Friday, April 5, 2013

I Want to Be COFFEE~~~


Sebuah Keputusan

‘ Ya Allah, siapa yang tulis post-post ni? Aku ke? Betul ke aku? Kenapa aku rasa macam aku dah tak kenal diri aku sekarang? Aku rasa aku dah berubah sangat!’

Ya, itulah apa yang terlintas di fikiran saya selepas saya membaca kembali post-post lama saya di blog ini.
Setelah membuat sebuah keputusan; kembali ke  alam blog, saya terus membuka satu demi satu catatan saya di blog ini. 
Satu persatu perkataan yang telah saya nukilkan saya baca dan saya hadam.
Namun, apa yang hanya mampu terlintas di benak fikiran saya setelah membaca semuanya, hanyalah sebuah KERESAHAN DAN KETAKUTAN.

‘Adakah aku telah kehilangan diriku yang sebenar?’
‘Adakah aku masih seperti dulu?’
‘Adakah aku mampu menulis seperti dulu?’

Persoalan demi persoalan saya cuba rungkaikan saat itu, namun GAGAL.

I Want to be COFFEE

Petang yang indah itu membuatkan hatiku terasa tenang. 
Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk, tidak hujan malah tidak pula berangin.
Semuanya sedang elok. Indah bagi diriku.

‘Ya, Aku ingin menjadi coffee!!’

Kopi? Mengapa KOPI?

Baiklah.
Ayuh kita sama-sama uji skill membuat air kopi!

Pertama sekali kita masukkan satu camca teh serbuk kopi ke dalam mug,
Seterusnya kita tambahkah pula air panas,
Kemudian kita masukkan susu/krimer/gula ke dalam mug,
Kita kacau sehingga sebati.
Sedia untuk diminum! Sedapnya~

Perubahan  dalam Hidup

Saya ingin mengibaratkan diri ini seperti kopi.
Apabila dimasukkan air (persekitaran) ke dalamnya, saya masih boleh kekal dengan warna saya.
Dalam erti kata yang lain, kekal menjadi diri saya dalam persekitaran saya yang sekarang.

“ Tapi, kalau masukkan susu/krimer/gula kopi akan berubah warna, malah rasanya turut berubah?”

Ya. Saya juga inginkan seperti itu. PERUBAHAN.
Adakalanya, kita perlu berubah. Perlu berubah untuk menjadi lebih baik, lebih matang dan lebih kritis.
Dan untuk perubahan itu, kadang-kadang kita perlu menukar cara kita, dari segi pemikiran mahupun kehidupan.
Dan selalunya, persekitaran menjadi faktor utama dalam sesebuah perubahan.

Sama seperti kopi, kopi tadi perlu untuk merubah warnanya malah rasanya juga turut berubah.
Tetapi, bukankah kopi itu akan menjadi lebih sedap dengan susu/krimer/gula tadi?
Ya. Kopi tadi menjadi lebih sedap dengan sedikit perubahan.

Manusia juga begitu, manusia perlu berubah untuk menjadi warna yang lebih cantik.
Dan perubahan itu selalunya datang daripada persekitaran.
NAMUN!!
Saya ingin menjadi seperti kopi yang BERUBAH dek persekitarannya UNTUK MENGUBAH persekitarannya menjadi sesuatu yang lebih baik dan indah.

Oleh itu, perubahan itu perlu.
Tinggal kita sahaja yang memilih untuk berubah ke arah mana; lebih baik atau sebaliknya dan apakah motif perubahan itu dilakukan.

Alhamdulillah, setakat ini sahaja coretan saya.
InsyaAllah akan cuba untuk terus menulis. Doakan ya?
J
Jaga iman, jaga hati, jaga diri.
Salam~

#fikir #pilih

Monday, April 1, 2013

Taman Ilmu dan Budi (Garden Knowledge and Virtue)



Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk terus menulis setelah hampir setahun aku menyepikan diri dari bidang penulisan.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal..

Taman Ilmu dan Budi

Alright guys, now let me tell you guys about my updates:
           
          (i) Pada tarikh 25.2.2013, I am 20 years old, OFFICIALLY :)
          (ii) Right now I read (study) Psychology, in accordance to finish my degree.
               Bachelor in Human Sciences (Psychology)
          (iii) Sekarang berada di Tahun 1, Sem 2 di IIUM. Taman Ilmu dan Budi.
Alhamdulillah, all gracious to Allah..

Frankly said, bukan mudah sebenarnya belajar subjek2 untuk degree ini.. Sangat mencabar..
Lagi2 dah masuk core course untuk course Psychology ini, selalu juga rasa gementar dan tak yakin. Especially lepas dapat tahu ramai pelajar2 pintar kat UIA dan sangat kuat persaingannya di sini..
Mengeluh? Hmmm.. Pernah juga sekali sekala.. (sekali sekala?yeke?)

No Worries, All is Well. InsyaAllah
Seorang sahabat sering menasihati dan mengingatkan diri ini that once Imam As-Shafie pernah berkata :

  “Apabila kamu tidak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”
 - Imam AS-Shafie- 

Pada awalnya, seperti sangat kasar nasihat ini, namun hakikatnya kata-kata inilah yang kini membakar semangat aku untuk terus berjuang. 
Meskipun kadang-kadang, sejujurnya ada juga rasa malas-malas, 
Tapi hey! 
Yang penting usaha! Usaha untuk lawan malas tu dan keep holding on….. (sambil nyanyi lagu Avril Lavigne – Keep Holding On) 
Sebab apa? 
 Sebab Allah tak tengok hasil tapi Allah sangat menitik beratkan usaha kita. 
Even sebesar zahrah pun, Allah will count it in.
No worries. 
Chayok! Have faith in Allah, InsyaAllah.. :) 


InsyaAllah in the next posts, I will update some pictures of IIUM and me(maybe?).. Hehe..

Till then, see you next time, InsyaAllah.. 
Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan jangan lupa saling mendoakan.. InsyaAllah… 
Assalamualaikum..


p/s: InsyaAllah, this Wednesday (3 April 2013) and Thursday (4 April 2013) I will be sitting for my Mid   Term.. Pray for me, Pray for us.. InsyaAllah.. Thank you guys! You are the best! :)