Thursday, March 4, 2010

Kegagalan yang Berjaya

Alhamdulillah..
Hari ini hari sukan sekolah bagi muslimat.
Segala-galanya berjalan lancar..

Namun, setiap permainan ada yang menang dan ada yang kalah, kan?
Kegagalan merupakan suatu pengajaran yang amat berkesan, dan dengan kegagalan,
seseorang akan lebih mudah untuk belajar serta terus ingin berjaya.

Jika kita sering menang, sekali sekala kita perlu kalah, agar kita tidak terus bongkak dan takabur dalam menjalani kehidupan seharian kita di bumi Allah yang serba indah ini.

Dalam surah Al-Lukman ayat 18 :

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia ( kerana sombong )
dan janganlah berjalan di bumi Allah ini dengan angkuh.
Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.
Dalam ayat ini, telah menerangkan bahawa Allah tidak suka orang yang sombong dan bangga diri.
Jadi, tak salah untuk kita gagal. Kerana......
Dari kegagalan, timbul rasa ingin berjaya,
Dari kegagalan, menjauhkan kita dari terus membangga,
Dari kegagalan, membuatkan kita sentiasa ingin dekat dengan Allah..
Wahai sahabat dan diriku,
tak salah jika gagal,
tak berdosa jika kita gagal selepas berusaha,
kerana itu tandanya Allah ingin kita terus tingkatkan usaha dan sentiasa dekat dengan Dia.
Ya, saya tahu, kegagalan itu memeritkan. Terutama sekali dalam perkara-perkara yang kita sudah mahir, perkara yang kita master, perkara yang kita sering berjaya.
Namun, tiba-tiba, kegagalan menempa kita dalam perkara tersebut.
" Aku tak dapat nak maafkan diri aku,sebab aku gagal dalam hal ni," kata seorang pelajar.
" Aku tak dapat terima hakikat aku kalah! Aku dah gagal! " luahan seorang gadis.
Namun sahabat dan diriku,
gagal sekali, tidak beerti kita akan gagal selama-lamanya,
begitu juga dengan kejayaan, berjaya sekali tidak bererti kita akan berjaya selam-lamanya.
Jika seseorang itu mudah mengalah, adakah dia akan berjaya kembali?
Tidak!
Jika seseorang itu mengalah pada pertama kali kegagalannya, adakah dia akan berjaya kembali?
Tidak!
Terciptanya kegagalan dan kekalahan adalah kerana Allah ingin melihat,sejauh mana seseorang dapat menerima kegagalan? Sejauh mana seseorang itu dapat menerima kekalahan?
Dan paling penting, Allah ingin menguji, sejauh manakah seseorang dapat meredhai perkara yang telah terjadi itu?
Hakikatnya, jika seseorang gagal, muhasabah kembali diri.
Kita manusia, tidak akan pernah lari daripada membuat kesalahan dan kekhilafan.
Jika dengan kekhilafan itu kita gagal, kita perlu membetulkannya.
Kita perlu lebih berusaha untuk berjaya.
Bangkitlah wahai sahabat dan diriku.
Jangan mudah kecewa dengan kegagalan dirimu.
Bangkit kemabli dan terus berjuang.
Usah putus asa,
kelak kau berjaya,
membina nasibmu,
masamu akan tiba.
Jika suatu ketika,
langkah tidak berdaya,
berkat doa usaha,
Allah Maha Esa..
Akhir kalam,
wahai diri ini yang lemah dan dhoif,
bangkitlah kembali Farah,
jangan mudah putus asa hanya kerana kegagalan itu.
Masih banyak lagi perjuanganmu yang belum selesai dan harus diteruskan.
Masih banyak lagi amanah dan tanggungjawabmu yang harus dilaksanakan.
Bangkitlah! Jangan mudah putus asa! Jangan mudah mengalah!
Jadilah tenang seperti namamu,
jadilah ceria seperti namamu.
Sungguh! Dirimu mampu mengharungi semuanya.
Biarkan apa yang ingin dikatakan orang lain.
Asalkan dirimu tahu, dirimu sudah mencuba sehabis baik.
Allahu Akbar!!
~As-Sakinah~

No comments: