Thursday, December 24, 2009

jom kongsi..!


Pada suatu hari, sedang sebutir bintang bernama Momo bermain-main dengan rakan-rakannya yang lain,Momo terpandang ke arah si bulan, Luna namanya..
Momo pun mengajak Luna bermain bersama, tapi, Luna mendiamkan diri..
"kenapa ni Luna?" tanya Momo..
" tak de papa," jawab Luna..
" takkan la takde pape, dari semalam ko senyap je.. naper??" soal Momo ingin tahu..
" Hm.. aku sedih Momo.. sedih.." terang Luna..
"sedih..? naper sedih? meh, cter kat aku.." pujuk Momo penuh prihatin..
" Aku sedih, sebab Fifi tak layan aku.. Fifi dah taknk kawan dengan aku.. Fifi sekarang asyik busy dengan kerja-kerja dia.. Fifi dah tak kesah dengan aku..dia tak pernah anggap aku sebagai kawan baik die.. aku sedih.. sebab aku dah anggap die macam kawan baik aku.. tapi die..??"
keluh Luna..
" Fifi? Fifi tu?" Momo pelik sambil menuding jari ke arah bintang yang betul-betul terletak di sebelah Luna si bulan..
"ye.." balas Luna lemah.
" Luna, ko tak boleh macam ni, ko tak patut buat macam ni, aku ajak ko main, tapi, ko tak layan aku pun.. tu pun sebab Fifi tak layan ko.. ko lupakan kawan-kawan ko yang lain sebab Fifi tak nak kawan ngan ko lagi.. hanya sebab sebutir bintang tu je, ko tak nak layan kawan-kawan ko yang lain.. sebab sebutir bintang, ko anggap ko dah takde kawan-kawan yang lain.. padahal, kami sentiasa ada untuk ko.. kami nak and masih berkawan dengan ko.. ko patut BERSYUKUR, Luna.." nasihat Momo begitu mendalam..
salam..
alhamdulillah, masih ada peluang untuk ana menulis dalam blog ni..
alhamdulillah..~


ha..! kawan-kawan!!
cuba ambil nasihat Momo tu.. hehe..
macam kanak-kanak pulak, mereka-reka cerita..

tapi, besar pengajarannya..
actually, nasihat-nasihat ni semua, khas untuk diri ana, khas untuk diri ana, khas untuk diri ana..
( 3 kali ulang tu..)

baiklah, pengajaran-pengajarannya..:

  1. kadang-kadang dalam persahabatan tu,mesti akan ada pahit dan manisnya..tapi, bila kita BERSAMA, insyaAllah kesulitan tu takkan menjadi susah..
  2. bila kita bersahabat kerana Allah, itulah salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan iman (halawatul iman)..
  3. walau apa pun yang kita lalui.. BERSYUKUR..!
  4. HARGAI DAN BERSYUKUR dengan SEGALA-GALANYA yang Allah bagi kat kita.. yang baik ataupun yang buruk.. semuanya ada hikmah tersendiri.. HARGAI dan BERSYUKUR..

ulang suara ye.. semua nasihat-nasihat ni khas untuk diri ana, untuk diri ana, untuk diri ana..
hope fully, semua akan terbuka hati, untuk muhasabah balik diri sendiri,
kadang-kadang hanya disebabkan SATU perkara yang kita tak dapat, kita lupa dengan semua nikmat yang Allah dah bagi kat kita..
hanya disebabkan sorang kawan kita sakitkan hati kita, mungkin macam dah lupakan kita,kita lupa dengan semua kawan-kawan kita yang lain..

p/s: kepada seseorang yang berkenaan, syukran.. sebab menyedarkan diri ini malam tadi..

' ko tak tau betapa ramai yang berkawan dengan ko.. ko tak tahu ada orang support ko masa buat keje.. ko terlupa berapa ramai orang yang bagi komen dan follow ko kat blog ko.. ko lupa dalam kelas ko, ko masih ada ramai kawan yang nak berborak dengan ko.. sampai hati ko cakap orang tak terima ko.. sampai hati ko cakap orang lain tak nak kawan dengan ko hanya sebab SEORANG tu.. Bersyukur farah..'

syukran buat sahabat ana tu.. syukran sangat-sangat..
hopefully, anda yang membaca entry kali ni, sama-sama muhasabah balik.. sebab kadang-kadang kita TERLUPA.. TERLEKA.. dan tidak BERSYUKUR..

'maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?'
(ar-rahman,ayat 13)

sekian sahaja untuk kali ini..
syukran~
wasalam..

~as-sakinah~

1 comment:

Mufarwa said...

yupp...
betul tu..
ada pepatah yang kata,
kuman diseberang nampak,
gajah depan mata x nampak..
so,berwaspadalah yea...
hargailah orang di sekeliling...
:-)