Tuesday, December 29, 2009

hmm...????

" Luna.. naper nangis nier??" tanya Momo kepada Luna..
Luna hanya mendiamkan diri kerana dia tak ingin mengungkit lagi kisah sedih dan keterlukaan di hati dia..
" Luna...?" soal Momo, risau..
Luna cuba untuk bertenang dan bercerita kepada Momo perihal kesakitan di hatinya yang kian melarat..
" Luna, kau tak patut menangis hanya kerana sebab ni.. hal ni, hal kecik je.. kecik sangat.. tal patut ko menangis sebab hal ni.." Momo cuba menasihati Luna..

"Momo, biarlah aku menangis..bg aku, menangis x semestinya membuktikan aku lemah..dan, biarlah aku nikmati nikmat berasa sedih yg Allah dah bg aku..Biar aku nikmati nikmat sedih ni..mana tahu, lepas ni, aku tak dapat nak rasa sedih lagi.. "

salam..
alhamdulillah..
segala puji bagi Allah yang telah memberi ana peluang dan ruang untuk terus menulis..
alhamdulillah..

baiklah,
kali ni, apa yg ana cbe nak sampaikan hanyalah sekadar pandangan melalui pengalaman..
jadi, jika ada yang salah, tlglah betulkan, k?
sesungguhnya, ana ni hanya insan dan hamba Allah yg dhaif..
senanya, nak cakap sikit je.. tak banyak..

semua yang kita dapat, semua yang kita lalui..
harta, kesihatan, masa lapang, gembira, sedih, terluka, teruji, sakit, dan segala-galanya dalam hidup kita ni..
semuanya nikmat yang Allah bagi kat kita..
tak kesahlah bnda tu baik atau buruk..
hakikatnya, semua tu datang daripada Allah..

jadi, untuk menjadi seorang hamba Allah yang redha dengan segala-galanya,
bukanlah senang..
kalau ikutkan dalam buku yang ana pernah baca..
" PENAWAR BAGI HATI" by Abdul Aziz Ismail..
sebelum menjadi seorang yang redha dengan ketentuan Illahi,
die perlu bersabar dengan segala-galanya,
kemudian, bergembira dengan segala yang Allah bagi..
(mksdnya, bergembira dengan semuanya.. ye! semuanya, sedih, luka, ujian..semuanya..)
kemudian, barulah hamba itu boleh menjadi seorang yang redha..

jadi.. bagi pendapat ana,
walaupun kita dapat ujian yang teruk macam mana sekali pun...
cube terima, dan bergembira dengan ujian itu..
bergembira yang dimaksudkan, menerima dan anggap ujian-ujian itu sebagai perasa tambahan dalam hidup kita..

macam memasak, kalau takde garam,gula, asam, ajinamoto, jintan, kayu manis, dan macam-macam lagilah, mestilah masakan tu tak menjadi dan tak sedap, kan?bak kata orang, xde ummph!

sama jugak macam kehidupan kita ni, kalau happy je, takde sedihnya, xde ujiannya, tak berwarna-warni lah hidup kita.. kan? tak menjadilah kita seorang hamba Allah yang kuat..! yang tabah...! yang taat..! kan??

jadi, nikmati semua rasa yang Allah bagi, dan jangan nikmati je.. tapi tak ambil iktibar pulak ye..
cuba baiki satu persatu segala kelemahan kita, supaya kita dapat jadi hamba yang lebih baik..
insyaAllah, Allah akan bantu kita..
jangan lupa berdoa dan meminta kepada Allah..
Allah tu Maha Penyanyang..
Dia sayangkan kita semua..
tapi, kita je selalu tinggalkan Dia..
sayang benda lain lebih drpd Dia..
cari Dia bile ada masalah je..

semua nasihat ni, semua ditujukan khusus untuk diri ana, diri ana, diri ana.. dan umumnya untuk semua pembaca..

semoga.. entry kali ni, dapat memberi iktibar dan mungkin dapat membantu..
sekian..


wasalam..
~as-sakinah~

No comments: