingin melakukan tugas,melaksanakan amanah..
orang2 ini menjadi takut,risau
untuk terus menegakkan kebenaran..
mereka takut, tiada siapa yg akan bersahabat dengan mereka..

usah risau..
Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan sabar..

mungkin tidak ramai orang yg amik kesah ttg hal ni,
tapi,
bg ana,
disebabkan orang Islam itu sendiri 'menindas'(mendrop)
orang2 Islam yang lain yang sedang menegakkan kebenaran,
maka,
masalah ini semakin meningkat..

masalah apa yang meningkat tu???
masalah kekurangn anak remaja Melayu,Islam menegakkan perkara yang benar,dan mencegah perkara yg mungkar..
amar maaruf nahi mungkar..

sama2la kita cuba mengimbas kembali diri kita,
muhasabah kembali kelakuan kita.
semoga Allah meredhai smua..
ameen~

sekian,
waallahu'alam..

wasalam..
~7.10.2009~
~17 Syawal 1430~
~As-Sakinah~

2 comments:

Anonymous said...

test3

senikehidupan said...

Saat abang baca kalimah demi kalimah apa yang sakinah tulis ni abang teringat satu kata-kata mutiara dari Ustazah Syakirah waktu kem PEMBINA hari tu;

“Apabila semua orang sekeliling kamu membuat perkara haram, apa PENDIRIAN kamu ketika itu?”

Lantas buat abang terfikir kenapa Ustazah Syakirah tak bercakap tentang TINDAKAN tetapi tentang PENDIRIAN. Baru abang faham, bahawa ini adalah soal KEPUTUSAN bukan soal apa yang kita perlu buat, kerana kita diuji dengan kehidupan kebenaran dalam keadaan kita minoriti.

Inilah yang wujud ketika abang berada di universiti. Pelbagai ragam manusia yang wujud di sekeliling kita, mengajak kita bersama buat itu ini, dan pelbagai macam lagi. Tetapi ketika itu, bagaimana dengan pendirian kita untuk menempuh keadaan itu [bak kata Ustazah Syakirah]?

Ada orang nak ikut pakaian dan style mad’unya kononnya nak mendekati lantas dirinya sendiri terkandas. Ada yang lebih baik sentiasa mengambil langkah merapati dan memahami tetapi sentiasa menjadi seorang kawan yang menunjukkan ciri-ciri insan yang soleh (abang ada tulis dalam Seni Kehidupan baru-baru ini)

Kadang –kadang rakan yang soleh tak perlu nak cakap atau tegur pun tak mengapa. Kita kata insyaAllah, subhanallah, alhamdulillah, tawakkal ilallah, lama-lama rakan-rakan itu pun mula mengikut. Percayalah. Malah ia akan mula menilai siapa dirinya di sisi insan yang sedaya upaya menjauhi dosa.

Ini adalah bingkisan ilmu dari Fathi Yakan dalam bukunya Bahtera Penyelamat :

Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:


1. seorang mukmin yang dengki padanya

2. munafiq yang membencinya

3. kafir yang membunuhnya

4. syaitan yang menyesatkannya

5. hawa nafsu yang menggodanya”

Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”



Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering. Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:


“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)


Mengapa mereka dengki?


Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.


~Muhasabah buat diri sendiri jua