Saturday, June 20, 2009

~.: SYURGA CINTA... .:~

salam..
kali ni.. ana diberi inspirasi oleh Allah untuk menceritakan apa-apa yang ana dapat dari filem Syurga Cinta..


sungguh! filem Melayu kita yang satu ni, berbeza sangat dengan filem-filem yang lain..
mungkin ada sesetengah pihak menagtakan, "cerita Syurga Cinta tiru cerita Kiamat Sudah Dekat (filem dari Indonesia)..

walau apapun jua komennya..
apa yang perlu kita buat? jangan tengok sahaja.. tapi, ambil la iktibar dan pengajaran dari cerita2 macam ni..

baiklah, filem Syurga Cinta ini,
banyak.................................... sangat pengajaran yang boleh diambil..

sebelum tu, sinopsis filem ni:
Irham, berusia lewat 20-an telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi.
Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.
Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.
Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya.
Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.
Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.
Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.
Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah.
Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah.
Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya.
Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung.
Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

ini merupakan sedikit sebanyak sinopsis cerita ini..

baiklah, apa yang ana dapat selepas menonton filem ini?
banyak! hakikatnya, cerita ini, bukanlah hanya berkisar soal cinta semata-mata, tapi,
soal nilai-nilai dan cara- hidup Islam itu sendiri, soal kepentingan memilih kawan dalam menentukan diri kita sendiri.. soal jodoh yang Allah telah tentukan..
soal fitrah Islam dalam membimbing diri sendiri dan kehidupan..

filem ini, membuka mata ana tentang kesilapan kita dalam memilih kawan..
hakikatnya, pengaruh rakan sebaya dan pemilihan rakan2 kita amatlah berkait rapat dengan cara kita dan gaya hidup kita..

filem ini, boleh membuka minda kita agar lebih memikirkan masyarakat di luar sana..
bukan apa, mungkin sekarang ni, ana masih berada dalam comfort zone, di mana, ana belum lagi terjumpa dengan insan seperti Irham, lelaki atau perempuan, jadi, hakikatnya, bukan mudah untuk kita membawa dan membimbing insan-insan yang mungkin sudah lupakan agama Islam itu sendiri, yang dia tahu, dalam I/C dia, tertulis dia beragama Islam..

selain itu, filem ini,
banyak memberi input-input tentang jodoh itu sendiri..
dalam filem itu, ada satu dialog yang membuatkan ana teringat-ingat sampai sekarang..
" jodoh itu ada 3..
yang pertama, jodoh dari syaitan, apabila dua orang saling bercinta,lalu berpegang2 tangan dan terus melakukan maksiat.. kemudian, perempuan tiu mengandung, dan atas sebab itu, mereka berkahwin..
yang kedua, jodoh dari jin, apabila seorang ini suka kan seseorang tpi, orang tu, tak suka kan dia, kemudian,dia gunakan bomoh dan jin untuk mendapatkan orang yang dia suka dan mereka berkahwin sebab itu..
yang ketiga, jodoh dari Allah, apabila dua mata saling bertemu, terus jatuh ke hati dan keluarga lelaki itu masuk meminang perempuan itu lalu mereka berkahwin, itula namanya syurga cinta.."

banyak pengajaran yang boleh kita semua ambil.. cme.. kita perlu membuka dan ikhlaskan hati kita tuk menerima pengajaran ni semua..

insyaAllah.. dah banyak jugak ana coretkan untuk kali ni.. cme.. ana sarankan anda untuk menonton filem ini..

selamat beramal.. salam..

Friday, June 19, 2009

natijah imtihan??








salam.. kali ini.. ana nak bercakap mengenai imtihan.. ujian.. exam..
huhu.. kenapa?
sebab.. ana baru saja dapat keputusan ujian pertengahan tahun ari tu..
sejujurnya.. tiada langsung apa2 yang boleh dibanggakan dengan keputusan yang ana dapat..
xperlu la ana sertakan keputusan ana untuk kali ni.. hehe..
bukan itu yang ana cuba untuk perkatakan..
tapi.. ana ingin mengatakan.. kenapa ana dapat result yang kurang memberangsangkan itu??
hmm.. hakikatnya... memang salah ana sendiri..



antara kesalahan ana ialah...
masa yang tidak diatur seelok-eloknya.. dan sebijak-bijaknya..
bukankah masa itu kehidupan?? masa itu emas??

bukan kah Allah juga telah meng'highlight' kan tentang masa dalam surah Al-Asr?

antara surah yang mempunyai ayat paling sikit??

masih tak sedar-sedar jugak ke cik farah??(berkata kepada diri sendiri)
hmm.. apa la nk jadi dengan kamu ni farah??




kesalahan kedua:




last minute study!!

itu salah satu kesalahan paling besar!!

hmm.. Rasulullah nak berperang pun buat strategi..

itu Rasulullah..yang maksum pun ada perancangan..

ini.. diri ana yang manusia biasa ni pun..

study last2 minute.. macam la banyak sangat kerja sampai tak sempat nak study..

bukankah belajar itu merupakan salah satu jihad?

jadi, bila nak jihad, nak "berperang" kena la sediakan senjata dan membuat perancangan...

baru boleh berjaya..

ini... astagfirullah... lalai dan leka sungguh ana ni.. = (


jadi................

kalau macam ni lah gayanya...

macam mana la nak berjaya?? nak cemerlang?? hmm..

from now on.. i have to start a something new.. all of it..

my own self.. my focus.. my studies.. my strategies..

ALL OF IT.. i NEED and HAVE to make a change..

a much better changes for my own sake..


i have to be more hardworking n more intelligent in managing my time..

ok farah!! chayok!!

insyaAllah.. i will always.. try my best to achieve my own target..

get MORE A's.......................



sekian sahaja...
semua pesanan dan teguran ini.. khas buat diri ana yang lemah ini..
tapi.. semua boleh ambil iktibar..
gagal sekali tak bererti gagal selamanya.. selagi kita tingkatkan usaha dan kurangkan kontroversi... insyaAllah...
so.. kepada semua.. semoga berjaya.. semoga Allah sentiasa membuka jalan dan memudahkan untukmu setiap jalan kebaikan.. Ameen~

wasalam..

Thursday, May 28, 2009

rahmat ujian...

salam...
agak lama jugak ana tak menulis a.k.a menaip untuk entry baru..

kali ni...
bercerita tentang pengalaman ana..
hehe...
mcmlah bagus sangat..
sebenarnya..tak dela bgus sangat.. cuma ingin berkongsi..
harap2 dapat memberi pengajaran..insyaAllah...

hmm..
untuk berbuat baik.. susah,kan??
satu hari dulu,cikgu sejarah ana pernah bertanya..
"susah ke nak jadi baik??"
kelas jadi senyap.. tak tahu nak jawab apa..
cikgu kata lagi,
"macam ni la... awak tulis atas sekeping kertas.. susah atau senang menjadi seorang yang baik.. mengapa?"
(macam jawab periksa pun ada jugak...hehe)

bagi ana,
sangat susah untuk menjadi baik..
kenapa??
kerana...
Allah akan menurunkan.. banyak................................... sangat ujian kepada orang yang ingin menjadi lebih baik...
sampaikan ada seorang kawan ana pernah cakap..
"nak jadi baik ni.. susah sangat! buat baik,orang mengata, buat jahat pun org mengata... baik aku buat jahat je..."
ana tersenyum je...
"kalau macam tu,, nak masuk syurga ke neraka?? kalau nak masuk syurga... kena la buat baik..tidak dapat tidak...KENA..buat baik!"

tapi... sejak dua menjak ni...
ada beberapa ujian yang menguji kecekalan hati..
mungkin bagi org lain, bnda ni kecik..
tapi.. bagi ana.. disebabkan ada beberapa lagi mslh lain yg datang dalam satu masa...

dengan ujian2 ni.. ana mengaku.. bahawa kadang2 ,syaitan akan cucuk kita tuk berputus asa...
tapi.. hati kena kuat! kena lawan semua tu!
tak boleh mengalah!!
sebab....
innaAllaha ma'a sobirin...
(Allah bersama org2 yang sabar)
sebab tu... org2 yag besabar.. banyak menahan marah.. banyak bersabar..dapat masuk syurga,...
susah tau nak jadi seorang yang penyabar...
bukan senang nk pupuk sifat sabar...
ujian yang telah ana lalui ni... sgt2 menguji kesabaran..
sangat2 menguji erti kekuatan diri..
menguji erti ukhuwah sebenar...
menguji erti tangisan kerana kekerdilan diri..
sangat2 ana menghargai kejadian semua ni..
hikmah di sebalik ujian kali ni..
mengajar ana dan menyedarkan ana.. siapa yang benar2 ada bersama ana..
siapa sahabat sebenar ana...
terima kasih Ya Allah..

ujian itu... mungkin ana x perlu tuliskan.. sebab agak rumit.. dan mungkin.. org lain akan terasa..
cmenya... ana hanya nk cakap..
ujian datang kerana Allah sayangkan kita..
kerana Allah sedang memandang kita..
kerana Allah rindukan tangisan,rayuan kita untuk diriNya ketika kita susah..

kadang2, Allah nk kita ingat kan Dia dalam cara dan keadaan yang kita sendiri tak sangka2..
hmm.. macam mana ye tu??
hehe..
akan ana kongsi kan dalam next entry... insyaAllah...

sekian sahaja...
wasalam..

Friday, May 15, 2009

lafaz yang tersimpan....

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadartingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadartingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
salam..
ana nak cerita.. semoga dapat beri manfaat kepada smua..
insyaAllah..
minggu ni dan minggu depan merupakan minggu exam..
jadi.. ana agak busy dengan kerja2 rumah,kerja2 skolah dan kerja2 lain2..
hehe..
jadi.. agak tension jugak untuk minggu ini..
tadi.. paper bahasa arab tinggi..
pagi tadi agak tension sebab first time nk jawab bahasa arab tinggi..
tpi.. mak ana ckp..
"jawab aje apa yang akk rasa akak boleh jawab.."
ana pun.,.mula la bersemangat..
mak ana jugak pernah cakap seblum ana dapat result PMR..
time tu kat dalam dewan..
mak ana kata..
"mama terima berapa2 pun yang akk dpt.."
ana mula2 x terasa risau.. tp.. lps dgr apa yg mak ana ckp tu.. hati ana berdebar..
alhamdulillah.. dapat 8A 1B..
ayah ana selalu bagi dorongan dan semangat tuk ana..
walaupun mereka tidaklah macam ustaz atau ustzh..
namun, ana bersyukur kerana masih punya mak dan ayah seperti mereka..
moralnya..
bersyukur dengan segala yang kita ada, hargainya dan jagalah nikmat itu sebaik mungkin..
kita manusia.. kadang2 terlalu fokus dgn bnda yang kita tak de dan kita nk sgt..
tpi,kita x bersyukur,menghargai dan menjaga benda yang kita dah ada..
Allah Maha Biijaksana dan Maha Mengetahui..
jadi.. sabar dan syukur.. =)
ana sayang sangat mereka!!
selamat hari ibu!
selamat hari bapa!!
selamat hari ibu bapa!
hehe...
sekian.. wasalam..
=)

ungkapan mama...

salam..
apa kabar semua yang membaca..??(kalau ada yang membaca)
semoga sihat2 selalu yer?? insyaAllah..
maaf.. sepatutnya, entry ana post kan minggu lepas..
sebab minggu lepas kan hari ibu...

namun...
bukan hari-hari,hari ibu?? hehe..

mama..
gelaran ibu yang menjadi pilihan kedua orang tua ana..
mama dan papa..
kebanyakan sahabat2 dan kawan2 ana bila mereka dapat tahu ana panggil mak ayah ana,
mama n papa, mereka akan kata..
"farah.. anak manja ek??"
ana sekadar tersenyum je.. tapi.. memang terasa ana ni manja..(hehe)
mana tak nyer.. ana anak sulung daripada dua orang adik beradik..
maksudnya.. ana hnya ada sorang adik.. kami hnya dua beradik.. hehe..

mama..
mama ana.. seorang yang suka memendam rasa..
ibu dan ayah ana..mereka tidak dididik dengan biah solehah yang sebenar..
dulu... masa ana sekolah rendah.. ana jenis yang x rapat sangat dengan family..
ana lebih suka enjoy dengan kwn2 ana...
paling teruk.. masa ana darjah 5 n 6..
hmm.. masa tu.. ana terasa macam ana xnk balik umah.. nak lepak je ngan kawan2..
nak kuar ngn kawan2..mak ana xpenah bagi ana keluar dengan kwn2..
sampai ana memberontak.. ana merajuk..
(apala ana ni..huhu..)

tiba2, lepas ana abis UPSR..
mak ana cakap dengan ana..
"kak, nanti, bolehla akak masuk sekolah agama.. kan?"
masa tu ana terasa mcm.. ntahla.. ana x pernah terpikir nak masuk sekolah agama..
tiba2..lepas dapat keputusan UPSR.. ana ditemu duga dan ana diterima di sebuah sekolah agama..

SMKA Sheikh Haji Mohd. Said..
awalnya, ana rasa x puas hati kerana terpaksa bersekolah di situ..
namun,lama kelamaan..
ana mula suka dan sayangkan sekolah tu..=)
tak kenal maka xcinta.. ye tak??

sejak ana sekolah situ..barula ana tahu kepentingan keluarga..
ana mula sayangkan keluarga ana.. ana jugak mula paham.. kenapa mak ana hntr ana ke sekolah ni..
mak ana pernah kata..
"mama ngn papa xsekolah agama dulu.. mama ngn papa jahil.. mama nak anak2 mama, kaka ngn adik sekolah agama sebab nanti senangla..family kita pun tak de ustza dengan ustzah..kalau tak jadi ustzah pun,at least,ada jugak ilmu2 asas kan?"
ana dengar kata2 mak ana, hiba..
terasa luahan dan harapan seorang ibu..
sejak tu.. ana mula rapat.. rapat sgt dengan family..
mak dan ayah ana mula memahami kami berdua.. begitu jugak sebaliknya..

ana pernah minta izin dari mak ana nk duduk asrama.. sebab mudah untuk ana ulangkaji dan jalankan tugas yang diamanahkan di skolah..
bukan niat tuk berpisah dari family..
mak ana x cakap tak boleh.. tapi,dengan cara mak ana memberi respon kepada soalan ana tu,
membuatkan ana sedar yang mak ana berat hati nk lepaskan anak2 dia..
ana faham.. mungkin jugak sebab dulu ana ni seorang yg nakal dan kurang mesra dengan family..
jd,lps ana dh mesra dgn family.. xkan la mak ana nk lepaskan mcm tu je.. mungkin x puas lagi..

ana yakin, segala keputusan yang mak dan ayah ana buat tuk kami berdua merupakan keputusan yang terbaik tuk kami..
lagi pun.. ana dh blh mula berfikir secara matang,
segala larangan yg mak dan ayah ana buat..
segala keputusan yg diberi..
semuanya ada hikmahnya..
mak x bgi ana keluar ngn kwn2 sgt sebb mak ana thu..
skrg mcm2 kes..pengaruh rakan sebaya lagi..
mak ana bukan x percayakan ana.. tp.. dia x nk anak dia terikut2 budaya barat yg selalu enjoy..
xsalah nk kuar.. tp, mesti dgn wali..mak ana selalu pesan mcm tu..

ana sayang sangat mama dan papa!!
terima kasih atas segalanya!!
sayang Allah.. sayang Nabi..
sayang mama... sayang papa..
sa..................yang semua...........(ikut nada Haiwan Teladan..hehe.. =))

Friday, May 8, 2009

panggilan exam~~

salam..
apa khabar??
semoga sihat hendaknya untuk semua... insyaAllah...

kali ni, ana terasa nak menulis tentang kegusaran hati dengan "panggilan" exam.. yang semakin hampir..

untuk minggu ni.. btul2 minggu sebelum exam..
macam2 dugaan ana terima..
tapi,alhamdulillah..
ana teringat kata2 sahabat ana..
'sabar dan syukur dengan semuanya..dengan semua yang Allah bagi..'
alhamdulillah...

dengan ana x masuk kelas sebab ada keje..
cikgu2 pun ramai yang bermesyuarat..
ana macam tak confident dengan exam kali ni..
tp.. insyaAllah..
ana akan cuba sehabis baik..
buat sahabat2 yang pergi berjuang dan terpaksa meninggalkan kelas selama 3 hari..
insyaAllah.. Allah akan membantu antum semua...
insyaAllah..

harap.. semuanya akan berjalan lancar dan harap..
semua sahabat2 ana  dapat menjalani exam akan datang ni dengan penuh ketenangan (as sakinah)..

hmm.. untuk kali ini.. itu sahaja kot..
semoga.. Allah terus memberi kita semua kekuatan dan ketetapan iman di dalam hati ini..
insyaAllah..

wallahua'lam..
wasalam... =)

panggilan exam~~