salam..
rasa dah lama sangat tak update blog ana ni..
asifni kepada yang gemar membaca blog ini,(ada ker?)
kerana tidak mengupdate post yang baru..
bukan tak mahu, tapi, tiada ilham untuk menulis..
alhamdulillah, kali ini, ada ilham sikit..
pertama sekali,
ana nak mengucapkan..
selamat menyambut bulan Ramadhan..
mungkin dan agak terlambat..
tapi,bukan ke lebih baik kalau setiap hari kita menyambut kehadiran hari
baru dalam bulan yang penuh mulia ini..?
baiklah, kali ini,
kita bercerita tentang pengorbanan..
hmm.. sedarkah kita yang kadang-kadang,
kita terlepas pandang dengan pengorbanan seseorang kepada kita..
ana di sini, tak nak mengambil contoh yang jauh2,
tapi cukuplah sekadar kita memandang sekeliling kita..
siapa yang sedang berada di sisi kita??
itulah yang ana nak highlightkan kali ini..
siapa??
itu anda yang tentukan.. ( ~_^)
bukan apa,
melalui pemerhatian ana,
pengalaman ana (yang tak seberapa ni)
dan pemahaman ana,
KITA sering lupa dan memandang rendah akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seseorang kepada kita..
tak kira la besar ke, kecik ke..
tapi, ia tetap pengorbanan,kan?
suka ana nak kongsi,
sejujurnya, ana pernah rasa tidak dihargai..
setelah semua yang ana curahkan,
masa,tenaga,
tapi,
sia-sia..
orang tu tetap saja tidak puas hati dengan ana..
kenapa???
hmm..bukan ana nak mengungkit..
tapi,
disebabkan kejadian inilah, ana nak kita semua berfikir..
adakah kita menghargai semua orang??
adakah kita menghargai pengorbanan semua orang??
layakkah kita untuk dihargai kalau kita tidak menghargai??
dalam kejadian itu,
ana baru tersedar,
ana juga sering lupa dan sombong dengan orang yang telah banyak berkorban kepada ana..
ana terfikir,
' aku marah bila pengorbanan aku tak dihargai, tapi, hakikatnya, ada ke aku sendiri hargai apa yang orang telah buat dekat aku? pengorbanan mereka?'
hmm..
sahabat2, kadang2 kita memang terlalu pentingkan diri,kan?
kita nak semua orang melayan kita dengan baik, tapi,
adakah kita melayan orang lain dengan cukup baik?
fikir2kan ye?
apabila kita melayan orang lain dengan baik,
InsyaAllah, mereka akan melayan kita dengan baik..
sabar dan syukur kunci utama..
akhir kalam,
"berbuat baiklah kepada orang yang berbuat baik dengan kita..
berbuat baiklah juga kepada orang yang berbuat jahat dengan kita..
kita hanya manusia biasa, tiada kuasa untuk menghukum,
tapi, kita cukup berkuasa dalam memaafkan orang.."
p/s: tapi, bak kata guru kaunselor sekolah ana, Cikgu Azmah,
' kadang-kadang kita perlu pentingkan diri.. ikut situasi..'
faham,kan situasi yang macam mane?
renung-renungkan dan selamat beramal..
sekian sahaja untuk kali ini,
wasalam...
_as-sakinah_
1.9.2009
11.9.1430
No comments:
Post a Comment