Monday, December 14, 2009

MENGAJAR, DIAJAR DAN BELAJAR..

salam.
dah lama ana tak update blog ana..
asifni..
alasan apa lagi yang ana patut nyatakan ye??
huhu..
sungguh! ana tidak diberi ilham atau idea untuk menulis selama beberapa minggu ini..

kali ini, ana ingin berkongsi sedikit pendapat ana..
tentang..
PERSAHABATAN..

baru-baru ni, ada menonton siaran 'TANYALAH USTAZ' di TV9..
pada awalnya, ana tidak terlalu fokus dengan apa yang telah diperkatakan serta dibincangkan oleh ustaz tu..
namun, ada satu ayat yang ustaz tu cakap,
dan ia memberi ana idea untuk menulis..
alhamdulillah..

ustaz tu cakap mcm ni..
" kadang-kadang, seorang isteri tu, tak dapat untuk menjadi seorang isteri yang solehah,
sebab suami tu tak pernah nak ajar isteri tu, macam mana nak jadi isteri yang solehah..
isteri pulak tak ajar suami untuk menjadi suami dan ayah yang penyayang.. jadi.. macam mana nak dapat isteri solehah dan suami yang penyayang? "

apa farah merepek ni?
xde kene mengena langsung dengan persahabatan..
ada kene mengenanya..!
apa dia??

"kadang-kadang, seorang sahabat tu tak dapat nak jadi seorang sahabat yang baik... kenapa? sebab sahabatnya yang lagi sorang tu, tak penah bagitahu dia macam mana nk jadi seorang sahabat yang baik.. jadi, mcm mana sahabat tu nak jadi seorang sahabat yang baik??"

hah! kan ada kene mengena tu..!
hmm..
sahabat-sahabat,
kita manusia biasa.. tak tahu segala-galanya..
kita perlu diajar, untuk belajar..
kita juga perlu mengajar untuk belajar..

jangan kita jadi seorang yang kedekut dalam berukhuwah,
jangan kita jadi seorang yang ego dalam persahabatan,
jangan kita jadi seorang yang mementingkan diri sendiri dalam berkawan..

kadang-kadang, kita selalu kecik hati dengan kawan kita, sahabat kita, kan??
dia x jaga hati kita..
dia x faham kita..
dia x anggap kita kawan baik dia..
dia berahsia dengan kita...
macam-macam sebab lagi la yang kita bagi..

tapi,
kadang-kadang, mungkin semua tu prasangka buruk kita jugak, kan??
mungkin kita terlalu sensitif..
terlalu berkecik hati..

so.. ayuh!
sama-sama kita muhasabah diri kita..
insyaAllah..
kita baiki diri kita, menjadi lebih baik..
kita tak dapat untuk menjadi sempurna..
tetapi, kita boleh menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.. kan3??

tapi,
ada sesetengah pihak menganggap,
' xpe kalau kita tak jaga hati dia (kawan,shbt dia)..
sebab aku ada Allah..'
ayat di atas mungkin membawa maksud bahawa seseorang ni,
menganggap dia tidak perlukan seseorang untuk dia bergantung..

sungguh! memang kita tidak boleh bergantung kepada benda lain selain Allah..
tapi, hakikatnya..
kita hidup bermasyarakat..
jadi, kita perlu cube memahami, menjaga hati semua pihak..

'hablu min Allah wa hablu min annas..'

bagi pendapat ana, kita tetap perlu menjaga hati sahabat kita..
walau apapun keadaan kita..
marah, kecik hati, geram, sedih, terluka.. atau apa-apa sahajalah..

akhir kalam,

"kita nak sahabat yang baik ?? kita sendiri perlu ajar sahabat kita tu untuk menjadi baik..
kita perlu DIAJAR menjadi baik untuk BELAJAR jadi baik,
kita perlu MENGAJAR orang menjadi baik, untuk BELAJAR jadi baik,
kita juga perlu BELAJAR untuk menjadi baik..."


RENDAHKAN EGO KETIKA BELAJAR..!
JANGAN SOMBONG APABILA ORANG SEDANG MENEGUR!

p/s: semua yang dinasihatkan ni.. semuanya untuk diri ana secara khususnya, dan amnya kepada semua sahabat-sahabat ana yang ana sayang.. kerana Allah..
insyaAllah~


renung-renungkan..

wasalam~
~as-sakinah~









Saturday, November 28, 2009

Salam aidilAdha..

Salam..
Selamat Menyambut AidilAdha..
jadikanlah pengorbanan kita tahun ni, bukan sekadar pengorbanan yang sia-sia..

Suka untuk ana kongsikan..
Semalam, Jumaat.. ( Ari Raya la..)
Ana tengok rancangan Wanita Hari Ini..
tajuknya..' Korban Jiwa'
ada la sikit-sikit perkongsian tentang
kes seorang ibu kehilangan anaknya.. yang diculik bapanya sendiri dan dilarikan ke Belgium (Belgium.. kalau xsilap la)
then,
kes tentang adik Muhammad and adik Ahmad.. ( yang dlu kembar Siam)
Alhamdulillah dapat dipisahkan..
kemudian ada seorang ustaz..
Ustaz Ridhuan..

ini yang nak ana kongsikan..
ustaz tu cakap,
kadang-kadang sekarang ni, orang berkorban,
sekadar korban..
tapi,
dah lari dari hakikat sebenar atau makna sebenar Korban tu..

sepatutnya, daging korban tu dibrikan kepada orang yang betul-betul susah..
mcm setahun sekali je dapat makan daging..
tapi sekarang,
kebanyakannya orang yang senang yang dapat daging tu..

bagi ana,
AidilAdha ni, merupakan saat-saat yang kini kena ambil iktibar..
terutamanya daripada kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail..
kalau nak ana ceritakan, mesti semua dah tahu, kan?

tapi, bagi ana sendiri,
pendapat ana la,
KORBAN itu ialah pengorbanan diri kita..
pengorbanan daripada sikap-sikap yang mazmumah kepada yang mahmudah..
kita kena berkorban..berubah..
untuk diri kita,
keluarga,
agama,
bangsa,
dan negara..

jadikanlah AIDILADHA sebagai salah satu platform perubahan diri kita.. perkara yang tidak baik yang kita selalu buat kita transformkan kepada perkara yang lebih baik..
jangan risau..
biar kita bermula sedikit demi sedikit asalkan kita istiqomah..
ok??

kepada semua..
chayok!!!
teruskan usaha,
melangkahlah dengan langkah yang kecil,
tapi jangan pernah berhenti..!
chayok!!
bittaufiq wannajah..

wasalam..

Sunday, November 22, 2009

berkorban..

salam..
mungkin entry ini pendek..
tapi..
sebagai pemimpin, kita perlu berkorban..
berkorban almost everything..

tenaga,
masa,
mybe family,
studies,
hobbies,
masa makan,
masa tidur,
masa rehat,
sahabat2,
dan..
HATI...

wasalam..

perkongsian 1..

salam kepada semua..


wah!! sudah agak lama blog ini terbiar..
asifni habibi blog..
ana masyhgul..
hehe..(sedang ber'cinta' dengan bahasa syurga)


toiyib,
hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu yang mungkin pelik..
hehe.. yup!
cara-cara ana menghilangkan rasa tension..


almaklumlah, akhir-akhir ni,
hari-hari ana dipenuhi dengan tekanan..
dengan results yg semakin menurun!
dengan kerja-kerja yang terbengkalai,
dengan masalah-masalah 'komunikasi', (hanya yg mengerti akan paham disebalik semua ini)
dengan masalah internet yang sekali sekala OK..
fuh!! macam-macam..
tapi, semua ni, akan ana jadikan sebagai satu cabaran hidup..


tapi,
setiap kali ana rasa tertekan..
ana akn melihat sesuatu yang betul2 membuat hati ana terpikat dengan ciptaannya..


apa die tu??
nak tahu?
hehe..


IT IS THOSE CUTE
LITTLE BABY!


muah!!


kawai...
(comel versi jepun)
aucak!!
comel..!

merenung masa depan..

penenang hati...

comel!!!comel,kan??

hmm.. comel-comel belaka, kan??
inilah die salah satu cara atau pengubat duka serta tekanan ana..
hmm.. mungkin agak pelik..
tapi,
ia betul-betul buat ana rasa tenang..
wajah-wajah mereka yang tiada dosa,
buatkan ana terkenang zaman kanak-kanak dulu..
yang tiada masalah perlu difikirkan..

"alangkah seronoknya melihat budak-budak berlari-lari tanpa memikirkan masalah"
"tapi, satu hari nanti, mereka akan membesar dan akan ada msalah jugak,kan?"


akhir kalam..
khas buat seorang sahabatku, Ili Mahira Hj. Zamani..
ingat trademark kita?
ingat jugak tak gambar kita kat Langkawi yang penuh semangat tu??
hehehe.. gambar ni, khas untukmu..
hahahaha..

sekian..
wasalam..
~as-sakinah~
22.10.2009










Sunday, October 25, 2009

Allah knows..

salam..
kepada semua sahabat2 ana yang ingin atau sedang berubah..
teruskan usaha..!
chayok..!!
lagu ni, khas buatmu..!


Allah Knows 
By Zain Bhika and Dawud Wharnsby Ali 

When you feel all alone in this world 
And theres nobody to count your tears 
Just remember no matter where you are 
Allah knows, Allah knows. 

When youre carrying a monster load 
And you wonder how far you can go 
With every step on that road you take 
Allah knows, Allah knows. 

Chorus: 
(Cause) No matter what, inside or out 
Theres one thing of which theres no doubt 
Allah knows, Allah knows. 
And whatever lies in the heavens and the Earth 
Every star in this whole universe 
Allah knows, Allah knows. 

When you find that special someone 
Feel your whole life has barely begun 
You can walk on the moon shout it to everyone 
Allah knows, Allah knows. 

When you gaze with love in your eyes 
Catch your glimpse of paradise 
And you see your child take the first breath of life 
Allah knows, Allah knows. 

When you lose someone close to your heart 
See your whole world fall apart 
And you try to go on but it seems so hard 
Allah knows, Allah knows. 

See we all have a path to choose 
Through the valleys and hills we go 
With the ups and the downs never fret never frown 
Allah knows, Allah knows. 

Every grain of sands in every desert plants 
He knows 
Every sheet of palm, every closed hand 
He knows 
Every sparkling tear on every eye lash 
He knows 
Every thought I had and every word I share 
He knows 
Allah knows

wasalam..
25.10.2009
6 zulkaedah 1430
~as-sakinah~

Saturday, October 24, 2009

step by step..

salam ukhuwah..
sekali lagi seinfiniti kesyukuran kepada Allah,
kerana telah memberi ana ruang dan peluang untuk meneruskan hobi baru ana..
menulis..hehe..

baiklah..
kali ni, tajuknya.. step by step..

ramai orang berkata..
'farah,aku nak berubah.. aku nak jadi lebih baik..doakan aku ye..'
'farah,tolongla aku.. aku tak tahu macam mana nak berubah..'
'farah, aku tak kuat la.. aku tak boleh la nak berubah..'

(dialog di atas merupakan dialog2 daripada orang yang berlainan)

tapi.. tiba-tiba...................

' farah.. aku dah putus asa! aku tak nak berubah!!!!! cukuplah...!!! aku tak

nak...!!'

 BERHENTI~~~!!!!

 

sahabat-sahabat..

tahniah jika anda ingin berubah ke arah yang lebih baik..

tapi.. kena ingat..

bila kita nak buat baik, Allah akan bagi kita ujian..

sebagai satu tarbiyah dan kekuatan untuk kita pada hari mendatang..

 

ingat!!

Allah bagi kita ujian bukan sebab Allah tak sayangkan kita..

tapi, sebab Allah sayangkan kitala Allah bagi kita ujian..

ingat tu...

 

perubahan yang kita nak buat terhadap diri kita,

bukanlah satu perkara yang dapat dilakukan

dalam sekelip mata,

dalam satu saat,

dalam satu jam,

dalam satu hari, satu bulan atau satu tahun..

tetapi..

perubahan yang akan dilakukan dalam diri kita,

memakan masa..

 

kita perlukan masa dan ruang untuk kita sentiasa muhasabah dan memotivasikan diri kita..

buat satu persatu..

 

step by step..

but...

DON'T STOP!!

 

suka untuk ana berkongsi pengalaman diri ana yang tak seberapa ni..

ana, jenis yang mudah berkobar2 untuk melakukan sesuatu yang ana suka..

tapi, bila i can't make it,

ana akan kecewa..

so, i kept thinking..

mana salah ana..??

 

day after day,

time after time,

i notice that my dreams was too big for me..

i can't make it by myself..

i need time to achieve my own dream..

i need support and motivation..

 

pernah sekali,

ana cbe bantu guru untuk wat presentation ttg multimedia sikit di sekolah..

tapi, sedihnya, ilmu ana tentang multimedia is not that good..

and i'm still n will always STUDY those multimedia things..

jadi, ana ingat nak minta bantuan daripada sahabat-sahabat ana..

tapi, mereka banyak kerja.. dan tak dapat nak bantu ana and ajar ana..

 

so, that time..

ana terasa kecewa dengan diri ana,

sebab tak tahu banyak perkara tentang multimedia..

 

tapi..

bila ana fikirkan kembali, sedalam-dalamnya..

ana teringat kata-kata Ustazah Syakirah..

ustzah kata,

" kita bermula daripada yang mudah.."

 

kita sebagai manusia biasa,

memang layak untuk melakukan kesilapan,

dan takkan lekang daripada melakukan kesilapan,

tapi..

ingat!!

kita perlu BETULKAN kesilapan kita,

dan JANGAN ULANG LAGI..

 

jadi.. ana kembali sedar..

kita manusia.. memang perlu berubah..

daripada tak tahu, kepada tahu..

daripada tahu, kepada lebih tahu..

pendek kata, daripada buruk kepada baik..

daripada baik, kepada lebih baik..

make sure,

hari ini lebih baik dari semalam..

 

apabila kita ingin berubah dan berjaya dengan perubahan yang kita lakukan ini,

memang kita perlu berimpian besar,

kita perlu 'aim our own target',

but then,

jangan terlalu cepat ingin berjaya..

jangan terlalu gopoh mengejar kejayaan..

STEP BY STEP..!

jejakkan kaki kita ke tanah dahulu,

kemudian dakilah bukit kejayaan kita perlahan-lahan,

biar lambat asalkan selamat..

biar kita mendaki secara perlahan-lahan,

tapi,

kuncinya..

JANGAN PERNAH BERHENTI!!

kemudian, gapaila impianmu setinggi awan..

step by step..

 

segala-gala yang ana coretkan ini,

merupakan satu motivasi dan nasihat untuk diri sendiri juga..

semoga kita semua dapat ambil iktibar..

dan mana yang tak sesuai, buanglah..

ana pun manusia biasa, yang banyak melakukan kesalahan..

jika ana ada wat kesilapan, tegur-tegurlah ana..

wassalam..

 

 

23.10.2009

4 Zulkaedah 1430

~as-sakinah~

Thursday, October 22, 2009

hatiku sakit..!! terluka..!!

"kau tahu tak, ko ni PARANOID!!  kau dah tak percayakan sapa2 lagi.. termasuk aku..! 
sebab apa?? sebab ko anggap semua orang dalam dunia ni jahat!! 
kau tahu tak, kadang2 aku rasa macam malas sangat nak layan kau ni.. 
sebab apa?? sebab aku tak dapat nak release tension aku!
aku gurau sikit kau marah..aku tension kawan dengan kau..!" marah Ainul kepada Aisha.

salam..
hari ni,terasa ingin menulis tentang 'hal ini'..
hal apa?? ana sendiri tidak dapat menafsirkan hal ini.. sebab ana tidak tahu apa perkataan yg sesuai untuk hal ini..

terkejut bukan apabila kita bangun subuh..
bersihkan diri, bersiap, bersarapan..
belajar.. tengok TV.. tolong mak..
tiba-tiba, handphone kita berbunyi..

'tit,tit,tit,tit..' (nada mesej lama..hehe..)

1 messege received

kita tengok nama sahabat kita yang tertera..
tapi,
tiba-tiba..
mesej sebegitu yang diterima..
hatiku sakit!! hatiku terluka..

pada waktu ini, bagi yang perempuan..
mesti dalam hati berkata macam ni..
'apa salah aku?? napa kawan aku wat aku macam ni??'
(ataupun dialog yang lain-lain yang sama waktu dengannya..) 

kalau lelaki..
ana tak pasti..
hehehe...

ha!!
stop!!!


persoalannya..
apabila kita berhadapan dengan situasi macam ini..
apa yang selalu kita buat??
menangis?? 
menyalahkan diri??
bersedih?
mengurungkan diri??
buat tak tahu??
atau.. mengadu pada teman lain??
anda sendiri yang tahu..

tapi..
di sini, 
ingin ana ingatkan khususnya kepada diri ana sendiri  dan secara amnya kepada semua yang membaca.
ingatlah wahai sahabat..
Allah sentiasa di sisi kita..
kita yang selalu lupakan Dia..
'Allah sebaik2 tempat untuk kita mengadu..'
ayat tu selalu sangat kita dengar,kan??

tapi..
kenapa Allah??
ha!!
sebabnya...
bukankah Allah itu Maha Mengetahui.. jadi.. Allah tahu semuanya..
tak perlu berselindung..

Allah takkan pernah sisihkan kita bila kita mencari Dia..
Allah takkan pernah pandang serong terhadap kita..
Allah akan sentiasa berada di sisi kita..
untuk mendengar rintihan, luahan, tangisan dan segala-galanya..
kasih sayang Allah itu sememangnya luas..

mungkin,kadang-kadang, bila kita ada masalah,
kita segan nak bercerita dengan orang..
kita takut orang tu akan pandang serong terhadap kita..
apabila kita menceritakan masalah kita kepada dia..
lagi-lagi,
kalau orang yang ada masalah tu merupakan orang yang dikenali dengan kehebatannya dlm ilmu agama..
atau sebagainya..
tapi,
hakikatnya..
kita semua manusia biasa..
yang tak lekang daripada tarbiyah dan ujian Allah..

tak salah kalau kita nak berkongsi maslah kita dengan manusia..
tapi,
bila sampai satu tahap di mana kita rasa orang akan pandang tak elok dan serong kepada kita kalau kita ceritakan maslah kita..
di situlah phrase 'Allah sebaik-baik tempat mengadu..'

pada masa tu lah kita akan teringat..
kalau kita tiada sesiapa lagi..
kita ada Allah..
kasih sayang Allah sangat-sangat luas...
tapi..
bila kita diberi sedikit ujian,sedikit kesusahan.. 
kita salah kan Allah..
kita kata Allah tak adil..
no!
jangan pikir macam tu..
Allah tak pernah janji TAK akan beri kita kesusahan,
tapi,
Allah JANJI akan sentiasa BERSAMA kita dalam kesusahan..

tapi..
kita seringkali lupa pada DIA..
kita seringkali tidak menjadikan DIA sebagai yang terawal yang patut kita ceritakan masalah kita..kan??

renung-renungkan..dan selamat beramal..
semua ini khas untuk diri ana sndiri juga...
semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya..

*nama-nama di atas bukan nama yang sebenar..(harap maklum) 
(^_^)



22.10.2009
3 Zulkaedah 1430
~as-sakinah~