Friday, February 26, 2010

Peluang datang cuma sekali..?

Bismillahirahmanirahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..
Salam Maulidur Rasul buat semua..


' Peluang datang cuma sekali..'
Itulah quotes yang biasa kita dengar, kan?

" Saya sedang masih mencari peluang.. Peluang untuk hidup dengan lebih selesa dan lebih berjaya pada masa akan datang," ungkap seorang hamba Allah.

" Peluang yang macam mana tu? " soal saya, keliru.

" Peluang. Peluang yang lebih baik," jawabnya ringkas.

" Bagi awak, peluang tu, macam mana? " soal saya lagi.

" Peluang itu sentiasa ada.. Dan hanya orang-orang yang bijak yang dapat mencari peluang, " jawabnya.

"Owh, kalau begitu, tak betul la quotes peluang datang cuma sekali?" soal saya lagi.

"Ha! Itu kita sendiri kena bijak menilai.." jawabnya.


PELUANG

Tapi, bagi saya, personally, peluang tu subjektif dan universal. Sama macam cinta.
Kenapa?

Saya analogikan..
Sahabat A berkata, " Aku dah jatuh cinta!"
Sahabat B pula berkata, " Itu bukan cinta, itu sekadar perasaan suka.."
Sahabat A berkata sambil meninggikan suara, " Aku yang rasa, aku tahulah!"

Lihat! Cinta itu subjektif dan universal. Same goes to peluang.
Peluang itu juga sesuatu yang subjektif dan universal. Sesuatu yang kita tidak boleh jangka. Unpredictable.

Bagi sesetengah orang, peluang itu merupakan apabila mereka dapat membuat sesuatu perkara yang dia perlu atau yang dia minat untuk melakukannya dengan dapat memberikan 100 % fokusnya.
Bagi saya pula, peluang itu merupakan setiap masa.

Setiap masa yang dianugerahkan Allah adalah peluang bagi kita.
Peluang untuk membuat ibadah, membuat jasa, melaksanakan taklifan serta amanah sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang hamba dan seorang daei.
Bagi saya, selagi mana kita hidup, selagi itu Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik.

HARGAINYA..

Hargailah setiap masa, setiap peluang yang telah Allah berikan kepada kita.
Kadang-kadang kita tak perasan yang Allah sedang memberi kita peluang.
Jadi, kita cuba mencari peluang yang akan datang.
Lalu, kita abaikan peluang yang sudah ada di depan mata.
Contohnya,

Seorang pelajar tidak ingin belajar atau tidak berminat untuk berjaya dalam bidang akademik buat masa sekarang.
Tetapi, dia ingin berjaya!
Katanya, dia sedang nantikan peluang akan datang yang dapat menjadikan dia seorang ternama dan berpengaruh.
Dia sedang mencari peluang yang dapat membawa dia menuju kejayaan. Menuju puncak!

Namun, sedarkah dia, sedarkah kita, masa untuk kita belajar itu merupakan satu peluang untuk kita berjaya pada masa akan datang.
Itulah hakikatnya peluang kita yang sebenar.
Peluang untuk belajar,belajar dan terus belajar untuk mengecap kejayaan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

Kita tidak boleh MENUNGGU peluang tanpa berusaha.
Kerana kebanyakkan orang hanya menunggu ketibaan peluang.
Namun, sebenarnya, kita perlu MENCARI peluang.
Atau mungkin,
MENCIPTA peluang itu sendiri! Dengan usaha kita.

Ingat! Allah melihat pada usaha kita, bukan pada kejayaan atau hasil kita.

MAULIDUR RASUL

Kini, kita masih berpeluang untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita, semasa kita hidup.
Kita masih berpeluang melihat dunia yang makin hari makin panas, dan 'panas' dengan ceritera kehidupan.

Kehadiran sambutan maulidur rasul tahun ini dan ayat ustazah saya, membuatkan saya berfikir sesuatu.
Ustazah pernah kata,
' Dulu, masa Rasulullah nak wafat sahabat-sahabat baginda semua bersedih. Semua risau, siapa yang bakal menggantikan baginda? Mereka semua risau.'

Ketika mendengar bait-bait ustazah. Saya terdiam. Merenung kembali. Sekarang, sahabat-sahabat baginda sudah pun tiada, tabi' tabiin juga, sudah tiada. Akan datang, para ulama' yang kita kenal juga akan 'pergi'. Pada saat itu, siapa yang akan risaukan umat Islam kalau bukan generasi muda kini? Bakal pemimpin akan datang.

Itu yang membuatkan saya terfikir ketika Maulidur Rasul disambut.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
kita sekarang ni sudah punya peluang.
Peluang untuk segala-galanya.
Masa itu peluang.
Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk kita menjadi generasi yang lebih hebat daripada Generasi Hebat~

Ambilah peluang yang Allah berikan itu, gunakan sebaik mungkin.
Peluang untuk berubah, bertaubat, sentiasa ada..
Sama ada nak atau tidak saja.

Sekian.


~As-Sakinah~

Saturday, February 20, 2010

Bersyukurlah kita..

Bismillahirahmanirahim..

Pernah ke kita terfikir yang kita ni, tak bersyukur?
Ya!
Saya tak bersyukur..
Kita tak bersyukur..

Kenapa saya cakap macam ni?

Sebabnya,cuba kita renungkan kembali kesilapan-kesilapan kita..
Kita melawan cakap ibu dan ayah kita,
kita meninggikan suara terhadap ibu ayah kita,
kita tak dengar nasihat ibu ayah kita,
kita berasa bosan mendengar leteran ibu dan ayah kita,
kita sakitkan hati ibu dan ayah kita,
kita kecewakan ibu dan ayah kita,
kita terlupa tentang ibu dan ayah kita..

Sesungguhnya, saya tidaklah melihat kesalahan orang lain, tetapi, saya hanya melihat dan memuhasabah kembali diri saya yang dhaif dan penuh dosa ini..

Drama Cerekarama di TV3 bertajuk Dunia Batinku benar-benar membuka mata saya.
Dialog yang telah disusun oleh penulis dan telah dilakonkan oleh Syafie Naswip, benar-benar menyentuh kalbu.

' Ibu, hari ini, Abang akan menduduki peperiksaan.. Abang rindukan ibu. Abang tahu, Abang tahu Abang dah tiada doa daripada ibu, tapi, Abang akan cuba sehabis baik, bu.. Abang akan jaga keluarga kita.. Tapi, Abang takut, Abang takut Abang tak kuat bu..'
Itulah monolog seorang anak dalam drama itu, selepas peninggalan ibunya dari dunia yang fana ini untuk selamanya..
Sungguh! Dialog ini, drama ini, benar-benar menyentuh kalbu dan benar-benar menyedarkan saya dalam menghargai ibu dan ayah.. Menghargai doa seorang ibu, menghargai doa seorang ayah..
Kehilangan doa mereka akan kita rasai, dan rindui suatu hari nanti..
Semua akan merasanya..
Mati itu PASTI..
Hidup, InsyaAllah..
Sahabat-sahabat, hargailah mereka sementara mereka masih berada di depan mata kita,
sementara mereka masih boleh kita dakap,
sementara mereka masih boleh kita kasihi,
sementara mereka masih boleh mendoakan kita..
~As-Sakinah~

Percayalah..

Bismillahirahmanirahim..

" Apa yang penting..? KERJASAMA..!", begitulah dialog dalam cerita kartun Wonder Pet di TV9 yang sudah sebati dengan kita.. Apabila bercerita soal bekerjasama, itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita, kan?

Namun, apa faktor yang penting dalam bekerjasama?

Bekerjasama ni, ada banyak jenis..
Bekerjasama dalam kelas, dalam menjalankan kerja-kerja dakwah,dalam organisasi, dalam keluarga, dalam berusrah, dalam bersahabat.. Almost dalam semua perkara yang ingin kita lakukan, kita perlukan kerjasama daripada orang lain..

So.... Kepercayaan.. Itulah tunjang utama dalam bekerjasama..
Yup~
Memang banyak lagi faktor-faktor yang penting dalam bekerjasama..
Namun, personally, saya rasa, the most important thing is..
KEPERCAYAAN~

Dalam bekerjasama, kita perlu percayakan pihak yang bekerjasama dengan kita tu,
beri dia peluang untuk menonjolkan diri dia,
beri dia ruang untuk menunjukkan apa-apa yang dia mampu lakukan..
Paling penting, berikan kepercayaan kita kepada dia, supaya dia pun akan percayakan kita, kerana kita percayakan dia..
Get it?

Ya, memang tak dapat disangkal,
kadang-kadang kita akan rasa was-was dengan kemampuan dia..
Tapi, jika dia tahu yang kita percayakan dia,
tak mustahil dia akan mencuba sehabis baik untuk melakukan sesuatu yang diamanahkan..
Kenapa?
Yes.. Semuanya hanya kerana kita percayakan dia..
Percayakan mereka..

Dalam berusrah, ramai orang tanya, macam mana kita nak dapatkan kepercayaan anak usrah kita?
Bagi saya, kita perlu pupuk dan ajar diri kita untuk percayakan mereka..
Percaya bahawa mereka lebih hebat seperti yang kita sangkakan..
Percayakan mereka, beri mereka sesuatu kerja, kongsi dengan mereka sesuatu rahsia kita (yang perlu),
percayakan mereka bahawa mereka mampu lakukan tugasan itu,
percayakan mereka bahawa mereka akan simpan rahsia kita..
InsyaAllah, jika kita percayakan mereka, tak mustahil, hati-hati mereka akan terbuka dan percayakan kita..

Dalam bekerja sebagai satu team pula, jika kita ada partner dalam team tu dan membuatkan kita lebih sering berhubung dengan diadalam melaksanakan sesuatu amanah,
kita kena percayakan dia..
Walaupun mungkin dia masih baru dalam arena ni,
kita lah yang perlu ajar dia, kita perlu percayakan dia/mereka..
Jangan takut untuk berkongsi ilmu,
jangan takut untuk memberi dia kerja yang mungkin kita rasa dia tak tahu untuk melakukannya..
Pada waktu itulah sebenarnya kepercayaan kita terhadap dia diuji..
Mengikut pengalaman saya (yang tak seberapa), untuk menerima hasil kerja yang terbaik daripada dia, kita perlu,perlu, perlu percayakan dia..
Apabila saya menunjukkan bahawa saya ragu-ragu dengan kemampuan dia,
dia berkecil hati.
Namun, apabila saya mula percayakan dia, mula memberi dia ruang dan peluang,
saya berasa dia telah memberikan satu hasil kerja yang baik..
Lebih baik daripada apa yang saya sangkakan..
Malah, lebih baik daripada hasil kerja saya..

Jadi.. Hakikatnya, dengan kepercayaan seseorang terhadap kita, kita akan jadi lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik..kan?
Tidak perlu membuat bancian kepada orang lain, tapi, kita hanya perlu bertanya kepada diri kita sendiri,
' Adakah aku perlukan kepercayaan orang untuk menjadi lebih baik?'
Jika soalan itu ditanya kepada diri saya, saya akan menjawab,
' Ya, aku PERLUKAN kepercayaan orang untuk membuatkan aku menjadi lebih baik..''

Saya menulis post kali ini, mengikut pengalaman saya dalam bekerjasama dengan seseorang di dalam sebuah organisasi..
Yang pasti, jika kita baru kenal dengan seseorang tu, partner kerja kita, PASTI, kita akan berasa sangsi dengan kemampuan dan komitmen dia..
Kenapa?
Kerana, dia merupakan sahabat baru kita, yang kita tidak kenal secara detail..
Namun, apa salahnya jika kita memberi dia ruang, peluang dan KEPERCAYAAN kita, kan?

Jadi, selamat mencuba.
InsyaAllah..

Ini pandangan peribadi saya, jadi, tak salah jika ada orang lain mempunyai pandangan yang lain untuk hal ini..
Jadi, jika saya salah, betulkan, jika ada penambahan, sangat dialu-alukan..
Kita semua masih belajar, dan akan terus belajar..
Chayok~
Syukran..


~As-Sakinah~

Monday, February 15, 2010

A Whole New World..

Bismillah..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Allah masih memberi ruang untuk memperbaiki diri dan hati dalam medan penulisan ini.. Alhamdulillah.. ♥

Pada tahun ini, penulis akan membuat suatu transformasi yang agak besar bagi blog ini..
Besar? Ya! Besar bagi diri penulis..
Hal ini kerana, bagi setiap manusia, suatu perubahan yang akan dilakukan pasti akan terasa BESAR dan BERAT, kerana keterbiasaan kita dalam melakukan sesuatu yang biasa..

Buat pengetahuan pembaca sekalian, ada beberapa transformasi yang akan penulis lakukan antaranya :
  1. Penggunaan kata ganti diri bagi penulis ialah saya. Bukan 'ana' lagi. Kenapa? Mungkin saya lebih yakin dan selesa dengan penggunaan 'saya'.
  2. Penggunaan ayat dalam penulisan saya akan saya jadikan lebih gramatis.. Mungkin sekali-sekala akan tersasar dan menyimpang dengan matlamat sebenar, namun, saya sangat mengharapkan nasihat dan peringatan daripada anda..
  3. Tiada lagi penggunaan 'shortform'.. InsyaAllah..
  4. Contents dalam penulisan saya akan lebih menjurus kepada social life,relationship, isu semasa (insyaAllah) dan personal opinion about some issues..

Adakah blog ini akan menjadi skema? InsyaAllah tidak.. Saya akan cuba sehabis baik untuk menceriakan blog ini.. InsyaAllah, segala perkongsian yang bermanfaat akan saya kongsikan di dalam blog ini.. InsyaAllah.. Saya akan tetap menjadi diri saya, yang ceria.. (ceria ke?) Bagi yang mengenali diri saya, mungkin anda lebih arif dalam menilai diri saya.. (^_^)

Hopefully, dengan perkongsian transformasi saya dalam medan penulisan di alam maya akan dibantu dan sentiasa disokong oleh anda.. InsyaAllah..

~ No Boundaries~
~As-Sakinah~

Thursday, December 31, 2009

2009 ke 2010

salam..
alhamdulillah kerana Allah masih memberi ana bernafas di atas muka bumi ini,
dan menulis lagi..

Perjalanan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
Demi masa yang kita lalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang kita kecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri
Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa
Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padanya
Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan
ha! kawan2..
tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi..
starts.... NOW!
cuba kita flashback balik apa yang dah kita buat..
benda baik yang dah kita pernah buat dalam tahun 2009..
benda yang TAK BAIK yang kita pernah buat dalam tahun 2009..
(huh.. banyak.. bnda yang x baik..)
cuba kita imbau pulak,
semua yang kita telah lalui..
kenangan manis,
kenangan pahit,
kesalahan-kesalahan kita,
kejayaan kita,
kegagalan kita,
kawan-kawan kita..
semua lah yang ada dan berlaku masa tahun 2009..
dan..
cuba kita bawak diri kita ke masa depan pulak..
adakah kita betul-betul sempat untuk lalui tahun 2010?
semua kenangan manis dan pahit yang kita pernah lalui masa tahun 2010,
adakah kita akan lalui lagi??
adakah kita masih berpeluang untuk meneruskan azam-azam kita yang mungkin belum tercapai pada tahun sebelum-sebelum nie??
baiklah..
sekarang.. kembali pada waktu kini..
adakah cukup usaha kita pada tahun 2009 untuk mencapai kejayaan pada tahun 2010?
adakah cukup amalan kita pada tahun 2009 kalau kita meninggal pada tahun 2010?
kita tak tahu..
dan tak akan tahu..
hanya Allah yang Maha Mengetahui..
ana nak kongsi beberapa input yang ana dapat semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Muhsin..
ustaz tu pernah cakap yang dia pernah baca satu buku bertajuk SOLUSI..
~ hidup untuk memberi~
sungguh!
hidup memang untuk memberi..
(apa kene mengena plak dengan thun baru..?)
ha!
banyak kaitannya..
untuk tahun 2010,
azam ana is..
~ hidup untuk memberi~
tak kesahla apa2 pun..
janji,
ana dapat memberi dan terus memberi untuk agama Allah..
dan paling penting,
ana ingin MEMBERI YANG TERBAIK untuk kehidupan ana, sekaligus untuk semua..
insyaAllah..
doa2kan k?
second,,
ustaz tu tanya pada kami..
apa taarif CINTA..??
aduh! parah nak menjawabnya..
hehe..
so, macam-macam la jawapan yang mula menguasai minda masing-masing..
love do come softly..
love makes us feel COMPLETE..
love is a 4 letter word..
love is something that is hard to explain..
love is...
love is...
namun,
LOVE IS CINTA..
love is sacrifices..
cinta itu pengorbanan..
bila kita cintakan seseorang,
kita perlu sanggup berkorban demi orang tu..
barulah itu dinamakan cinta..
jika kita teragak-agak untuk berkorban,
maksudnya, cinta kita, bukanlah cinta sejati..
same goes to Allah..
if we do love Allah so much,
we have to sacrifice ourselves for HIM..
yup..!
(hah?? sacrifice...? how?)
bangun sepertiga malam.. (qiamullail)
selalu ada masa untuk Allah..(ibadah)
dan..
istiqomah..
yup!
actually,
bila kita buat sesuatu benda baik,
kita perlu istiqomah..(berterusan..)
dan untuk itu, mungkin kita perlu ubah gaya hidup kita..
jadi..
perubahan itu merupakan satu pengorbanan..
orang susah nak berubah sebab ia merupakan satu pengorbanan..
dan mungkin jika orang itu susah untuk berkorban,
seseorang itu takde that magic word..
CINTA.. LOVE.. AI..
so..
untuk membuktikan betapa cintanya kita kepada Allah,
kita kena berkorban..
sungguh2! berkorban..!
so.. jom..!
kita bina azam yang realistik untuk kita capai..
kita bina azam yang betul2 kita boleh capai..
supaya, azam tu tidak akan tinggal sekadar azam..
baiklah,
azam ana untuk tahun 2010 dan 1431 hijrah ni..
ialah.....
~ untuk memberi ~
~ do the best in whatever i have to do ~
~ be stronger ~
dan..
~ berkorban ~
tak salah untuk kita ada banyak azam..
as long as kita sentiasa mencuba untuk mencapai azam-azam kita..
ingt!
Allah tak tengok hasil..
tapi,
Allah tengok usaha!
so..
chayok...~!
doakan ana jugak yer?
kepada semua yang mengenali diri ini..
ana memohon kemaafan seandainya ana ada buat salah kepada kamu semua..
secara sengaja atau tidak sengaja..
secara langsung atau tidak langsung..
ana sungguh2 mohon maaf..
diri ini sentiasa memaafkan semua..jgn isau..
tapi, maafkan lah ana..
semoga,hidup kita akan lebih ceria dan diberkati Allah..
insyaAllah..
sekian,
wasalam..
~as-sakinah~

Wednesday, December 30, 2009

chayok!

salam.. entry kali ni, khas untuk diri sendiri..

FARAH, CHAYOK!!
YOU CAN DO IT GIRL!
BE STRONG!
CHAYOK!! CHAYOK!!
( xde orang nak bagi semangat.. so, bagi semngat utk diri sndiri la..haha.. gurau jer)

Tuesday, December 29, 2009

hmm...????

" Luna.. naper nangis nier??" tanya Momo kepada Luna..
Luna hanya mendiamkan diri kerana dia tak ingin mengungkit lagi kisah sedih dan keterlukaan di hati dia..
" Luna...?" soal Momo, risau..
Luna cuba untuk bertenang dan bercerita kepada Momo perihal kesakitan di hatinya yang kian melarat..
" Luna, kau tak patut menangis hanya kerana sebab ni.. hal ni, hal kecik je.. kecik sangat.. tal patut ko menangis sebab hal ni.." Momo cuba menasihati Luna..

"Momo, biarlah aku menangis..bg aku, menangis x semestinya membuktikan aku lemah..dan, biarlah aku nikmati nikmat berasa sedih yg Allah dah bg aku..Biar aku nikmati nikmat sedih ni..mana tahu, lepas ni, aku tak dapat nak rasa sedih lagi.. "

salam..
alhamdulillah..
segala puji bagi Allah yang telah memberi ana peluang dan ruang untuk terus menulis..
alhamdulillah..

baiklah,
kali ni, apa yg ana cbe nak sampaikan hanyalah sekadar pandangan melalui pengalaman..
jadi, jika ada yang salah, tlglah betulkan, k?
sesungguhnya, ana ni hanya insan dan hamba Allah yg dhaif..
senanya, nak cakap sikit je.. tak banyak..

semua yang kita dapat, semua yang kita lalui..
harta, kesihatan, masa lapang, gembira, sedih, terluka, teruji, sakit, dan segala-galanya dalam hidup kita ni..
semuanya nikmat yang Allah bagi kat kita..
tak kesahlah bnda tu baik atau buruk..
hakikatnya, semua tu datang daripada Allah..

jadi, untuk menjadi seorang hamba Allah yang redha dengan segala-galanya,
bukanlah senang..
kalau ikutkan dalam buku yang ana pernah baca..
" PENAWAR BAGI HATI" by Abdul Aziz Ismail..
sebelum menjadi seorang yang redha dengan ketentuan Illahi,
die perlu bersabar dengan segala-galanya,
kemudian, bergembira dengan segala yang Allah bagi..
(mksdnya, bergembira dengan semuanya.. ye! semuanya, sedih, luka, ujian..semuanya..)
kemudian, barulah hamba itu boleh menjadi seorang yang redha..

jadi.. bagi pendapat ana,
walaupun kita dapat ujian yang teruk macam mana sekali pun...
cube terima, dan bergembira dengan ujian itu..
bergembira yang dimaksudkan, menerima dan anggap ujian-ujian itu sebagai perasa tambahan dalam hidup kita..

macam memasak, kalau takde garam,gula, asam, ajinamoto, jintan, kayu manis, dan macam-macam lagilah, mestilah masakan tu tak menjadi dan tak sedap, kan?bak kata orang, xde ummph!

sama jugak macam kehidupan kita ni, kalau happy je, takde sedihnya, xde ujiannya, tak berwarna-warni lah hidup kita.. kan? tak menjadilah kita seorang hamba Allah yang kuat..! yang tabah...! yang taat..! kan??

jadi, nikmati semua rasa yang Allah bagi, dan jangan nikmati je.. tapi tak ambil iktibar pulak ye..
cuba baiki satu persatu segala kelemahan kita, supaya kita dapat jadi hamba yang lebih baik..
insyaAllah, Allah akan bantu kita..
jangan lupa berdoa dan meminta kepada Allah..
Allah tu Maha Penyanyang..
Dia sayangkan kita semua..
tapi, kita je selalu tinggalkan Dia..
sayang benda lain lebih drpd Dia..
cari Dia bile ada masalah je..

semua nasihat ni, semua ditujukan khusus untuk diri ana, diri ana, diri ana.. dan umumnya untuk semua pembaca..

semoga.. entry kali ni, dapat memberi iktibar dan mungkin dapat membantu..
sekian..


wasalam..
~as-sakinah~