Monday, February 23, 2009

untitled..

assalamualaikum...

untuk post kali ni, merupakan bicara hati..
kadang-kadang, kita sebagai insan dan manusia biasa,
tak lekang daripada merasakan diri ini tidak kuat..
begitu juga dengan diri ini..

diri ini, seringkali merasakan tiada lagi kekuatan untuk menghadapi semua ujian Allah..
Bagaimana itu semua bleh terjadi??
terkadang, diri ini terkapai2 mencari sesuatu untuk berpaut,
terutamanya ketika ombak melambung2kan perahu yang kita sedang naiki..
lebih teruk, jika taufan melanda dan hampir-hampir sahaja menhancurkan perahu kita..

namun, ke mana pendayung yang menjadi pembantu dan yang sentiasa bersama kita ketika kita sedang susah??

berkias bukan?? sejak bila plak diri ini pandai berkias?? hehe...

sahabat2, ingatlah...
kadang-kadang kita melihat apa2 yang tiada dengan kita..
kita tidak nampak apa-apa yang kita ada...
kita kurang bersyukur..
memang kadang-kadang kita akan rasa mengalah dan tidak kuat..
namun, kita kena selalu beringat,
Allah sentiasa bersama kita..
"la tahzan, innaAllaha maana.."

kepada sesiapa yang sedang mengalami situasi ini, anggaplah entry atau post ini, sebagai peringatan kita bersama..
sebagai satu sesi muhasabah kita bersama...
banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan berzikir kepada Allah..
percayalah kepada Allah..
ana ambil kata-kata ketua ana...
"Dalam kita melakukan kerja kerana Allah,
banyak yang pahit dari manisnya..
namun, bila kita sudah terasa kemanisan itu... SubhanaAllah.."

ingatlah firman Allah dalam surah Al-Insyirah.. Ayat 6..
" sesungguhnya selepas kesulitan, ada kesenangan..."
itu janji Allah...

p/s: pesanan ini khusus untuk diri ana yang dhoif dan alpa ini..
serta untuk semua.. semua yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama atau ada kene mengena dengan situasi dlm entry kali ini..
jadi, sama-samalah kita saling mengingati...
akhir kata, ana minta maaf kalau-kalau ada yg terasa...
tegur2lah ana kalau2 ana ada salah cakap atau apa-apa sahaja...

sekian.... wasalam...

No comments: