Kemaslahatan bekerjasama dan bertolak ansur dalam menjayakan sebuah kehidupan amatlah dititik beratkan. Terutama sekali dalam meneruskan serta mengimarahkan agenda kita sebagai seorang Islam di muka Bumi Allah Yang Maha Luas.
Sekali lagi saya menulis dan berceloteh tentang pentingnya kerjasama, komitmen dan persefahaman dalam meneruskan misi dan visi seseorang dalam agenda ini.
Sepertimana yang kita sedia maklum, ketika pertama kali kita berusrah, 3 faktor utama akan diperkenalkan dan diterangkan oleh naqib dan naqibah masing-masing. Namun, sejauh manakah fahaman seseorang dan fahaman kita mengenai 3 faktor utama yang sering kali diulang-ulang itu?
Elemen Pertama :
TAARUF merupakan elemen yang pertama dan amat penting dalam menjayakan sebuah usrah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak kenal la. Tak gitu?Elemen ini tidaklah terlalu terikat hanya untuk berusrah sahaja, tetapi, elemen ini sesuai digunakan di mana-mana dan dalam apa-apa jua jenis organisasi, kumpulan, dan lain-lain yang sama waktu dengannya.
Bahkan, apabila kita bertemu dengan seseorang yang tidak kita kenali, soalan pertama yang ditanya,
“ Nama awak siapa?”
“ Umur awak berapa ya?”
Soalan-soalan itu akan member impak yang amat besar bagi diri kita, dan diri dia yang kita baru kenal itu.
Namun, sejauh manakah perkenalan, pengenalan serta kenalnya kita dengan sahabat-sahabat kita itu sendiri memberi kesan kepada diri kita dan dia pada masa akan datang?
Adakah TAARUF itu membantu?
Sekali lagi, adakah TAARUF itu membantu??
Fikirkanlah..
Elemen Kedua :
Tafahum, ialah kefahaman seseorang terhadap seseorang yang baru dikenalinya sebentar tadi.Elemen satu dan dua ini amatlah berkait rapat antara satu sama lain. Masakan tidak berkaitan?
Jika Si A tidak pernah mengenali Si B, adakah logic untuk Si A memahami apa-apa yang ingin disampaikan oleh Si B?
Atau adakah Si A akan memahami segala tindak tanduk Si B?
Mustahil!
(Mungkin boleh, jika seseorang itu mempunyai sixth sense)
Jadi, untuk memahami hati budi, tindak tanduk serta mendapatkan persefahaman, seseorang perlu berbalik kepada perkara yang asas iaitu TAARUF!
Elemen Ketiga :
Takaful. Bukan insurans takaful, tetapi takaful dari segi bahasa ialah tolong-menolong. Takaful dari segi syarak bermaksud, tolong-menolong sesama manusia dalam apa-apa jua keadaan.
“Susah, senang, kita bersama,”
Itulah ayat romantis yang sering diluahkan oleh pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Namun, mengapa tidak kita praktikkan ayat-ayat romantis itu dalam memperjuangkan cinta kita kepada Islam?
Saling menasihati sesama sendiri dengan penuh kesabaran jua merupakan takaful. Pertolongan itu amatlah luas. Pertolongan dari segi kewangan, sokongan moral, fizikal, dan menasihati secara berhikmah juga merupakan satu pertolongan. Pertolongan untuk menggapai mardhatillah bersama-sama.
Elemen ketiga ini juga berkait rapat dengan elemen satu dan dua. Mengapa?
Jika Si A itu tadi tidak mengenali (a’rif) dengan Si B, sekaligus, Si A tidak akan memahami SI B, dalam masa yang sama, Si A tidak tahu apa pertolongan yang diperlukan oleh Si B,bukan?
Ibaratkan sahaja dengan peminta sedekah di tepi jalan, kita KENAL (A’RIF) bahawa dia merupakan seorang peminta sedekah, kita juga FAHAM bahawa dia memerlukan duit untuk meneruskan hidupnya dan keluarganya, maka, kita akan menghulurkan beberapa not RM 1 atau beberapa yang kita ikhlas. (TAKAFUL)
Hakikatnya, segalanya bermula dengan… TAARUF, diteruskan dengan TAFAHUM dan diaplikasikan dengan TAKAFUL.
KEFAHAMAN KITA..?
Nah! Semua elemen-elemen itu sangat dan memang berkait rapat antara satu sama lain.
Elemen-elemen ini juga tidaklah terikat hanya untuk berusrah, baru menggunakan atau mengaplikasikannya.
Bahkan, elemen-elemen ini jugalah yang kita perlukan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang manusia,bukan?
Usah jumudkan fikiran kita bahawa elemen-elemen ini hanya untuk USRAH!
TIDAK!
Anda salah besar jika memikirkan begitu. Anda, saya dan kita harus mengaplikasikannya di mana-mana.
YA!
Di mana-mana..
ADIK-ADIKKU SAYANG..
Wahai adik-adikku sayang, anda semua hebat!
Malah, lebih hebat daripada akak~
Adik-adikku sayang,cuba kita muhasabah kembali, adakah kita sebagai seorang pemimpin yang telah dihighlightkan jawatan kita sebagai seorang khalifah sudah mengaplikasikan elemen-elemen ini demi kemaslahatan kita bersama?
Sama-sama kita renung-renungkan.
Ya! Mungkin hal-hal ini kelihatan remeh, namun, amat besarlah impaknya jika kita kotakan apa-apa yang telah kita katakan kepada orang lain, tak gitu?
Jom! Sama-sama kita renung-renungkan, dan selamat beramal
~ As-Sakinah~
4 comments:
Post yg sngt menarik...teruskan menulis..
Assalamualaikum
alhamdulillah satu perkongsian yang bijak cemerlang
menarik...mudah-mudahan kita semua hadam sebaik mungkin
agar erti ukhwahfillah tercapai melalui konsep usrah itu sendiri...
Bagus..selamat berdiskusi dan beramal:)
anonymous :
Syukran..
Abg Rahimi :
Syukra.. hidup kita kadang-kadang di atass, kaddang di bawah,kn?
macam tu jugaklah penulisan saya, kadang-kadang baik, kadang-kadang teruk~
so, mengharapkan tunjuk ajar daripada semua ya?
Syukran~
blablabla...
Post a Comment