“ Aku ada banyak masalah la. Masalah itulah, inilah~”
“ Ala, kau tak faham masalah aku, kau tak faham apa yang aku rasa,”
Masalah, semua orang pasti ada masalah masing-masing.
Masalah bukanlah sesuatu yang patut diabaikan. Kita juga tidak seharusnya melarikan diri daripada masalah kerana ia akan menjadi lebih parah dan hati anda akan terus berdarah.
Masalah...
Masalah merupakan sesuatu wadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Bagaimana?
Melalui cara yang betul dan penghayatan yang betul~
Ambillah iktibar daripadanya!
Pada pendapat saya, tiada masalah yang boleh diklasifikasikan sebagai masalah BESAR atau masalah KECIL.
Hal ini kerana, masalah tetap sahaja menjadi satu masalah.
Kecil atau besar, bukan kita, manusia atau hambaNya yang kerdil ini yang tentukan, kerana bukankah Allah itu sebaik-baik perancang?
Oleh itu, Allah tahu masalah apa yang sesuai untuk diberi kepada hambaNya sebagai satu ujian keimanan.
‘ Sesungguhnya, Allah akan memberi ujian kepada hambaNya berdasarkan kemampuan hambaNya.’
Itu janji Allah kepada kita! Yakinilah!
‘ Jangan mengatakan kamu beriman selagi kamu belum diuji.’
Itu juga janji Allah kepada kita di mana setiap hambaNya akan sentiasa diberi ujian olehNya sebagai penanda aras kepada prestasi iman kita setiap tahun,setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, malah setiap helaan nafas~
Sahabatku dan diriku, mengertilah Allah menurunkan ujian dan masalah bukan sebagai suatu bala atau suatu kesusahan kepada diri kita.
Tetapi, ianya sebagai suatu peringatan,iktibar dan paling penting sebagai satu rahmah dari Allah untuk hambaNya.
Mengertilah bahawa Allah sayangkan setiap hambaNya. Allah sayangkan kamu! Sebab itu Allah memberi setiap hambaNya masalah tersendiri. Agar kita dapat meningkatkan prestasi iman dan komitmen sebagai hambaNya yang sentiasa ingin mengupgrade iman~
“Senanglah kau cakap macam ni,masalah aku besar tahu tak.. besar!”
Kalau masalah anda besar, beruntunglah anda! Kerana jika anda dapat mengambil iktibar daripada masalah anda dan anda bersabar serta bersyukur dengan segala ujian yang diberi olehNya, itu tandanya anda seorang hambaNya yang kuat! Anda beruntung! Dan saya cemburu dengan kekuatan dan kasih sayang serta perhatian yang telah Allah berikan kepada anda~!
Jika besar masalah anda, maka besar jualah kekuatan di jiwa anda. Besar jua kasih sayangNya kepada anda dan besar jualah ganjaran yang anda akan dapat kelak~
Jadi, ayuh! Kita sama-sama melihat keadaan insan-insan yang lebih susah daripada kita. Insan-insan yang telah dipilih Allah agar kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersabar dengan setiap dugaan,mehnah,cabaran dan ujian yang diberiNya kepada kita.
KERANA ALLAH SAYANGKAN KITA~
No comments:
Post a Comment