Friday, February 26, 2010

Peluang datang cuma sekali..?

Bismillahirahmanirahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..
Salam Maulidur Rasul buat semua..


' Peluang datang cuma sekali..'
Itulah quotes yang biasa kita dengar, kan?

" Saya sedang masih mencari peluang.. Peluang untuk hidup dengan lebih selesa dan lebih berjaya pada masa akan datang," ungkap seorang hamba Allah.

" Peluang yang macam mana tu? " soal saya, keliru.

" Peluang. Peluang yang lebih baik," jawabnya ringkas.

" Bagi awak, peluang tu, macam mana? " soal saya lagi.

" Peluang itu sentiasa ada.. Dan hanya orang-orang yang bijak yang dapat mencari peluang, " jawabnya.

"Owh, kalau begitu, tak betul la quotes peluang datang cuma sekali?" soal saya lagi.

"Ha! Itu kita sendiri kena bijak menilai.." jawabnya.


PELUANG

Tapi, bagi saya, personally, peluang tu subjektif dan universal. Sama macam cinta.
Kenapa?

Saya analogikan..
Sahabat A berkata, " Aku dah jatuh cinta!"
Sahabat B pula berkata, " Itu bukan cinta, itu sekadar perasaan suka.."
Sahabat A berkata sambil meninggikan suara, " Aku yang rasa, aku tahulah!"

Lihat! Cinta itu subjektif dan universal. Same goes to peluang.
Peluang itu juga sesuatu yang subjektif dan universal. Sesuatu yang kita tidak boleh jangka. Unpredictable.

Bagi sesetengah orang, peluang itu merupakan apabila mereka dapat membuat sesuatu perkara yang dia perlu atau yang dia minat untuk melakukannya dengan dapat memberikan 100 % fokusnya.
Bagi saya pula, peluang itu merupakan setiap masa.

Setiap masa yang dianugerahkan Allah adalah peluang bagi kita.
Peluang untuk membuat ibadah, membuat jasa, melaksanakan taklifan serta amanah sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang hamba dan seorang daei.
Bagi saya, selagi mana kita hidup, selagi itu Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik.

HARGAINYA..

Hargailah setiap masa, setiap peluang yang telah Allah berikan kepada kita.
Kadang-kadang kita tak perasan yang Allah sedang memberi kita peluang.
Jadi, kita cuba mencari peluang yang akan datang.
Lalu, kita abaikan peluang yang sudah ada di depan mata.
Contohnya,

Seorang pelajar tidak ingin belajar atau tidak berminat untuk berjaya dalam bidang akademik buat masa sekarang.
Tetapi, dia ingin berjaya!
Katanya, dia sedang nantikan peluang akan datang yang dapat menjadikan dia seorang ternama dan berpengaruh.
Dia sedang mencari peluang yang dapat membawa dia menuju kejayaan. Menuju puncak!

Namun, sedarkah dia, sedarkah kita, masa untuk kita belajar itu merupakan satu peluang untuk kita berjaya pada masa akan datang.
Itulah hakikatnya peluang kita yang sebenar.
Peluang untuk belajar,belajar dan terus belajar untuk mengecap kejayaan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

Kita tidak boleh MENUNGGU peluang tanpa berusaha.
Kerana kebanyakkan orang hanya menunggu ketibaan peluang.
Namun, sebenarnya, kita perlu MENCARI peluang.
Atau mungkin,
MENCIPTA peluang itu sendiri! Dengan usaha kita.

Ingat! Allah melihat pada usaha kita, bukan pada kejayaan atau hasil kita.

MAULIDUR RASUL

Kini, kita masih berpeluang untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita, semasa kita hidup.
Kita masih berpeluang melihat dunia yang makin hari makin panas, dan 'panas' dengan ceritera kehidupan.

Kehadiran sambutan maulidur rasul tahun ini dan ayat ustazah saya, membuatkan saya berfikir sesuatu.
Ustazah pernah kata,
' Dulu, masa Rasulullah nak wafat sahabat-sahabat baginda semua bersedih. Semua risau, siapa yang bakal menggantikan baginda? Mereka semua risau.'

Ketika mendengar bait-bait ustazah. Saya terdiam. Merenung kembali. Sekarang, sahabat-sahabat baginda sudah pun tiada, tabi' tabiin juga, sudah tiada. Akan datang, para ulama' yang kita kenal juga akan 'pergi'. Pada saat itu, siapa yang akan risaukan umat Islam kalau bukan generasi muda kini? Bakal pemimpin akan datang.

Itu yang membuatkan saya terfikir ketika Maulidur Rasul disambut.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
kita sekarang ni sudah punya peluang.
Peluang untuk segala-galanya.
Masa itu peluang.
Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk kita menjadi generasi yang lebih hebat daripada Generasi Hebat~

Ambilah peluang yang Allah berikan itu, gunakan sebaik mungkin.
Peluang untuk berubah, bertaubat, sentiasa ada..
Sama ada nak atau tidak saja.

Sekian.


~As-Sakinah~

No comments: