Tuesday, March 23, 2010

Apabila Rasa Ini Rasamu..

Cemburu tanda sayang, mungkinkah?

Apabila rasa cemburu mula menyelubungi hati, saya mula resah. resah memikirkan sama ada rasa ini boleh atau tidak, perlu atau tidak, betul atau tidak?

Sekali lagi,apabila rasa cemburu ini mula menjajah kalbu, terasa lemah diri ini.
Betapa kurang dan lemahnya diri ini berbanding yang lain, yang mampu memerangi rasa ini, yang mampu mendefinisikan rasa ini menjadi sebuah kejayaan.

Cemburu Luar Biasa

Cemburu ini bukan sebarang cemburu, bukan cemburu buta kepada 'si dia' yang sedang sukakan muslimah lain atau seumpamanya. Bukan cemburu seorang perempuan terhadap seseorang yang dikasihi.

Tetapi cemburu ini, cemburu seorang penulis terhadap penulis yang lain. Serta cemburu seorang sahabat terhadap sahabat yang lain.

Cemburu yang sedang merantai diri ini merupakan sebuah rasa iri, bukan dengki tetapi iri seorang penulis kepada penulis yang lain.

Seorang penulis di alam maya yang masih mentah dan sedang bertatih dalam arena penulisan serta mungkin tiada pembaca yang sedang membaca hasilnya yang kerdil ini cemburu terhadap penulis-penulis lain yang lebih mantap hasil penulisannya, jua lebih mantap isi serta penyampaian mereka.

Ya! Itulah saya.
Saya yang sedang cemburu dengan penulis-penulis lain terutama dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang mampu menulis dengan lebih berkesan dan menarik ramai pembaca melalui hasil penulisan mereka.

Saya? Masih jauh ketinggalan di belakang.

Cemburuku Cemburu Kasih

Cemburu ini bukan cemburu biasa. Cemburu ini cemburu kasih. Cemburu ini cemburu seorang sahabat terhadap sahabat yang lain, yang amat dikasihi.
Cemburu seorang sahabat yang tidak mampu menjadi seperti sahabat-sahabat yang lain, yang mampu melakukan kemungkaran selepas mereka mengetahui kebenaran.

Pelik bukan cemburu ini?

Cemburu ini sering melanda diri yang dhoif ini.
Ya! Diri saya..

Cemburu ini cemburu kasih. Kasih seorang sahabat kepada sahabatnya. Kasih. Kasih seorang sahabat kepada sahabatnya yang tidak mahu melihat sahabat yang dikasihi it terus terjerat dek nafsu yang membelenggu hati sekaligus mengaburkan minda.

Cemburu Istimewa

Namun, saya telah kenal pasti, cemburu ini, cemburu istimewa.

Cemburu saya sebagai seorang penulis terhadap penulis lain membuatkan saya ingin terus bangkit, berusaha, dan belajar dengan lebih mendalam mengenai penulisan serta akan terus melatih diri menjadi seorang penulis yang lebih matang.

Saya juga memerlukan anda!
Ya!
Anda yang sedang membaca. Pembaca merupakan nadi kepada penulis. Tanpa pembaca, siapalah penulis~

Cemburu saya sebagai seorang sahabat dengan sahabat pula, cemburu ini cemburu istimewa. Cemburu ini un mengajar saya menjadi lebih kuat. Lebih kuat melawan nafsu. InsyaAllah~

Cemburu ini kerana saya tidak mampu bertindak ‘berani’ untuk meluahkan isi hati saya yang terdalam kepada teman istimewa seperti yang lain. Cemburu ini kerana saya tiada ‘keberanian’ untuk berdua-duaan bersama lelaki ajnabi seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh saudara dan sahabat-sahabat seakidah saya yang lain.

Saya cemburu kerana saya TIDAK BERANI untuk menconteng arang ke muka keluarga saya! saya TIDAK BERANI melanggar perintah Allah dan membuat larangan-Nya! Paling penting.. Saya TIDAK BERANI untuk menanggung seksa di akhirat kelak!

Ustazah pernah berpesan pada saya:
“ Biarlah hati kita sakit menanggung derita cemburu, jangan hati kita sakit menanggung derita kehilangan hidayah Allah! Ditinggalkan Allah! Biarlah kita menjadi muslimah yang suci dan bersih dari segala kekotoran. Mustahil untuk kita menjadi terlalu suci dan bersih dari segala dosa. Tetapi, at least, kita berusaha untuk menjaga kesucian diri kita sebagai seorang Muslimah, maruah keluarga dan agama Islam itu sendiri.. Kalau orang lain tak nak menjaganya, biar kita yang menjaganya..”

Cemburuku cemburu kasih, cemburuku cemburu luar biasa, cemburuku bukan cemburu buta. Tetapi, cemburuku cemburu ISTIMEWA. Cemburuku ini penuh makna dan pengajaran buat diriku~

Semoga menjadi pengajaran buat anda jua~

Syukran,
Take care~


~ AS-Sakinah~

2 comments:

Khairussyifa' Humaira said...

Assalamualaikum...
kalau macam tu saya pun nak cemburu jugaklah...
cemburu dengan farah boleh??
cemburu tanda sayang kan?^_^

btw,kite suke part ni.kite selalu rasa cemburu dengan mereka,....

“ Biarlah hati kita sakit menanggung derita cemburu, jangan hati kita sakit menanggung derita kehilangan hidayah Allah! Ditinggalkan Allah!"

*farah,kita ada cerita nak gtau awk..tp..ntahlah...susah nak ckp...

Farah Sakinah said...

thank u syifa'..

syifa' nak cerita?
boleh2.. nanti bila free kita cerita2, k?