Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan datang lagi!

Alhamdulillah, diri ini masih berkesempatan melalui madrasah Ramadhan.
Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri ini seadanya. Dosa dan noda. Akulah hambaNya yang hina itu.
Astagfirullah al azim, astaghfirullah al azim, astagfirullah al azim~

Puasa = Disiplin

Sedang aku berbaringan di atas tilam yang empuk, tiba-tiba suara sahabatku kedengaran,

“ Kinah, macam mana nak buat conclusion tentang puasa ya?”

Adoi. Aku yang baru bangun dari tidur ini, terkebil-kebil mendengar soalannya.

“ Ha? Conclusion?” soal aku balik.

“ Haah untuk assignment BTQ ( salah satu subjek kami ),”

Maka, dengan izin Allah aku mampu menjawab soalannya. Dan jawapan itu ingin aku kongsikan dengan anda,

“ Ok.. Macam yang kita tahu, dalam puasa, ada banyak do’s and don’ts ,kan? Dan macam yang kita tahu, Allah sayangkan setiap hambaNya, walaupun kita selalu rasa Allah tak adil, tapi tetap sahaja Allah sayangkan kita,kan?

Tapi, nampakkah kita Allah ingin menunjukkan kasih sayangNya kepada kita melalui puasa? “

“ Maksud kinah?” soal sahabatku.

“ Macam ni, Allah sayangkan kita,kan? Tapi, nampakkah kita melalui puasa, Allah dah menunjukkan kasih sayangNya pada kita.

Macam mana? Ha! Allah dah tetapkan segala hukum-hakamNya dan peraturan-peraturanNya semasa kita berpuasa,kan? Contohnya macam kita tak boleh makan,minum,kena jaga mata, jaga lidah,jaga telinga dan macam-macam lagi.

Hmm.. Selalunya, apa yang kita dengar keluh kesah daripada orang lain terhadap puasa ini mungkin hanya penat, lapar dan hampir semuanya yang buruk .

Tapi, hakikatnya, Allah sedang menjaga kita dengan cara kita menjaga diri daripada melanggar peraturanNya sewaktu berpuasa. Allah sedang menjaga kita apabila kita melawan dan mengawal nafsu kita ketika berpuasa. Allah sedang menjaga kita ketika kita sedang mendekati diriNya. Allah juga sedang menjaga kita saat kita sentiasa ingatkan diriNya.

Oleh itu, Allah juga sedang menjaga kita yang sedang berpuasa sekarang ini!”

Puasa = CintaNya

Fahamkah? Ya! Ayat tadi mungkin pening dan sukar untuk difahami. ( Maaf, sudah lama tidak menulis. Inilah jadinya)

Baiklah…

Maksudnya, apabila kita berpuasa, kita akan menjadi seorang yang berdisiplin,bersabar,dan dapat belajar mengawal nafsu dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya dan secara tidak langsung kita akan cuba meningkatkan diri kita serta cuba mendekatiNya.

Bukankah dengan semua itu tadi membuatkan Allah akan menjaga dan lebih mencintai kita? Oleh itu, sebenarnya perintah berpuasa bukanlah satu bebanan. Tapi hakikatnya ia merupakan suatu tanda kecintaan diriNya akan diri kita.

Lihat! Sungguh luas kasih sayangNya. Sungguh kreatif setiap perintahNya. Sungguh indah cintaNya. Bukan?

Ya! Kita! HambaNya yang hina dan penuh noda ini pun Allah sayang. Tapi cukupkah cinta dan kasih kita untuk membalas cinta dan kasihNya?(muhasabah diri ini juga.Ya Allah~)

~Yok! Kita sama-sama renungkannya~

Nota kaki : Allah menunjukkan kasih sayangNya pada kita bukan sahaja dalam perintah puasa, tapi melalui ibadah lain juga…….

1 comment:

Anonymous said...

hakikat puasa itu adalah merupakan pra- Islam itu sendiri. ianya memberi gambaran dan mendidik kita bagaimana seorang mukmin itu sepatutnya behave. sebab itulah kita diajar banyak do's and dont's ketika berpuasa. insyaallah, jika kita berjaya di dalam puasa kita, maka kita juga akan berjaya dalam kehidupan kita sebagai mukmin. insyaallah...