Saturday, June 20, 2009

~.: SYURGA CINTA... .:~

salam..
kali ni.. ana diberi inspirasi oleh Allah untuk menceritakan apa-apa yang ana dapat dari filem Syurga Cinta..


sungguh! filem Melayu kita yang satu ni, berbeza sangat dengan filem-filem yang lain..
mungkin ada sesetengah pihak menagtakan, "cerita Syurga Cinta tiru cerita Kiamat Sudah Dekat (filem dari Indonesia)..

walau apapun jua komennya..
apa yang perlu kita buat? jangan tengok sahaja.. tapi, ambil la iktibar dan pengajaran dari cerita2 macam ni..

baiklah, filem Syurga Cinta ini,
banyak.................................... sangat pengajaran yang boleh diambil..

sebelum tu, sinopsis filem ni:
Irham, berusia lewat 20-an telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi.
Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.
Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.
Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya.
Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.
Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.
Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.
Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah.
Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah.
Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya.
Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung.
Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

ini merupakan sedikit sebanyak sinopsis cerita ini..

baiklah, apa yang ana dapat selepas menonton filem ini?
banyak! hakikatnya, cerita ini, bukanlah hanya berkisar soal cinta semata-mata, tapi,
soal nilai-nilai dan cara- hidup Islam itu sendiri, soal kepentingan memilih kawan dalam menentukan diri kita sendiri.. soal jodoh yang Allah telah tentukan..
soal fitrah Islam dalam membimbing diri sendiri dan kehidupan..

filem ini, membuka mata ana tentang kesilapan kita dalam memilih kawan..
hakikatnya, pengaruh rakan sebaya dan pemilihan rakan2 kita amatlah berkait rapat dengan cara kita dan gaya hidup kita..

filem ini, boleh membuka minda kita agar lebih memikirkan masyarakat di luar sana..
bukan apa, mungkin sekarang ni, ana masih berada dalam comfort zone, di mana, ana belum lagi terjumpa dengan insan seperti Irham, lelaki atau perempuan, jadi, hakikatnya, bukan mudah untuk kita membawa dan membimbing insan-insan yang mungkin sudah lupakan agama Islam itu sendiri, yang dia tahu, dalam I/C dia, tertulis dia beragama Islam..

selain itu, filem ini,
banyak memberi input-input tentang jodoh itu sendiri..
dalam filem itu, ada satu dialog yang membuatkan ana teringat-ingat sampai sekarang..
" jodoh itu ada 3..
yang pertama, jodoh dari syaitan, apabila dua orang saling bercinta,lalu berpegang2 tangan dan terus melakukan maksiat.. kemudian, perempuan tiu mengandung, dan atas sebab itu, mereka berkahwin..
yang kedua, jodoh dari jin, apabila seorang ini suka kan seseorang tpi, orang tu, tak suka kan dia, kemudian,dia gunakan bomoh dan jin untuk mendapatkan orang yang dia suka dan mereka berkahwin sebab itu..
yang ketiga, jodoh dari Allah, apabila dua mata saling bertemu, terus jatuh ke hati dan keluarga lelaki itu masuk meminang perempuan itu lalu mereka berkahwin, itula namanya syurga cinta.."

banyak pengajaran yang boleh kita semua ambil.. cme.. kita perlu membuka dan ikhlaskan hati kita tuk menerima pengajaran ni semua..

insyaAllah.. dah banyak jugak ana coretkan untuk kali ni.. cme.. ana sarankan anda untuk menonton filem ini..

selamat beramal.. salam..

4 comments:

Anonymous said...

salam..
akk pun dah tengok movie ni.
terus terang akk cakap, this movie has a lot of differences compare with other malay movies. dan serasa akk this is my 1st time setelah sekian lama akk sukakan filem melayu.
akk pon sampai sekarang masih igt dialog psl jodoh tu. huhu

papepun nice job dik.. teruskan menulis blog kerana adik amat berbakat menulis blog [cewah mcm pengkritik pro je. hehe]

Anonymous said...

salam.. terima kasih anonymous..ni kak nadirah ek? hehe...
-OWNER-

Anonymous said...

salam dik

hmm,habis pertandingan debate hari tu

kawan achik ajak tgk cerita ni kejap,sajer nak rehatkan minda kononnya

tak dinafikan banyak pengajaran dan kelainan tapi,achik tgk setengah jam je kot

entahlah,masalah sosial digambarkan secara realiti dan sangat jelas

tapi,da'wah yang ditonjolkan sangat skeptikal,sangat formal

perhubungan sesama syabab dan akhawat dalam
nak menyampaikan da'wah

kat situ,macam ada sumthin' wrong sket

so

renung-renungkan dan selamat beramal~

Anonymous said...

yup.. betul ckp kakchik tu..
sama-sama la kita menapis segala yg keruh..kan??
chayok!

insyaAllah..

-OWNER-