Saturday, February 28, 2009

TERKADANG......

salam....

Terkadang, hati ini berbicara,
"letihnya mengharungi hidup ini.."
Terkadang, hati ini berkeluh kesah,
"aku dah letih berlakon di atas muka bumi ini..."
Terkadang, hati ini kecewa dengan sikap sendiri,
"alangkah bodohnya aku kerana telah melakukan dosa itu.."
Terkadang, hati ini menyesal,
" menyesal aku.."

Namun, sedarkah hati ini??
bahawa semuanya dengan hanya...
TERKADANG...


hmm... faham tidak mksd puisi di atas??
baiklah, seperti yang sedia maklum, kita manusia biasa, yang dhoif.. yang lemah.. yang mudah lupa..
sebab itu jugak ana gunakan perkataan TERKADANG...
Hal ini hanya kerana... kita manusia yang mudah lupa..
Kadang2 sahaja kita baru teringt akn dosa kita..
Kadang2 shaja kita baru teringtkan Allah...
Kadang2 sahaja kita baru teringat betapa lemahnya diri ini,
dan betapa kerdilnya diri ini di hadapan Allah...
Semuanya hanya kadang2..
tidak perlu untuk ana menuding jari kepada sesiapa..
cukup sahaja ana menuding jari kepada diri ana.. serta..
cukup shaja kita menuding jari kepada diri kita.. (bagi sesiapa yang sedang membaca,,)

sungguh, kita manusia biasa..
dalam dunia yang fanaa ini,
alam dunia yang semakin mencbar ini,
dalam era globalisasi ini,
kita semakin jauh dari Allah,
kita semakin terpinggir dengan hal agama..
jadi, kita punya saudara, kita punya sahabat..
selalula kita mengingati sekaligus teringt dan diingati kepada Yang Maha Esa..
InsyaAllah..

p/s: ana tidakklah menuding atau menyuruh orang lain, tapi, semuanya ini.. ana ingtkan diri ana juga...
sesungguhnya, ana pun manusia biasa.. yang mengharapkan dan memerlukan Allah setiap masa..
tanpa Allah, siapalah ana..
tanpa nikmat yang Allah berikan kepada ana sekarang ini, masakan ada entry untuk kali ini?? hehe..

dengan itu, rajin2lah mengingati serta teringt untuk diingati... hehhe..(agak berbelit ayat di sini..)

wslm...

Friday, February 27, 2009

Meningkatnya Usiaku...

Salam...

25.2.2009 merupakan hari yang paling menakutkan bagi diri ini...

Detik itu telah tiba..!
Ulang tahun kelahiranku..!
Memang sepatutnya orang akan rasa gembira..
Tp, tiba2, hati ini, rasa sebak..
Sebak bila terasa diri ini, tidak layak untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan..
Sebak bila terasa diri ini, tidak mampu untuk terus menjadi sepertimana yang diharapkan..
Aku tahu,dosaku menggunung tinggi.. tapi, taubatku tak kutepati...

Seorang sahabat ana telah memberi sepucuk surat, mengucapkan "Selamat Hari Lahir"..
Warkah itu memberi seribu satu makna bagi diri ana, kerana diselitkan juga kata2 semngat serta nasihat2 dari seorang sahabat..
katanya, pabila tiba ulang tahun kelahiran, kita tidak sepatutnya bergembira, kerna dosa2 lama masih belum di'tampal'..
meningkat sudah usia ana...
Mungkin, meningkat jualah tahap ujian Allah...

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg hening
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

*Tika dinihari-Devotees-


Monday, February 23, 2009

untitled..

assalamualaikum...

untuk post kali ni, merupakan bicara hati..
kadang-kadang, kita sebagai insan dan manusia biasa,
tak lekang daripada merasakan diri ini tidak kuat..
begitu juga dengan diri ini..

diri ini, seringkali merasakan tiada lagi kekuatan untuk menghadapi semua ujian Allah..
Bagaimana itu semua bleh terjadi??
terkadang, diri ini terkapai2 mencari sesuatu untuk berpaut,
terutamanya ketika ombak melambung2kan perahu yang kita sedang naiki..
lebih teruk, jika taufan melanda dan hampir-hampir sahaja menhancurkan perahu kita..

namun, ke mana pendayung yang menjadi pembantu dan yang sentiasa bersama kita ketika kita sedang susah??

berkias bukan?? sejak bila plak diri ini pandai berkias?? hehe...

sahabat2, ingatlah...
kadang-kadang kita melihat apa2 yang tiada dengan kita..
kita tidak nampak apa-apa yang kita ada...
kita kurang bersyukur..
memang kadang-kadang kita akan rasa mengalah dan tidak kuat..
namun, kita kena selalu beringat,
Allah sentiasa bersama kita..
"la tahzan, innaAllaha maana.."

kepada sesiapa yang sedang mengalami situasi ini, anggaplah entry atau post ini, sebagai peringatan kita bersama..
sebagai satu sesi muhasabah kita bersama...
banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan berzikir kepada Allah..
percayalah kepada Allah..
ana ambil kata-kata ketua ana...
"Dalam kita melakukan kerja kerana Allah,
banyak yang pahit dari manisnya..
namun, bila kita sudah terasa kemanisan itu... SubhanaAllah.."

ingatlah firman Allah dalam surah Al-Insyirah.. Ayat 6..
" sesungguhnya selepas kesulitan, ada kesenangan..."
itu janji Allah...

p/s: pesanan ini khusus untuk diri ana yang dhoif dan alpa ini..
serta untuk semua.. semua yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama atau ada kene mengena dengan situasi dlm entry kali ini..
jadi, sama-samalah kita saling mengingati...
akhir kata, ana minta maaf kalau-kalau ada yg terasa...
tegur2lah ana kalau2 ana ada salah cakap atau apa-apa sahaja...

sekian.... wasalam...

Thursday, February 19, 2009

Epilog Silam dan Bingkai Kehidupan...

Epilog Silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...



BINGKAI KEHIDUPAN…

Mengharungi samudera kehidupan,

kita ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan,

Tiada masa untuk berpangkuh tangan.

Setiap tetes peluh dan darah,

Tak akan sirna ditelan masa,

Segores luka di jalan Allah,

Akan menjadi saksi pengorbanan.

Allahu Ghayatunna,

Ar-Rasul Qudwatuna,

Al-Quran Dusturuna,

Al-Jihadu Sabiluna,

Al-Mauti fisabilillah,

Asma’ Amanina

Allah adalah tujuan kami,

Rasulullah teladan kami,

Al-Quran pedoman hidup kami,

Jihad adalah jalan juang kami,

Mati di jalan Allah,

Adalah cita-cita kami tertinggi..



p/s: Wahai semua daei..! Ayuhlah.. terapkan kembali semngat dalam kalangan kita.. peringatan ini khas buat ana serta semua.. semoga Allah membantu dan memberikan kita semua kekuatan agar kita semua dapat meneruskan cita-cita kita yang tertinggi...

Setahun Jagung...

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Allah masih memberi diri ini peluang untuk menulis..
Sebenarnya, tiada apa yang ingin dicoretkan..
ana cuma ingin meminta bantuan semua yang melihat atau menyinggah di blog ana ini..
ana harap semua dapat membantu ana, mcm mana untuk menjadikan penulisan atau page ini sebagai TONTONAN UMUM..
bukan sahaja untuk KITA, tapi untuk menarik saudara-saudara kita yang lain untuk menyertai KITA..
faham tak maksud ana??
agak berkias.. hehe..

Ana cuma berharap agar semua sahabat-sahabat serta SEMUA ORANG dapat membantu ana yang baru ingin bertatih di dalam jalan dakwah ini.. InsyaAllah..

Semuanya didahulukan dengan ucapan Syukran JAzilan...

p/s: semoga KITA semua terus tetapkan hati untuk menjadi PENDOKONG kepada agama ALLAH... Ameen~

Tuesday, February 17, 2009

Manusia....

Assalamualaikum...

"Manusia.. kadang2 lupa siapa dia..
kadang2 tak ingat untuk bersyukur...
kadang2 suka mempersalahkan takdir..
kadang2 tak reti untuk bersabar...
kadang2 cepat mengalah..."

sebagai seorang remaja, ana dapt lihat.. remaja sekarang, termasuklah diri ini cepat sangat untuk mengalah.. cepat sangat mempersoalkan takdir..
cepat sangat melenting dan melatah..
adakah mungkin kerana kami masih muda??
atau adakah mungkin kerana kami sudah dibiasakan dengan kesenangan..??
sehinggakan kami tidak tahan untuk hidup susah???

kalau kita lihat sirah dahulu...
Saidatina Aisyah baru memasuki alam remaja.. sudah mula menjadi perawi hadis..
mengapa remaja Islam sekrang tidak bersemangat seperti remaja Islam dahulu??
adakah kerana kami atau kita sudah terlalu leka dengan kemewahan dunia??
adakah kerana kami atau kita sudah terlalu alpa dengan hiburan di dunia???
atau, adakah kerana kami atau kita, sudah lupakan kehebatan Islam itu sendiri??

ana khuatir, suatu saat nanti, tiada lagi remaja Islam(pelapis) yang ingin menegakkan ISLAM itu sendiri..
Soalan ana kali ini, belum lagi ana ketemu jawapannya...

ana berharap.. agar kita membuka mata kita, dengan melihat apa yang telah berlaku dalm dunia Islam sekarang..
atau senang cerita.. kita lihat sahaja Malaysia..
telatah anak muda sekarang yang kebanyakannya, tidak kenal erti segan silu..
tidak kenal lagi mana halal haramnya..
ana ambil kata2 fasi ana semasa ana menghadiri satu kursus..
Abg Shahir..
"sekarang bukan masanya untuk kita bercerita tentang siapa berdosa, siapa berpahala...
Aku berdosa,Aku berpahala.."
benar kata beliau.. skrg ini,adalam masa untuk kita membetulkan diri kita sendiri,ke arah yang lebih baik..

*semua yang ana tulis, semua'a peringatan bagi diri ana juga..
jadi, sama2lah kita bulatkan niat, teguhkan hati.. chayok...!!!!!!*

p/s: Ya Allah, yang membolak balikkan hati kami, Engkau tetapkanlah hati-hati kami ke jalan yang diredhaiMU.. Ameen~

Monday, February 16, 2009

Allah mentarbiyah kita dgn ujianNYA

"I'm not a perfect person..! yup..! nobody's perfect..!"

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. dapat lagi ana nk menulis untuk kali ini..

hari ini, ana nak kongsi..

kadang2, Allah beri kita ujian tak bermakna Allah tak sayangkan kita..
Tapi, Allah beri kita ujian.. sebab Allah sayangkan kita..!!
Allah tak akan memberati hambaNya dengan apa-apa yang tidak mereka termampu..

Hari ini, Allah mungkin nak tarbiyah ana supaya lebih ikhlas dalam menuju ke jalanNya..
atau lebih sabar serta lebih percayakan DIA..

Ana tahu, mungkin dengan apa yang telah org lakukan pada ana kali ni, mungkin kerana kesalahan diri ana sendiri jugak..
ana tak salahkan dier orang sbb ana tahu, mungkin ana sendiri yang salah..
ana jugak tahu, mereka adalah orang perantaraan Allah untuk Allah memberi penagajaran kepada ana...

terima kasih untuk semua..!

p/s: Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk semua ini dan akan datang..

Sunday, February 8, 2009

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah..
Akhirnya.. Terlaksana juga salah satu daripada tugasan yang diberi oleh pemimpin kami...
InsyaAllah.. Adanya blog ni, akan dapat saya/ana/akak/farah...(masih belum dikenalpasti untuk menggunakan perkataan yang mana...) melaksanakan tugasan ni...

semoga Allah akn membantu... Ameen..~