Sunday, September 13, 2009

hati.. Milik ALLAH...

salam..
setelah sekian lama (agak lama) ana tidak mengupdate blog ini..
akhirnya.. ana mendapat sesuatu untuk dikongsikan dengan semua pembaca..

hati kita milik Allah..
sungguh!
tak tipu..
segala-galanya milik Allah..

ingin ana kongsikan..
dalam kita mengajak orang ke arah kebaikan..
dan mencegah orang dari kemungkaran..
kita tak akan lekang dari caci maki,fitnah, kekecewaan, dan macam-macam lagi yang sama waktu dengannya..
tapi..
bila mereka buat kita mcm tu..
ada beberapa faktor yang membuatkan mereka bertindak sedemikian..
antaranya..
1. mungkin kerana cara kita dalam mengajak dia ke arah kebenaran dan ingin mencegah mereka dari kemungkaran, salah..
2. hati mereka.. milik Allah, mungkin, Allah belum campkkan lagi hidayah-Nya kepada mereka.. sebab tu mereka masih belum boleh terima teguran dan ajakan kita.. kan?

dalam urusan berdakwah ni, bukan mudah, kita perlukan cara yang berhikmah dan hati yang kering..
caci maki, fitnah, kekecewaan, merupakan perkara biasa dalam kehidupan dan perjuangan ini..
jadi, hati mesti kering..

kadang-kadang, kita kecewa..
kecewa dgn kegagalan kita 'menarik' seseorang tu ke arah kebaikan..
tapi,
cuba kita renung balik..
hati kita..
hati mereka..
milik Allah,
jadi, kita hanya perlu terus menerus membantu mereka..
terus menerus mendoakan mereka..
tanpa jemu..
semoga Allah akn memberi mereka hidayah..
itu yang paling penting dan paling jarang kita buat..
sebab..
mungkin, bagi sesetengah pihak..
mereka lebih mementingkan kejayaan daripada usaha..
tapi, hakikatnya..
nanti di akhirat sana..
Allah akan bertanyakan tentang usaha kita..
bukan tentang kejayaan yang kita kecapi..
kenapa??
sebab.. Allah lebih tahu, apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya..

wallahu'alam..
sekian..
renung-renungkan..
dan selamat beramal..
wasalam..
jaga diri..


13.9.2009

Tuesday, September 1, 2009

.: PeNg0rbaNan.. .:

salam..
rasa dah lama sangat tak update blog ana ni..
asifni kepada yang gemar membaca blog ini,(ada ker?)
kerana tidak mengupdate post yang baru..
bukan tak mahu, tapi, tiada ilham untuk menulis..
alhamdulillah, kali ini, ada ilham sikit..

pertama sekali,
ana nak mengucapkan..
selamat menyambut bulan Ramadhan..
mungkin dan agak terlambat..
tapi,bukan ke lebih baik kalau setiap hari kita menyambut kehadiran hari
baru dalam bulan yang penuh mulia ini..?

baiklah, kali ini,
kita bercerita tentang pengorbanan..

hmm.. sedarkah kita yang kadang-kadang,
kita terlepas pandang dengan pengorbanan seseorang kepada kita..
ana di sini, tak nak mengambil contoh yang jauh2,
tapi cukuplah sekadar kita memandang sekeliling kita..
siapa yang sedang berada di sisi kita??
itulah yang ana nak highlightkan kali ini..
siapa??
itu anda yang tentukan.. ( ~_^)

bukan apa,
melalui pemerhatian ana,
pengalaman ana (yang tak seberapa ni)
dan pemahaman ana,
KITA sering lupa dan memandang rendah akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seseorang kepada kita..
tak kira la besar ke, kecik ke..
tapi, ia tetap pengorbanan,kan?

suka ana nak kongsi,
sejujurnya, ana pernah rasa tidak dihargai..
setelah semua yang ana curahkan,
masa,tenaga,
tapi,
sia-sia..
orang tu tetap saja tidak puas hati dengan ana..
kenapa???
hmm..bukan ana nak mengungkit..
tapi,
disebabkan kejadian inilah, ana nak kita semua berfikir..

adakah kita menghargai semua orang??
adakah kita menghargai pengorbanan semua orang??
layakkah kita untuk dihargai kalau kita tidak menghargai??

dalam kejadian itu,
ana baru tersedar,
ana juga sering lupa dan sombong dengan orang yang telah banyak berkorban kepada ana..

ana terfikir,
' aku marah bila pengorbanan aku tak dihargai, tapi, hakikatnya, ada ke aku sendiri hargai apa yang orang telah buat dekat aku? pengorbanan mereka?'

hmm..
sahabat2, kadang2 kita memang terlalu pentingkan diri,kan?
kita nak semua orang melayan kita dengan baik, tapi,
adakah kita melayan orang lain dengan cukup baik?
fikir2kan ye?

apabila kita melayan orang lain dengan baik,
InsyaAllah, mereka akan melayan kita dengan baik..
sabar dan syukur kunci utama..

akhir kalam,
"berbuat baiklah kepada orang yang berbuat baik dengan kita..
berbuat baiklah juga kepada orang yang berbuat jahat dengan kita..
kita hanya manusia biasa, tiada kuasa untuk menghukum,
tapi, kita cukup berkuasa dalam memaafkan orang.."



p/s: tapi, bak kata guru kaunselor sekolah ana, Cikgu Azmah,
' kadang-kadang kita perlu pentingkan diri.. ikut situasi..'
faham,kan situasi yang macam mane?
renung-renungkan dan selamat beramal..

sekian sahaja untuk kali ini,
wasalam...

_as-sakinah_
1.9.2009
11.9.1430