alhamdulillah kerana Allah masih memberi ana bernafas di atas muka bumi ini,
dan menulis lagi..
Album : Cinta dan Harapan
inilah antara barangnya..
(guess where's mine)
kemudian.. kami diberi sebuah bola ragbi and the game was began!
sesi ice breaking ni, macam main kotak beracun.. siapa yang pegang bola ketika lagu dimatikan, akan diberi satu barang antara banyak-banyak barang tadi..
orang yang terkena tu, perlu menerangkan serba sedikit perihal empunya barang tersebut berdasarkan barang tersebut dan perlu meneka siapa empunya barang tersebut..
tak pernah kusangka untuk sampai ke puncak Gunung Datuk!
subhanallah..!
Kemudian, kami membuat sedikit barbeque di kawasan yang lebih selamat dan rata di gunung ini..
pengalaman yang takkan pernah ana lupakan..!
pengalaman ini mengajar ana, untuk mencapai sebuah kejayaan bukannya mudah seperti ABC..
tapi, jalannya lebih sukar dan lebih banyak cabaran dan dugaan..
namun, tika dah berjaya menggapai awan di puncak,
hati kita puas!
kerana segala yang kita usahakan, kita dapat dengan hasil yang terbaik..
kemudian, kami diberi peluang sekali lagi untuk terjun ke dalam air terjun!
seronok! air nya sejuk.. menyegarkan..!
majlis penutupan pula bermula lebih kurang pada pukul 12.30..
pada saat itu, hati ana terasa berat sangat nak berpisah dengan fasi-fasi..
terasa sebak sangat untuk berpisah dengan kem tu, dengan semua kenangan2 tu..
tapi, setiap pertemuan ada perpisahan..
insyaAllah, kami akan melestarikan ukhuwah kami..
insyaAllah.. semoga Allah memberkati kami semua..
akhir kalam..
semoga ALTIS GROUP terus sukses dan lebih kuat untuk menempuh hari mendatang..
jangan pernah berhenti untuk meneruskan kem-kem seperti ini..
semoga terus maju! ameen~
ALTIS GROUP chayok..chayok!!
MAKES CAMP.. best....!!
rugi sape yang tak pergi..
sekian,
wasalam..
~as-sakinah~
ulang suara ye.. semua nasihat-nasihat ni khas untuk diri ana, untuk diri ana, untuk diri ana..
hope fully, semua akan terbuka hati, untuk muhasabah balik diri sendiri,
kadang-kadang hanya disebabkan SATU perkara yang kita tak dapat, kita lupa dengan semua nikmat yang Allah dah bagi kat kita..
hanya disebabkan sorang kawan kita sakitkan hati kita, mungkin macam dah lupakan kita,kita lupa dengan semua kawan-kawan kita yang lain..
p/s: kepada seseorang yang berkenaan, syukran.. sebab menyedarkan diri ini malam tadi..
' ko tak tau betapa ramai yang berkawan dengan ko.. ko tak tahu ada orang support ko masa buat keje.. ko terlupa berapa ramai orang yang bagi komen dan follow ko kat blog ko.. ko lupa dalam kelas ko, ko masih ada ramai kawan yang nak berborak dengan ko.. sampai hati ko cakap orang tak terima ko.. sampai hati ko cakap orang lain tak nak kawan dengan ko hanya sebab SEORANG tu.. Bersyukur farah..'
syukran buat sahabat ana tu.. syukran sangat-sangat..
hopefully, anda yang membaca entry kali ni, sama-sama muhasabah balik.. sebab kadang-kadang kita TERLUPA.. TERLEKA.. dan tidak BERSYUKUR..
'maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'
(ar-rahman,ayat 13)
sekian sahaja untuk kali ini..
syukran~
wasalam..
~as-sakinah~
WISH YOU ALL THE BEST..!
Straigh A's k? InsyaAllah..
Chayok..!! chayok..!
p/s : no matter what my dears, u all are the best...!
you all have gave all out... chayok..!
sekian..
wasalam..
~as-sakinah~
22.10.2009
salam ukhuwah..
sekali lagi seinfiniti kesyukuran kepada Allah,
kerana telah memberi ana ruang dan peluang untuk meneruskan hobi baru ana..
menulis..hehe..
baiklah..
kali ni, tajuknya.. step by step..
ramai orang berkata..
'farah,aku nak berubah.. aku nak jadi lebih baik..doakan aku ye..'
'farah,tolongla aku.. aku tak tahu macam mana nak berubah..'
'farah, aku tak kuat la.. aku tak boleh la nak berubah..'
(dialog di atas merupakan dialog2 daripada orang yang berlainan)
tapi.. tiba-tiba...................
' farah.. aku dah putus asa! aku tak nak berubah!!!!! cukuplah...!!! aku tak
nak...!!'
sahabat-sahabat..
tahniah jika anda ingin berubah ke arah yang lebih baik..
tapi.. kena ingat..
bila kita nak buat baik, Allah akan bagi kita ujian..
sebagai satu tarbiyah dan kekuatan untuk kita pada hari mendatang..
ingat!!
Allah bagi kita ujian bukan sebab Allah tak sayangkan kita..
tapi, sebab Allah sayangkan kitala Allah bagi kita ujian..
ingat tu...
perubahan yang kita nak buat terhadap diri kita,
bukanlah satu perkara yang dapat dilakukan
dalam sekelip mata,
dalam satu saat,
dalam satu jam,
dalam satu hari, satu bulan atau satu tahun..
tetapi..
perubahan yang akan dilakukan dalam diri kita,
memakan masa..
kita perlukan masa dan ruang untuk kita sentiasa muhasabah dan memotivasikan diri kita..
buat satu persatu..
step by step..
but...
DON'T STOP!!
suka untuk ana berkongsi pengalaman diri ana yang tak seberapa ni..
ana, jenis yang mudah berkobar2 untuk melakukan sesuatu yang ana suka..
tapi, bila i can't make it,
ana akan kecewa..
so, i kept thinking..
mana salah ana..??
day after day,
time after time,
i notice that my dreams was too big for me..
i can't make it by myself..
i need time to achieve my own dream..
i need support and motivation..
pernah sekali,
ana cbe bantu guru untuk wat presentation ttg multimedia sikit di sekolah..
tapi, sedihnya, ilmu ana tentang multimedia is not that good..
and i'm still n will always STUDY those multimedia things..
jadi, ana ingat nak minta bantuan daripada sahabat-sahabat ana..
tapi, mereka banyak kerja.. dan tak dapat nak bantu ana and ajar ana..
so, that time..
ana terasa kecewa dengan diri ana,
sebab tak tahu banyak perkara tentang multimedia..
tapi..
bila ana fikirkan kembali, sedalam-dalamnya..
ana teringat kata-kata Ustazah Syakirah..
ustzah kata,
" kita bermula daripada yang mudah.."
kita sebagai manusia biasa,
memang layak untuk melakukan kesilapan,
dan takkan lekang daripada melakukan kesilapan,
tapi..
ingat!!
kita perlu BETULKAN kesilapan kita,
dan JANGAN ULANG LAGI..
jadi.. ana kembali sedar..
kita manusia.. memang perlu berubah..
daripada tak tahu, kepada tahu..
daripada tahu, kepada lebih tahu..
pendek kata, daripada buruk kepada baik..
daripada baik, kepada lebih baik..
make sure,
hari ini lebih baik dari semalam..
apabila kita ingin berubah dan berjaya dengan perubahan yang kita lakukan ini,
memang kita perlu berimpian besar,
kita perlu 'aim our own target',
but then,
jangan terlalu cepat ingin berjaya..
jangan terlalu gopoh mengejar kejayaan..
STEP BY STEP..!
jejakkan kaki kita ke tanah dahulu,
kemudian dakilah bukit kejayaan kita perlahan-lahan,
biar lambat asalkan selamat..
biar kita mendaki secara perlahan-lahan,
tapi,
kuncinya..
JANGAN PERNAH BERHENTI!!
kemudian, gapaila impianmu setinggi awan..
step by step..
segala-gala yang ana coretkan ini,
merupakan satu motivasi dan nasihat untuk diri sendiri juga..
semoga kita semua dapat ambil iktibar..
dan mana yang tak sesuai, buanglah..
ana pun manusia biasa, yang banyak melakukan kesalahan..
jika ana ada wat kesilapan, tegur-tegurlah ana..
wassalam..
23.10.2009
4 Zulkaedah 1430
~as-sakinah~
chayok!!!
insyaAllah.. segala-galanya dengan izin Allah..
waallahua'lam..