Sunday, December 27, 2009

MAKES CAMP!!

salam..
alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih memberi ruang, peluang, masa dan nyawa untuk diri ini terus menulis..



alhamdulillah.. ana baru pulang dari menghadiri kem!
seronok!


tahniah kepada ALTIS GROUP kerana telah berjaya membuat kem yang berkesan seperti itu..
tahniah!
tingkatkan usaha anda!


alhamdulillah..
banyak ana dapat di sana..


pada hari pertama, kami peserta-peserta MAKES CAMP bertaaruf dengan cara dan modul yang amat berbeza dengan kem-kem yang pernah ana pergi..

pada awalnya, kami perlu membuat bulatan dan menghadap ke belakang dengan menutup mata..
kemudian, kami perlu keluarkan apa-apa sahaja barang2 kami yang kami ada dari dalam poket kami..


inilah antara barangnya..
(guess where's mine)


kemudian.. kami diberi sebuah bola ragbi and the game was began!
sesi ice breaking ni, macam main kotak beracun.. siapa yang pegang bola ketika lagu dimatikan, akan diberi satu barang antara banyak-banyak barang tadi..
orang yang terkena tu, perlu menerangkan serba sedikit perihal empunya barang tersebut berdasarkan barang tersebut dan perlu meneka siapa empunya barang tersebut..

akhirnya, setelah semua berpeluang meneka..
peserta perlu mengaku tentang barang2 mereka..
mereka perlu memperkenalkan diri mereka..


kemudian, kami makan, dan perlu bersiap untuk solat..
malam tu, ada sesi tazkirah dan ceramah..

"mengapa aku di sini?" membuka minda peserta untuk berfikir mengapa kami berada di kem.. dan mengapa hanya kami? bkn orang lain?
dari sesi tazkirah maghrib tu, kami perlu mengenal pasti sebab kami di sana disamping untuk membetulkan kembali niat kami..

" melangkah ke dunia baru" pula memberi kami ruang untuk berfikir secara luar biasa..
kamu dari mana nak ke mana? merupakan soalan yang mungkin dianggap remeh dan mudah..
namun, disebalik persoalan itu mempunyai satu pengajaran yang penting..
" begin from the end in mind" is the answer..
dari situ kami mula memahami dari mana kami perlu bermula..




pada hari kedua, kami penuhkan dengan mendaki Gunung Datuk di Rembau..
ekspidisi kami bermula pada pukul 8 pagi dan kami selamat tiba di puncak lebih kurang jam 11.30-12.00 tgh hari..



tak pernah kusangka untuk sampai ke puncak Gunung Datuk!
subhanallah..!



Kemudian, kami membuat sedikit barbeque di kawasan yang lebih selamat dan rata di gunung ini..
pengalaman yang takkan pernah ana lupakan..!
pengalaman ini mengajar ana, untuk mencapai sebuah kejayaan bukannya mudah seperti ABC..
tapi, jalannya lebih sukar dan lebih banyak cabaran dan dugaan..
namun, tika dah berjaya menggapai awan di puncak,
hati kita puas!
kerana segala yang kita usahakan, kita dapat dengan hasil yang terbaik..

kami selamat tiba di kawasan perkhemahan hampir-hampir pukul 2 petang..
usai solat zuhur dan makan tengah hari, kami diberi masa untuk rehat sehingga sebelum Asar..

selepas solat Asar,
kami diberi peluang untuk bermain air di air terjun..
kemudian, kami makan malam dan aktiviti diteruskan lagi dengan solat maghrib,
tazkirah maghrib, dan ceramah 2..
" solat dan kecemerlangan" memberi kami taarif kecemerlangan yang sebenar..
" Personal intelligence" pula memberi kami peluang untuk berfikir kembali ke mana destinasi kita selepas alam manusia..

malam itu, kami makan barberque.. sedap!
semua yang chef2 a.k.a pelajar Kolej Lagenda masak, semua sedap2 belaka..!
mantap..!
hehe..

kemudian, kami diberi rehat kerana kepenatan kami mendaki pagi tadi, masih belum hilang..

keesokannya, hari terakhir..
kami 'berperang'!
War Game menguji daya ketahanan mental dan emosi kami, peperangan antara 3 kumpulan,
merupakan persaingan yang sengit dan agak tidak adil ( gurau jer..)
permainan ini sungguh seronok kerana dapat lihat semngat kerjasama antara peserta dan fasilitator...


kemudian, kami diberi peluang sekali lagi untuk terjun ke dalam air terjun!
seronok! air nya sejuk.. menyegarkan..!



majlis penutupan pula bermula lebih kurang pada pukul 12.30..
pada saat itu, hati ana terasa berat sangat nak berpisah dengan fasi-fasi..
terasa sebak sangat untuk berpisah dengan kem tu, dengan semua kenangan2 tu..
tapi, setiap pertemuan ada perpisahan..
insyaAllah, kami akan melestarikan ukhuwah kami..
insyaAllah.. semoga Allah memberkati kami semua..

akhir kalam..





KEJAYAAN BUKANLAH SATU DESTINASI,
TAPI KEJAYAAN MERUPAKAN SATU PROSES..
meminjam kata-kata Abg Hazwan..

semoga ALTIS GROUP terus sukses dan lebih kuat untuk menempuh hari mendatang..
jangan pernah berhenti untuk meneruskan kem-kem seperti ini..
semoga terus maju! ameen~

ALTIS GROUP chayok..chayok!!
MAKES CAMP.. best....!!
rugi sape yang tak pergi..


sekian,
wasalam..
~as-sakinah~

4 comments:

syahadah said...

hikhik..bolela..sy minat yg daki gunung datuk tu..best jgakla..kalo ade kem nie jgn lpe ajk sy ek..hikhik.wslm,

assyifa' said...

Assalamualaikum...
wah!terperincinya farah tulis...

war game...x adil ek?strategi la...sebab kumpulan farah kelihatan tough untuk dikalahkan.mungkin tempat yg agak strategik di hujung sana...

btw,kita abis hiking kul 2.00 ptg kan??

nurhamizah said...

salam..
seronoknye g sane..
tp x pat la..
sbb kte g terengganu..
teringin nk g sane..
hmm..nnt kalo ade g..
sure kte g nye..

As-Sakinah said...

salam.. to mizah: xpe.. ada hikmahnya.. lain kali, ble ada program ALTIS, kita sama2 gi.. k?hehe..