Monday, February 15, 2010

A Whole New World..

Bismillah..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Allah masih memberi ruang untuk memperbaiki diri dan hati dalam medan penulisan ini.. Alhamdulillah.. ♥

Pada tahun ini, penulis akan membuat suatu transformasi yang agak besar bagi blog ini..
Besar? Ya! Besar bagi diri penulis..
Hal ini kerana, bagi setiap manusia, suatu perubahan yang akan dilakukan pasti akan terasa BESAR dan BERAT, kerana keterbiasaan kita dalam melakukan sesuatu yang biasa..

Buat pengetahuan pembaca sekalian, ada beberapa transformasi yang akan penulis lakukan antaranya :
  1. Penggunaan kata ganti diri bagi penulis ialah saya. Bukan 'ana' lagi. Kenapa? Mungkin saya lebih yakin dan selesa dengan penggunaan 'saya'.
  2. Penggunaan ayat dalam penulisan saya akan saya jadikan lebih gramatis.. Mungkin sekali-sekala akan tersasar dan menyimpang dengan matlamat sebenar, namun, saya sangat mengharapkan nasihat dan peringatan daripada anda..
  3. Tiada lagi penggunaan 'shortform'.. InsyaAllah..
  4. Contents dalam penulisan saya akan lebih menjurus kepada social life,relationship, isu semasa (insyaAllah) dan personal opinion about some issues..

Adakah blog ini akan menjadi skema? InsyaAllah tidak.. Saya akan cuba sehabis baik untuk menceriakan blog ini.. InsyaAllah, segala perkongsian yang bermanfaat akan saya kongsikan di dalam blog ini.. InsyaAllah.. Saya akan tetap menjadi diri saya, yang ceria.. (ceria ke?) Bagi yang mengenali diri saya, mungkin anda lebih arif dalam menilai diri saya.. (^_^)

Hopefully, dengan perkongsian transformasi saya dalam medan penulisan di alam maya akan dibantu dan sentiasa disokong oleh anda.. InsyaAllah..

~ No Boundaries~
~As-Sakinah~

2 comments:

senikehidupan said...

Memang seperti itulah yang kita mahukan Farah. Seseorang itu jika memilih perubahan dia juga perlu berkorban. Korbankan apa yang dikatakan perkara biasa untuk mencapai kesan luar biasa.

Tahniah.

Abang seorang yang sangat lemah dalam Bahasa Melayu satu ketika dahulu. Cikgu sendiri mengatakan karangan yang tidak matang. Akhirnya selepas SPM, abang membuktikan dengan banyak menulis.

Tak tahu pula sehingga pencapaian hari ini menyebabkan abang sendiri dipelawa oleh syarikat buku untuk menulis.

Tahniah kerana memilih yang terbaik. Orang yang memperjuangkan Melayu juga adalah orang yang memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini, insyaAllah. Jatuhnya bangsa kita ini, bukankah kita meruntuhkan Islam jua di sini?

As-Sakinah said...

Syukran atas nasihat..
InsyaAllah..
Farah akan cuba sehabis baik..
I will try my best..
InsyaAllah..
Chayok ~!