Friday, February 26, 2010

Peluang datang cuma sekali..?

Bismillahirahmanirahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..
Salam Maulidur Rasul buat semua..


' Peluang datang cuma sekali..'
Itulah quotes yang biasa kita dengar, kan?

" Saya sedang masih mencari peluang.. Peluang untuk hidup dengan lebih selesa dan lebih berjaya pada masa akan datang," ungkap seorang hamba Allah.

" Peluang yang macam mana tu? " soal saya, keliru.

" Peluang. Peluang yang lebih baik," jawabnya ringkas.

" Bagi awak, peluang tu, macam mana? " soal saya lagi.

" Peluang itu sentiasa ada.. Dan hanya orang-orang yang bijak yang dapat mencari peluang, " jawabnya.

"Owh, kalau begitu, tak betul la quotes peluang datang cuma sekali?" soal saya lagi.

"Ha! Itu kita sendiri kena bijak menilai.." jawabnya.


PELUANG

Tapi, bagi saya, personally, peluang tu subjektif dan universal. Sama macam cinta.
Kenapa?

Saya analogikan..
Sahabat A berkata, " Aku dah jatuh cinta!"
Sahabat B pula berkata, " Itu bukan cinta, itu sekadar perasaan suka.."
Sahabat A berkata sambil meninggikan suara, " Aku yang rasa, aku tahulah!"

Lihat! Cinta itu subjektif dan universal. Same goes to peluang.
Peluang itu juga sesuatu yang subjektif dan universal. Sesuatu yang kita tidak boleh jangka. Unpredictable.

Bagi sesetengah orang, peluang itu merupakan apabila mereka dapat membuat sesuatu perkara yang dia perlu atau yang dia minat untuk melakukannya dengan dapat memberikan 100 % fokusnya.
Bagi saya pula, peluang itu merupakan setiap masa.

Setiap masa yang dianugerahkan Allah adalah peluang bagi kita.
Peluang untuk membuat ibadah, membuat jasa, melaksanakan taklifan serta amanah sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang hamba dan seorang daei.
Bagi saya, selagi mana kita hidup, selagi itu Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik.

HARGAINYA..

Hargailah setiap masa, setiap peluang yang telah Allah berikan kepada kita.
Kadang-kadang kita tak perasan yang Allah sedang memberi kita peluang.
Jadi, kita cuba mencari peluang yang akan datang.
Lalu, kita abaikan peluang yang sudah ada di depan mata.
Contohnya,

Seorang pelajar tidak ingin belajar atau tidak berminat untuk berjaya dalam bidang akademik buat masa sekarang.
Tetapi, dia ingin berjaya!
Katanya, dia sedang nantikan peluang akan datang yang dapat menjadikan dia seorang ternama dan berpengaruh.
Dia sedang mencari peluang yang dapat membawa dia menuju kejayaan. Menuju puncak!

Namun, sedarkah dia, sedarkah kita, masa untuk kita belajar itu merupakan satu peluang untuk kita berjaya pada masa akan datang.
Itulah hakikatnya peluang kita yang sebenar.
Peluang untuk belajar,belajar dan terus belajar untuk mengecap kejayaan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

Kita tidak boleh MENUNGGU peluang tanpa berusaha.
Kerana kebanyakkan orang hanya menunggu ketibaan peluang.
Namun, sebenarnya, kita perlu MENCARI peluang.
Atau mungkin,
MENCIPTA peluang itu sendiri! Dengan usaha kita.

Ingat! Allah melihat pada usaha kita, bukan pada kejayaan atau hasil kita.

MAULIDUR RASUL

Kini, kita masih berpeluang untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita, semasa kita hidup.
Kita masih berpeluang melihat dunia yang makin hari makin panas, dan 'panas' dengan ceritera kehidupan.

Kehadiran sambutan maulidur rasul tahun ini dan ayat ustazah saya, membuatkan saya berfikir sesuatu.
Ustazah pernah kata,
' Dulu, masa Rasulullah nak wafat sahabat-sahabat baginda semua bersedih. Semua risau, siapa yang bakal menggantikan baginda? Mereka semua risau.'

Ketika mendengar bait-bait ustazah. Saya terdiam. Merenung kembali. Sekarang, sahabat-sahabat baginda sudah pun tiada, tabi' tabiin juga, sudah tiada. Akan datang, para ulama' yang kita kenal juga akan 'pergi'. Pada saat itu, siapa yang akan risaukan umat Islam kalau bukan generasi muda kini? Bakal pemimpin akan datang.

Itu yang membuatkan saya terfikir ketika Maulidur Rasul disambut.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
kita sekarang ni sudah punya peluang.
Peluang untuk segala-galanya.
Masa itu peluang.
Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk kita menjadi generasi yang lebih hebat daripada Generasi Hebat~

Ambilah peluang yang Allah berikan itu, gunakan sebaik mungkin.
Peluang untuk berubah, bertaubat, sentiasa ada..
Sama ada nak atau tidak saja.

Sekian.


~As-Sakinah~

Saturday, February 20, 2010

Bersyukurlah kita..

Bismillahirahmanirahim..

Pernah ke kita terfikir yang kita ni, tak bersyukur?
Ya!
Saya tak bersyukur..
Kita tak bersyukur..

Kenapa saya cakap macam ni?

Sebabnya,cuba kita renungkan kembali kesilapan-kesilapan kita..
Kita melawan cakap ibu dan ayah kita,
kita meninggikan suara terhadap ibu ayah kita,
kita tak dengar nasihat ibu ayah kita,
kita berasa bosan mendengar leteran ibu dan ayah kita,
kita sakitkan hati ibu dan ayah kita,
kita kecewakan ibu dan ayah kita,
kita terlupa tentang ibu dan ayah kita..

Sesungguhnya, saya tidaklah melihat kesalahan orang lain, tetapi, saya hanya melihat dan memuhasabah kembali diri saya yang dhaif dan penuh dosa ini..

Drama Cerekarama di TV3 bertajuk Dunia Batinku benar-benar membuka mata saya.
Dialog yang telah disusun oleh penulis dan telah dilakonkan oleh Syafie Naswip, benar-benar menyentuh kalbu.

' Ibu, hari ini, Abang akan menduduki peperiksaan.. Abang rindukan ibu. Abang tahu, Abang tahu Abang dah tiada doa daripada ibu, tapi, Abang akan cuba sehabis baik, bu.. Abang akan jaga keluarga kita.. Tapi, Abang takut, Abang takut Abang tak kuat bu..'
Itulah monolog seorang anak dalam drama itu, selepas peninggalan ibunya dari dunia yang fana ini untuk selamanya..
Sungguh! Dialog ini, drama ini, benar-benar menyentuh kalbu dan benar-benar menyedarkan saya dalam menghargai ibu dan ayah.. Menghargai doa seorang ibu, menghargai doa seorang ayah..
Kehilangan doa mereka akan kita rasai, dan rindui suatu hari nanti..
Semua akan merasanya..
Mati itu PASTI..
Hidup, InsyaAllah..
Sahabat-sahabat, hargailah mereka sementara mereka masih berada di depan mata kita,
sementara mereka masih boleh kita dakap,
sementara mereka masih boleh kita kasihi,
sementara mereka masih boleh mendoakan kita..
~As-Sakinah~

Percayalah..

Bismillahirahmanirahim..

" Apa yang penting..? KERJASAMA..!", begitulah dialog dalam cerita kartun Wonder Pet di TV9 yang sudah sebati dengan kita.. Apabila bercerita soal bekerjasama, itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita, kan?

Namun, apa faktor yang penting dalam bekerjasama?

Bekerjasama ni, ada banyak jenis..
Bekerjasama dalam kelas, dalam menjalankan kerja-kerja dakwah,dalam organisasi, dalam keluarga, dalam berusrah, dalam bersahabat.. Almost dalam semua perkara yang ingin kita lakukan, kita perlukan kerjasama daripada orang lain..

So.... Kepercayaan.. Itulah tunjang utama dalam bekerjasama..
Yup~
Memang banyak lagi faktor-faktor yang penting dalam bekerjasama..
Namun, personally, saya rasa, the most important thing is..
KEPERCAYAAN~

Dalam bekerjasama, kita perlu percayakan pihak yang bekerjasama dengan kita tu,
beri dia peluang untuk menonjolkan diri dia,
beri dia ruang untuk menunjukkan apa-apa yang dia mampu lakukan..
Paling penting, berikan kepercayaan kita kepada dia, supaya dia pun akan percayakan kita, kerana kita percayakan dia..
Get it?

Ya, memang tak dapat disangkal,
kadang-kadang kita akan rasa was-was dengan kemampuan dia..
Tapi, jika dia tahu yang kita percayakan dia,
tak mustahil dia akan mencuba sehabis baik untuk melakukan sesuatu yang diamanahkan..
Kenapa?
Yes.. Semuanya hanya kerana kita percayakan dia..
Percayakan mereka..

Dalam berusrah, ramai orang tanya, macam mana kita nak dapatkan kepercayaan anak usrah kita?
Bagi saya, kita perlu pupuk dan ajar diri kita untuk percayakan mereka..
Percaya bahawa mereka lebih hebat seperti yang kita sangkakan..
Percayakan mereka, beri mereka sesuatu kerja, kongsi dengan mereka sesuatu rahsia kita (yang perlu),
percayakan mereka bahawa mereka mampu lakukan tugasan itu,
percayakan mereka bahawa mereka akan simpan rahsia kita..
InsyaAllah, jika kita percayakan mereka, tak mustahil, hati-hati mereka akan terbuka dan percayakan kita..

Dalam bekerja sebagai satu team pula, jika kita ada partner dalam team tu dan membuatkan kita lebih sering berhubung dengan diadalam melaksanakan sesuatu amanah,
kita kena percayakan dia..
Walaupun mungkin dia masih baru dalam arena ni,
kita lah yang perlu ajar dia, kita perlu percayakan dia/mereka..
Jangan takut untuk berkongsi ilmu,
jangan takut untuk memberi dia kerja yang mungkin kita rasa dia tak tahu untuk melakukannya..
Pada waktu itulah sebenarnya kepercayaan kita terhadap dia diuji..
Mengikut pengalaman saya (yang tak seberapa), untuk menerima hasil kerja yang terbaik daripada dia, kita perlu,perlu, perlu percayakan dia..
Apabila saya menunjukkan bahawa saya ragu-ragu dengan kemampuan dia,
dia berkecil hati.
Namun, apabila saya mula percayakan dia, mula memberi dia ruang dan peluang,
saya berasa dia telah memberikan satu hasil kerja yang baik..
Lebih baik daripada apa yang saya sangkakan..
Malah, lebih baik daripada hasil kerja saya..

Jadi.. Hakikatnya, dengan kepercayaan seseorang terhadap kita, kita akan jadi lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik..kan?
Tidak perlu membuat bancian kepada orang lain, tapi, kita hanya perlu bertanya kepada diri kita sendiri,
' Adakah aku perlukan kepercayaan orang untuk menjadi lebih baik?'
Jika soalan itu ditanya kepada diri saya, saya akan menjawab,
' Ya, aku PERLUKAN kepercayaan orang untuk membuatkan aku menjadi lebih baik..''

Saya menulis post kali ini, mengikut pengalaman saya dalam bekerjasama dengan seseorang di dalam sebuah organisasi..
Yang pasti, jika kita baru kenal dengan seseorang tu, partner kerja kita, PASTI, kita akan berasa sangsi dengan kemampuan dan komitmen dia..
Kenapa?
Kerana, dia merupakan sahabat baru kita, yang kita tidak kenal secara detail..
Namun, apa salahnya jika kita memberi dia ruang, peluang dan KEPERCAYAAN kita, kan?

Jadi, selamat mencuba.
InsyaAllah..

Ini pandangan peribadi saya, jadi, tak salah jika ada orang lain mempunyai pandangan yang lain untuk hal ini..
Jadi, jika saya salah, betulkan, jika ada penambahan, sangat dialu-alukan..
Kita semua masih belajar, dan akan terus belajar..
Chayok~
Syukran..


~As-Sakinah~

Monday, February 15, 2010

A Whole New World..

Bismillah..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Allah masih memberi ruang untuk memperbaiki diri dan hati dalam medan penulisan ini.. Alhamdulillah.. ♥

Pada tahun ini, penulis akan membuat suatu transformasi yang agak besar bagi blog ini..
Besar? Ya! Besar bagi diri penulis..
Hal ini kerana, bagi setiap manusia, suatu perubahan yang akan dilakukan pasti akan terasa BESAR dan BERAT, kerana keterbiasaan kita dalam melakukan sesuatu yang biasa..

Buat pengetahuan pembaca sekalian, ada beberapa transformasi yang akan penulis lakukan antaranya :
  1. Penggunaan kata ganti diri bagi penulis ialah saya. Bukan 'ana' lagi. Kenapa? Mungkin saya lebih yakin dan selesa dengan penggunaan 'saya'.
  2. Penggunaan ayat dalam penulisan saya akan saya jadikan lebih gramatis.. Mungkin sekali-sekala akan tersasar dan menyimpang dengan matlamat sebenar, namun, saya sangat mengharapkan nasihat dan peringatan daripada anda..
  3. Tiada lagi penggunaan 'shortform'.. InsyaAllah..
  4. Contents dalam penulisan saya akan lebih menjurus kepada social life,relationship, isu semasa (insyaAllah) dan personal opinion about some issues..

Adakah blog ini akan menjadi skema? InsyaAllah tidak.. Saya akan cuba sehabis baik untuk menceriakan blog ini.. InsyaAllah, segala perkongsian yang bermanfaat akan saya kongsikan di dalam blog ini.. InsyaAllah.. Saya akan tetap menjadi diri saya, yang ceria.. (ceria ke?) Bagi yang mengenali diri saya, mungkin anda lebih arif dalam menilai diri saya.. (^_^)

Hopefully, dengan perkongsian transformasi saya dalam medan penulisan di alam maya akan dibantu dan sentiasa disokong oleh anda.. InsyaAllah..

~ No Boundaries~
~As-Sakinah~