Friday, April 5, 2013

I Want to Be COFFEE~~~


Sebuah Keputusan

‘ Ya Allah, siapa yang tulis post-post ni? Aku ke? Betul ke aku? Kenapa aku rasa macam aku dah tak kenal diri aku sekarang? Aku rasa aku dah berubah sangat!’

Ya, itulah apa yang terlintas di fikiran saya selepas saya membaca kembali post-post lama saya di blog ini.
Setelah membuat sebuah keputusan; kembali ke  alam blog, saya terus membuka satu demi satu catatan saya di blog ini. 
Satu persatu perkataan yang telah saya nukilkan saya baca dan saya hadam.
Namun, apa yang hanya mampu terlintas di benak fikiran saya setelah membaca semuanya, hanyalah sebuah KERESAHAN DAN KETAKUTAN.

‘Adakah aku telah kehilangan diriku yang sebenar?’
‘Adakah aku masih seperti dulu?’
‘Adakah aku mampu menulis seperti dulu?’

Persoalan demi persoalan saya cuba rungkaikan saat itu, namun GAGAL.

I Want to be COFFEE

Petang yang indah itu membuatkan hatiku terasa tenang. 
Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk, tidak hujan malah tidak pula berangin.
Semuanya sedang elok. Indah bagi diriku.

‘Ya, Aku ingin menjadi coffee!!’

Kopi? Mengapa KOPI?

Baiklah.
Ayuh kita sama-sama uji skill membuat air kopi!

Pertama sekali kita masukkan satu camca teh serbuk kopi ke dalam mug,
Seterusnya kita tambahkah pula air panas,
Kemudian kita masukkan susu/krimer/gula ke dalam mug,
Kita kacau sehingga sebati.
Sedia untuk diminum! Sedapnya~

Perubahan  dalam Hidup

Saya ingin mengibaratkan diri ini seperti kopi.
Apabila dimasukkan air (persekitaran) ke dalamnya, saya masih boleh kekal dengan warna saya.
Dalam erti kata yang lain, kekal menjadi diri saya dalam persekitaran saya yang sekarang.

“ Tapi, kalau masukkan susu/krimer/gula kopi akan berubah warna, malah rasanya turut berubah?”

Ya. Saya juga inginkan seperti itu. PERUBAHAN.
Adakalanya, kita perlu berubah. Perlu berubah untuk menjadi lebih baik, lebih matang dan lebih kritis.
Dan untuk perubahan itu, kadang-kadang kita perlu menukar cara kita, dari segi pemikiran mahupun kehidupan.
Dan selalunya, persekitaran menjadi faktor utama dalam sesebuah perubahan.

Sama seperti kopi, kopi tadi perlu untuk merubah warnanya malah rasanya juga turut berubah.
Tetapi, bukankah kopi itu akan menjadi lebih sedap dengan susu/krimer/gula tadi?
Ya. Kopi tadi menjadi lebih sedap dengan sedikit perubahan.

Manusia juga begitu, manusia perlu berubah untuk menjadi warna yang lebih cantik.
Dan perubahan itu selalunya datang daripada persekitaran.
NAMUN!!
Saya ingin menjadi seperti kopi yang BERUBAH dek persekitarannya UNTUK MENGUBAH persekitarannya menjadi sesuatu yang lebih baik dan indah.

Oleh itu, perubahan itu perlu.
Tinggal kita sahaja yang memilih untuk berubah ke arah mana; lebih baik atau sebaliknya dan apakah motif perubahan itu dilakukan.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja coretan saya.
InsyaAllah akan cuba untuk terus menulis. Doakan ya?
J
Jaga iman, jaga hati, jaga diri.
Salam~

#fikir #pilih

No comments: