Tuesday, September 14, 2010

Akan kembali, setelah~

Salam buat semua pembaca..

Pertama sekali,
Selamat Hari Raya, minnal aidil wal faizin..
Maaf Zahir Batin..

Setelah sekian lama membiarkan blog ini sendirian tanpa sebarang kata-kata yang dicoretkan di sini,
Alhamdulillah saya mempunyai kesempatan untuk 'membersihkan' sawang-sawang di blog ini.
Asif jiddan buat pembaca..

Segala nikmat dan ujian yang kita dapat, hakikatnya kita peroleh daripada Allah..
Kreativiti juga datang daripada Allah:-
kekangan masa, tekanan emosi, tons of homeworks, dan terutama sekali SPM yang semakin dekat membuatkan saya lebih sibuk menatap nota-nota dan kertas-kertas berhitam putih berbanding media yang lebih menarik dan lebih echanted apalagi kalau bukan YM,blogs,etc.

Buat sementara waktu ini, saya ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran dan ingin belajar mengurus masa dengan lebih baik..
Doakan saya..~

InsyaAllah, selepas SPM, saya akan menyambung penulisan saya dan akan cuba meningkatkan kualiti penulisan saya..
InsyaAllah~

Sunday, June 20, 2010

Ya Allah.. Ya Tuhanku..

Ku menatap dalam kelam,
Tiada yang dapat kulihat,
Selain hanya namaMu, ya Allah..

Esok ataukah nanti,
Ampuni semua salahku,
Lindungi aku dari,
Segala fitnah..

Kau tempatku meminta,
Kau berikanku bahagia,
Jadikan aku selamanya,
HambaMu yang selalu bertaubat..

Ampuniku ya Allah,
Yang sering melupakanMu,
Saat Kau limpahkan kurniaMu,
Dalam sunyi aku bersujud..

Ya Allah,
seandainya hari ini hari terakhir buatku,
ampuni semua salahku,
lindungiku dari segala fitnah..

Hanya padaMu,
tempatku meminta,
dan yang berikanku bahagia.
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat..

Ampuniku ya Allah,
Yang sering melupakanMu,
Saat Kau limpahkan karuniaMu,
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu..

Hanya padamu kumeminta,
hanya padamu kubersujud..

Saturday, June 12, 2010

Terima Kasih,Ya Allah..

Surat ini telah dinukilkan oleh seorang hamba Allah :

Tika saat itu tiba, saat di mana semua sahabat-sahabatku tiada bersamaku sewaktu aku memerlukan mereka.

Aku terkapa-kapai.
Hatiku ini sakit, pedih tak terkata.
Di mana kamu wahai sahabatku?

Di saat aku yakin bahawa engkaulah sahabatku,
tika itu, engkau berpaling arah dan pergi meninggalkanku.

Di saat hati ini lemah tanpa kata-katamu,
kau tiada di sini.

Di saat hati ini kosong, tak terasa apa-apa,
kau tiada di sini.

Sejak kejadian ini berlaku hampir setiap kali ketika aku sedang berduka.
Aku tersedar dari lenaku, yang hanya mengharapkan MANUSIA semata-mata.
Padahal, aku punya DIA, bersamaku, mendengar dan sedang melihatku.
DIA yang 24 jam sedia mendengar keluh kesah hatiku,
DIA yang telah meninggalkan ayat-ayat cintaNYA buat hamba-hambaNya yang berakal.

Sungguh!
Aku leka daripada mengingati DIA.
Ampunkan segala kelekaanku Ya Allah..
Ya Allah, aku mengharapkan kekuatan dariMu untuk mengharungi ujianMu yang ini.
Semoga aku akan sentiasa mengingatiMu..

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi seorang hambaMu yang lebih baik~
Berikan aku kekuatan untuk terus istiqomah dengan segala perubahan dan keputusan yang telah aku buat.

Hanya padaMu aku bergantung harap.
Hanya padaMu aku memberi harapan.

Andai saja aku mampu member surat ini kepadamu,
akan aku pos lajukan..

Tapi, aku yakin, walaupun aku tidak menulis ini,
Engkau sudah cukup berkuasa untuk memahami hatiku.

Terima kasih Ya Allah, untuk kepedihan yang terasa di lubuk hati ini.
Terima kasih kerana masih memberi aku nikmat untuk rasa terluka,
dan kembali mengingatiMu..

Kuatkan aku Ya Allah..

Monday, May 31, 2010

Kau Pergi Jua..

Pagi Jumaat lepas, bersamaan 28 Mei 2010 mendung. Semendung hati-hati kami yang telah kehilangan insan yang paling kami sayang.

Pagi itu tepat jam 8.30, dia telah pergi meninggalkan kami, meninggalkan dunia ini. Meneruskan perjalanannya ke alam yang lain.
Perginya dia, tidak akan kembali lagi. Perginya dia, untuk selamanya.

Pagi itu, kami bersiap-siap dengan bertungkus lumus selepas mendapat panggilan daripada pak cik saya di Shah Alam.

Cuaca masa itu mendung. Kami bertolak dari Seremban hampir pukul 9.
Ya! Kami tak sempat jumpa dia.

Sampai sahaja kami di rumah atuk dan nenek di Shah Alam, ramai yang dah ada. Jiran-jiran. Saudara mara kami. Keluarga kami sahaja yang tinggal jauh dari bandar Shah Alam. Jadi, kami sampai agak lewat.

Sesampai sahaja kami di sana, sekujur badan telah ditutup dengan kain putih. Hati kami pilu. Hati saya sebak. Semasa membacakan surah Yassin buat arwah, suara saya terketar-ketar. Jiran-jiran datang memberi ucapan takziah dan pertolongan.

Selepas solat Jumaat, jenazah dibawa ke surau untuk dimandikan, dikafan dan disolatkan. Wajah arwah berseri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Belum sempat masuk waktu asar,arwah telah di kebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21.

Mulut Si Cilik.

Semasa di tanah perkuburan, ketika anak beranak sedang memasukkan jenazah ke dalam liang, kedengaran satu persoalan dari anak kecil yang baru berumur 4 tahun kepada makcikku.

Batrisya, 4 tahun bertubuh kecil, comel dan pintar!

“ Mama, kenapa orang masukkan yai (panggilan atuk bagi kami) dalam kubur? Yai buat apa dalam tu?” petah mulut seorang kanak-kanak berbicara.

Soalannya itu tidak dijawab oleh ibunya. Ibunya membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan.

Kami terkejut mendengar soalan itu dari kanak-kanak sekecil itu..!


Keesokannya,Aqil 7 tahun, abang kepada Batrisya bertanya kepada Mak Yai (panggilan nenek bagi kami)

“ Mak Yai, Tisya tanya Yai buat apa dalam kubur,” soalnya ragu-ragu.
Kami hanya mampu tertunduk, nenek kami pula tersenyum mendengar soalan itu.

“ Tisya tanya apa lagi?” Mak Yai bertanya lagi.

“ Pastu, Tisya cakap, Yai tak mati, Yai saja nak tidur dalam tu, ye ke?” soal Aqil lagi. Dia sendiri keliru dengan kenyataan adiknya.

Kami hanya mendiamkan diri. Mak Aqil dan Batrisya meleraikan rasa kaku itu dengan menyuruh mereka untuk makan.

Kami tak tahu apa yang patut kami jawab untuk soalan-soalan seperti itu. Malah, kami sendiri masih terkesan dengan kepergiannya secara mengejut.

Bagaikan Mimpi

Semua yang berlaku ini, bagaikan mimpi.
Mimpi yang begitu pantas. Semua ini berlaku terlalu cepat.
Namun, kami redha. Kami yakin ini semua yang terbaik untuk arwah. Bukankah Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang..?

Kami rela dengan pemergian arwah, sudah lama arwah menanggung sakit-sakit tua. Cuma kadang-kadang, saya terasa ini semua bagaikan mimpi. Sunggguh!

Yai,
walaupun kita tidak serapat mana,
namun dalam hati ini ada kamu.

Walaupun kita tidak seakrab yang disangka,
namun dalam hati ini ada kamu.

Walaupun jarak kita semakin jauh,
alam ini dan alam barzakh,
namun dalam hati ini ada kamu.
Dalam hati ini ada kamu, masih dan akan sentiasa ada.
Semoga dirimu berbahagia di sana.
Semoga dirimu ditempatkan bersama orang- orang yang soleh.
Semoga Allah memudahkan segala urusanmu.
Semoga dirimu terlepas dari siksaan kubur.
InsyaAllah~

Hanya doa yang kini mampuku sedekahkan buatmu di sana,
dengan harapan dirimu di sana sentiasa sejahtera.
InsyaAllah~
Amiin~



*Atuk saya, Abdul Hamid bapa kepada ayah saya Md. Sidek bin Abd. Hamid telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2010 tepat jam 8.30 pagi.*
Al- Fatihah.

Wednesday, May 12, 2010

Virus Detected!!

Tidak!!!

Owh! Ya! Semuanya telah berlaku~

Semuanya telah hilang seperti debu diterbangkan angin.
SEMUANYA!

Semua hasil penulisan dan novel saya telah hilang bukan ditelan zaman, tetapi hilang ditindas virus..~

Hanya di situ, (komputer di rumah) menjadi tempat saya melepaskan rasa bosan, sedih, gembira dan hampa.

Di situ jua saya telah coretkan semuanya..
dan, di situ jua semuanya telah pergi..

Kau Pergi..
Mungkinkah pemergian itu satu hikmah dan nikmat dari Yang Maha Esa?
Ya! Itu satu yang PASTI~
Benar, insiden ini banyak hikmahnya..

Saya ingin memulakan sebuah karya, maaf, bukan sebuah tetapi mungkin lebih banyak karya,
dengan lebih matang dan semestinya dengan nafas baru. Tidak klise~

Meskipun saya amat, amat, amat sayangkan semua yang telah saya coretkan,
namun mungkin saya perlu kehilangannya untuk memulakan kehidupan dan nafas yang baru dalam medan penulisan.

Sama juga seperti jika seseorang kehilangan barang atau insan yang paling disayangi..
Semuanya kerana Allah ingin mentarbiyah kita supaya menjadi lebih tabah,sabar, cekal dan paling penting tidak berputus asa..

Hilang…
Akhir-akhir ini, isu ketandusan idea sedang melanda diri saya.
Walaupun banyak sangat perkara yang boleh dicoretkan dan dikongsi, tetapi..

Everything seems not right, everything seems ‘empty’..

Tapi, saya yakin Allah akan bantu saya.. InsyaAllah~

Lagipun, novel yang sudah hampir 40 muka surat saya karang itu seolah-olah hilang rohnya serta saya juga kehilangan arah tujuan penulisan di persimpangan perjalanan cerita.

Saya semakin mengabaikan novel itu dan menyebabkan saya sendiri tidak melatih diri lagi untuk menulis.

Saya akan memulakan cerita baru dan buku baru dengan nafas baru.

Bukan Impian
Menjadi seorang penulis bukanlah satu impian saya tapi, saya hanya ingin untuk terus menulis demi kemaslahatan semua~

Ya! Penulisan saya mungkin tidak sebaik mahupun sehebat sahabat-sahabat saya yang lain,namun, keinginan dan minat untuk menulis dalam diri ini, menebal.

InsyaAllah, selepas SPM, saya ingin menghadiri beberapa jenis kursus, terutamanya kursus berkenaan penulisan,multimedia dan mungkin fotografi..?
( Ada ke kursus-kursus seperti itu?)

Saya juga belum mencari maklumat mengenai semua itu, kekangan masa membataskan saya untuk terus mengejar impian dan minat~
(Mungkinkah? Atau semua ini sekadar satu alasan..?)

Doakan yang terbaik untuk saya.. insyaAllah~



~ As-Sakinah~

Saturday, May 8, 2010

~ You're here, but you're not~

“Langit hari ini tidak mesra seperti biasa seperti hubungan kita ini.
Mentarinya menusuk mata, kehangatannya sehangat hati ini apabila bertemu denganmu.

Aku tahu, langit tidak akan selalu cerah, kadang-kadang mendungnya pasti tiba.
Namun, sejauh manakah aku dapat bertahan dengan mendungnya perasaan ini
ketika kau berlalu di sisiku, tanpa kata, tanpa senyummu seperti biasa, tanpa apa-apa!

Terkadang aku terfikir, mampukah aku bertahan di dalam kehujanan ini. Kemendungan yang melanda ini membuat aku terfikir, untuk cuba berdiri dengan sendiri, lebih berdikari dalam apa-apa jua.

Namun, aku yakin kekuatan aku untuk lebih berdikari datang dari kau.
Walau macam manapun kau layan aku, aku akan cuba jadi seorang sahabat yang baik untuk kau, aku akan cuba lupakan semuanya yang telah kau perlakukan. Aku akan cuba bangkit dan terus tersenyum kepada dunia.

Mungkin,kau ada masalah peribadi yang mungkin tidak mampu kau kongsikan dengan aku. Tapi, mengertilah aku sentiasa akan cuba ada untuk kau bila-bila masa kau perlukan.. Insya-Allah~”


~!!Khas buat seorang sahabat yang amat saya sayang!!~

Monday, April 12, 2010

So Far, still, So Close..~

Sewaktu saya sedang menulis ini, hati dan akal sedang sarat dengan emosi serta perancangan-perancangan mendatang untuk semua kerja-kerja yang perlu disiapkan segera.

Namun, otak sedang ligat untuk membina bait-bait ayat seterusnya, jari sedang lancar menari di papan kekunci.

“ Mengapa tiba-tiba aku terasa Allah jauh dengan aku?” risau Aisha.
“ Allah memang jauh daripada kita..” seloroh Maria.
“ Bukan itu maksud aku..” kata Aisha.

Maria hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya.

Mengapa Terasa Jauh?

Mengapa terasa jauh ya?
Mengapa??
Mengapa???

Soalan ini mungkin tidak mungkin dapat dijawab dengan hanya satu perkataan.
Tidak mungkin juga dapat dijawab dengan satu jawapan.

Kerana, semuanya ada pada anda sendiri.
Benarkah?
Ya!
Semua jawapannya di dalam diri anda. JIka anda terasa jauh sekarang dan anda ingin mencari jawapan bagi soalan itu mungkin jawapannya masih samar-samar.

Saya Terasa Jauh Kerana..
Suka sekali untuk saya berkongsikan sebuah cerita seorang sahabat rapat saya yang merasai seperti apa yang dirasainya bersama anda.

Ceritanya……

“Ya! Saya juga pernah merasai perasaan seperti itu.
Jauh dengan Allah~
Tapi, mengapa?”

Apabila seseorang terasa jauh daripada Allah, hatinya akan resah, serba tak kena, fikiran bercelaru. Semuanya serba salah. Kadang-kadang buntu, seperti hilang cahaya di dalam malam. Gelap!

“Kenapa saya rasa macam ni?”

Soalan yang sering bermain di minda ketika terasa jauh daripada Allah..
Saya muhasabah kembali, apa yang tidak kena?

Banyak! Banyak yang tidak kena.
Saya hanya insan biasa dan hamba Allah yang dhoif.
Wajarlah untuk saya berasa sedemikian.

Alhamdulillah, satu malam yang hening, ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi,
Allah telah kejutkan saya. Tepat jam 3.45 pagi, saya terjaga dari tidur. Terjaga dari mimpi yang aneh.
Ya! Aneh! Sungguh aneh..

Mata terasa berat, tapi saya cuba juga untuk menggagahi diri untuk bangun. Tahajud.
Malam itu lain, daripada malam-malam yang biasa. Malam itu terasa indah. Sejuk dan aman.
Malam itu tidak seperti hati saya yang resah dan gundah.
Malam itu indah!
Saya terus terlena di atas sejadah.

Keesokannya, ketika Subuh hati saya kembali resah. Tidak tentu hala. Saya semakin risau.
Saya cuba mencari solusinya. Saya buntu! Tiada jawapan yang konkrit.

Malam itu, sekali lagi, saya terjaga. Saya memohon pada Allah.

“ Ya Allah.. Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini..
Sungguh banyak, Ya Allah..
Lebih banyak daripada bintang-bintang di angkasa,
lebih banyak daripada pepasir di tepian pantai.

Ya Allah.. Ampunkan dosaku..
Ya Allah.. Bantulah aku..
Bantu aku mencari solusi bagi resah di hati ini..

Ya Allah.. Jangan tinggalkan aku..
Jangan tinggalkan aku sendirian..
Aku tidak bisa hidup tanpa-Mu..
Aku hamba yang hina..
Aku mohon ampun atas kesilapan dan dosa-dosaku..
Jangan tinggalkan aku, Ya Allah..”

Saya terlena dalam tangisan.

Esoknya, saya berasa sedikit tenang. Sedikit.
Malamnya, sebelum saya merehatkan diri. Hati saya tergerak.
Tergerak untuk kembali melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat seperti biasa.
Solat-solat sunat yang telah lama saya tinggalkan atas alasan yang tidak munasabah.

‘ Hinanya hamba-Mu ini, Ya Allah..’ bisik hati dalam diam.

Selepas hari berganti minggu, minggu berganti bulan, saya berasa lebih aman. Lebih tenang.

Ya! Semuanya kerana sesuatu rutin yang saya tinggalkan hanya beberapa minggu.

Solusi Bagi Rasa Ini..

Solusi bagi rasa ini, semuanya ada pada anda. Mungkin anda tidak nampak jawapannya lagi. Tetapi, jangan pernah putus harapan dan usaha anda untuk terus mendekatkan diri kepada Dia.

Apabila rasa ini dirasai, barulah kita menghargai Dia yang selama ini kadang-kadang kita abaikan.
Hargailah rasa ini, jika anda sedang merasainya..

Jika anda sudah menemui jawapan atau solusi bagi rasa ini, jangan pernah putus usaha untuk terus dekatkan diri kepada Dia. Jangan pernah biar perasaan itu berulang!

Kerana hanya DIA yang tahu, betapa susah dan peritnya ketika sedang merasai perasaan jauh daripada Dia~

“ Ya Allah, terima kasih atas ujian-ujianMu serta pertolongan-Mu dan kekuatan dari-Mu yang telah kau pinjamkan kepada ku.. Terima kasih, Ya Allah”


Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah..


~ As-Sakinah~