Monday, December 14, 2009

MENGAJAR, DIAJAR DAN BELAJAR..

salam.
dah lama ana tak update blog ana..
asifni..
alasan apa lagi yang ana patut nyatakan ye??
huhu..
sungguh! ana tidak diberi ilham atau idea untuk menulis selama beberapa minggu ini..

kali ini, ana ingin berkongsi sedikit pendapat ana..
tentang..
PERSAHABATAN..

baru-baru ni, ada menonton siaran 'TANYALAH USTAZ' di TV9..
pada awalnya, ana tidak terlalu fokus dengan apa yang telah diperkatakan serta dibincangkan oleh ustaz tu..
namun, ada satu ayat yang ustaz tu cakap,
dan ia memberi ana idea untuk menulis..
alhamdulillah..

ustaz tu cakap mcm ni..
" kadang-kadang, seorang isteri tu, tak dapat untuk menjadi seorang isteri yang solehah,
sebab suami tu tak pernah nak ajar isteri tu, macam mana nak jadi isteri yang solehah..
isteri pulak tak ajar suami untuk menjadi suami dan ayah yang penyayang.. jadi.. macam mana nak dapat isteri solehah dan suami yang penyayang? "

apa farah merepek ni?
xde kene mengena langsung dengan persahabatan..
ada kene mengenanya..!
apa dia??

"kadang-kadang, seorang sahabat tu tak dapat nak jadi seorang sahabat yang baik... kenapa? sebab sahabatnya yang lagi sorang tu, tak penah bagitahu dia macam mana nk jadi seorang sahabat yang baik.. jadi, mcm mana sahabat tu nak jadi seorang sahabat yang baik??"

hah! kan ada kene mengena tu..!
hmm..
sahabat-sahabat,
kita manusia biasa.. tak tahu segala-galanya..
kita perlu diajar, untuk belajar..
kita juga perlu mengajar untuk belajar..

jangan kita jadi seorang yang kedekut dalam berukhuwah,
jangan kita jadi seorang yang ego dalam persahabatan,
jangan kita jadi seorang yang mementingkan diri sendiri dalam berkawan..

kadang-kadang, kita selalu kecik hati dengan kawan kita, sahabat kita, kan??
dia x jaga hati kita..
dia x faham kita..
dia x anggap kita kawan baik dia..
dia berahsia dengan kita...
macam-macam sebab lagi la yang kita bagi..

tapi,
kadang-kadang, mungkin semua tu prasangka buruk kita jugak, kan??
mungkin kita terlalu sensitif..
terlalu berkecik hati..

so.. ayuh!
sama-sama kita muhasabah diri kita..
insyaAllah..
kita baiki diri kita, menjadi lebih baik..
kita tak dapat untuk menjadi sempurna..
tetapi, kita boleh menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.. kan3??

tapi,
ada sesetengah pihak menganggap,
' xpe kalau kita tak jaga hati dia (kawan,shbt dia)..
sebab aku ada Allah..'
ayat di atas mungkin membawa maksud bahawa seseorang ni,
menganggap dia tidak perlukan seseorang untuk dia bergantung..

sungguh! memang kita tidak boleh bergantung kepada benda lain selain Allah..
tapi, hakikatnya..
kita hidup bermasyarakat..
jadi, kita perlu cube memahami, menjaga hati semua pihak..

'hablu min Allah wa hablu min annas..'

bagi pendapat ana, kita tetap perlu menjaga hati sahabat kita..
walau apapun keadaan kita..
marah, kecik hati, geram, sedih, terluka.. atau apa-apa sahajalah..

akhir kalam,

"kita nak sahabat yang baik ?? kita sendiri perlu ajar sahabat kita tu untuk menjadi baik..
kita perlu DIAJAR menjadi baik untuk BELAJAR jadi baik,
kita perlu MENGAJAR orang menjadi baik, untuk BELAJAR jadi baik,
kita juga perlu BELAJAR untuk menjadi baik..."


RENDAHKAN EGO KETIKA BELAJAR..!
JANGAN SOMBONG APABILA ORANG SEDANG MENEGUR!

p/s: semua yang dinasihatkan ni.. semuanya untuk diri ana secara khususnya, dan amnya kepada semua sahabat-sahabat ana yang ana sayang.. kerana Allah..
insyaAllah~


renung-renungkan..

wasalam~
~as-sakinah~









3 comments:

wardah07 said...

farah..
post yg menarik..
semoga kte brsahabat selamanye!!
mintak maaf kalau ade wat farah kecik hati or terase ngan kte..
kgd2 kte pon x sedar
hehe..
miss u..haha

as-syuhada said...

salam,lama x dgr cerita farah....he..tiba2 teringat plan kita nak gi kenduri masa cuti ni, pastu gi rmh fatin..last2, sumer cancel...klakar laa

~i'm the flying birds~ said...

salam alaiki...
- la yu'minu ahadukum illa yuhibbu akhihi kama yuhibbu nafsi -
- tidak beriman seorg dr kamu shgga dia mgasihi saudaranya sprtimana dia mgasihi dirinya sndiri-
baru ku terigt ayt ini...
mga kte dpt brbicara andai dtakdrkanNya