Pagi Jumaat lepas, bersamaan 28 Mei 2010 mendung. Semendung hati-hati kami yang telah kehilangan insan yang paling kami sayang.
Pagi itu tepat jam 8.30, dia telah pergi meninggalkan kami, meninggalkan dunia ini. Meneruskan perjalanannya ke alam yang lain.
Perginya dia, tidak akan kembali lagi. Perginya dia, untuk selamanya.
Pagi itu, kami bersiap-siap dengan bertungkus lumus selepas mendapat panggilan daripada pak cik saya di Shah Alam.
Cuaca masa itu mendung. Kami bertolak dari Seremban hampir pukul 9.
Ya! Kami tak sempat jumpa dia.
Sampai sahaja kami di rumah atuk dan nenek di Shah Alam, ramai yang dah ada. Jiran-jiran. Saudara mara kami. Keluarga kami sahaja yang tinggal jauh dari bandar Shah Alam. Jadi, kami sampai agak lewat.
Sesampai sahaja kami di sana, sekujur badan telah ditutup dengan kain putih. Hati kami pilu. Hati saya sebak. Semasa membacakan surah Yassin buat arwah, suara saya terketar-ketar. Jiran-jiran datang memberi ucapan takziah dan pertolongan.
Selepas solat Jumaat, jenazah dibawa ke surau untuk dimandikan, dikafan dan disolatkan. Wajah arwah berseri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Belum sempat masuk waktu asar,arwah telah di kebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21.
Mulut Si Cilik.
Semasa di tanah perkuburan, ketika anak beranak sedang memasukkan jenazah ke dalam liang, kedengaran satu persoalan dari anak kecil yang baru berumur 4 tahun kepada makcikku.
Batrisya, 4 tahun bertubuh kecil, comel dan pintar!
“ Mama, kenapa orang masukkan yai (panggilan atuk bagi kami) dalam kubur? Yai buat apa dalam tu?” petah mulut seorang kanak-kanak berbicara.
Soalannya itu tidak dijawab oleh ibunya. Ibunya membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan.
Kami terkejut mendengar soalan itu dari kanak-kanak sekecil itu..!
Keesokannya,Aqil 7 tahun, abang kepada Batrisya bertanya kepada Mak Yai (panggilan nenek bagi kami)
“ Mak Yai, Tisya tanya Yai buat apa dalam kubur,” soalnya ragu-ragu.
Kami hanya mampu tertunduk, nenek kami pula tersenyum mendengar soalan itu.
“ Tisya tanya apa lagi?” Mak Yai bertanya lagi.
“ Pastu, Tisya cakap, Yai tak mati, Yai saja nak tidur dalam tu, ye ke?” soal Aqil lagi. Dia sendiri keliru dengan kenyataan adiknya.
Kami hanya mendiamkan diri. Mak Aqil dan Batrisya meleraikan rasa kaku itu dengan menyuruh mereka untuk makan.
Kami tak tahu apa yang patut kami jawab untuk soalan-soalan seperti itu. Malah, kami sendiri masih terkesan dengan kepergiannya secara mengejut.
Bagaikan Mimpi
Semua yang berlaku ini, bagaikan mimpi.
Mimpi yang begitu pantas. Semua ini berlaku terlalu cepat.
Namun, kami redha. Kami yakin ini semua yang terbaik untuk arwah. Bukankah Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang..?
Kami rela dengan pemergian arwah, sudah lama arwah menanggung sakit-sakit tua. Cuma kadang-kadang, saya terasa ini semua bagaikan mimpi. Sunggguh!
Yai,
walaupun kita tidak serapat mana,
namun dalam hati ini ada kamu.
Walaupun kita tidak seakrab yang disangka,
namun dalam hati ini ada kamu.
Walaupun jarak kita semakin jauh,
alam ini dan alam barzakh,
namun dalam hati ini ada kamu.
Dalam hati ini ada kamu, masih dan akan sentiasa ada.
Semoga dirimu berbahagia di sana.
Semoga dirimu ditempatkan bersama orang- orang yang soleh.
Semoga Allah memudahkan segala urusanmu.
Semoga dirimu terlepas dari siksaan kubur.
InsyaAllah~
Hanya doa yang kini mampuku sedekahkan buatmu di sana,
dengan harapan dirimu di sana sentiasa sejahtera.
InsyaAllah~
Amiin~
*Atuk saya, Abdul Hamid bapa kepada ayah saya Md. Sidek bin Abd. Hamid telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2010 tepat jam 8.30 pagi.*
Al- Fatihah.
Monday, May 31, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Virus Detected!!
Tidak!!!
Owh! Ya! Semuanya telah berlaku~
Semuanya telah hilang seperti debu diterbangkan angin.
SEMUANYA!
Semua hasil penulisan dan novel saya telah hilang bukan ditelan zaman, tetapi hilang ditindas virus..~
Hanya di situ, (komputer di rumah) menjadi tempat saya melepaskan rasa bosan, sedih, gembira dan hampa.
Di situ jua saya telah coretkan semuanya..
dan, di situ jua semuanya telah pergi..
Kau Pergi..
Mungkinkah pemergian itu satu hikmah dan nikmat dari Yang Maha Esa?
Ya! Itu satu yang PASTI~
Benar, insiden ini banyak hikmahnya..
Saya ingin memulakan sebuah karya, maaf, bukan sebuah tetapi mungkin lebih banyak karya,
dengan lebih matang dan semestinya dengan nafas baru. Tidak klise~
Meskipun saya amat, amat, amat sayangkan semua yang telah saya coretkan,
namun mungkin saya perlu kehilangannya untuk memulakan kehidupan dan nafas yang baru dalam medan penulisan.
Sama juga seperti jika seseorang kehilangan barang atau insan yang paling disayangi..
Semuanya kerana Allah ingin mentarbiyah kita supaya menjadi lebih tabah,sabar, cekal dan paling penting tidak berputus asa..
Hilang…
Akhir-akhir ini, isu ketandusan idea sedang melanda diri saya.
Walaupun banyak sangat perkara yang boleh dicoretkan dan dikongsi, tetapi..
Everything seems not right, everything seems ‘empty’..
Tapi, saya yakin Allah akan bantu saya.. InsyaAllah~
Lagipun, novel yang sudah hampir 40 muka surat saya karang itu seolah-olah hilang rohnya serta saya juga kehilangan arah tujuan penulisan di persimpangan perjalanan cerita.
Saya semakin mengabaikan novel itu dan menyebabkan saya sendiri tidak melatih diri lagi untuk menulis.
Saya akan memulakan cerita baru dan buku baru dengan nafas baru.
Bukan Impian
Menjadi seorang penulis bukanlah satu impian saya tapi, saya hanya ingin untuk terus menulis demi kemaslahatan semua~
Ya! Penulisan saya mungkin tidak sebaik mahupun sehebat sahabat-sahabat saya yang lain,namun, keinginan dan minat untuk menulis dalam diri ini, menebal.
InsyaAllah, selepas SPM, saya ingin menghadiri beberapa jenis kursus, terutamanya kursus berkenaan penulisan,multimedia dan mungkin fotografi..?
( Ada ke kursus-kursus seperti itu?)
Saya juga belum mencari maklumat mengenai semua itu, kekangan masa membataskan saya untuk terus mengejar impian dan minat~
(Mungkinkah? Atau semua ini sekadar satu alasan..?)
Doakan yang terbaik untuk saya.. insyaAllah~
~ As-Sakinah~

Saturday, May 8, 2010
~ You're here, but you're not~
“Langit hari ini tidak mesra seperti biasa seperti hubungan kita ini.
Mentarinya menusuk mata, kehangatannya sehangat hati ini apabila bertemu denganmu.
Aku tahu, langit tidak akan selalu cerah, kadang-kadang mendungnya pasti tiba.
Namun, sejauh manakah aku dapat bertahan dengan mendungnya perasaan ini
ketika kau berlalu di sisiku, tanpa kata, tanpa senyummu seperti biasa, tanpa apa-apa!
Terkadang aku terfikir, mampukah aku bertahan di dalam kehujanan ini. Kemendungan yang melanda ini membuat aku terfikir, untuk cuba berdiri dengan sendiri, lebih berdikari dalam apa-apa jua.
Namun, aku yakin kekuatan aku untuk lebih berdikari datang dari kau.
Walau macam manapun kau layan aku, aku akan cuba jadi seorang sahabat yang baik untuk kau, aku akan cuba lupakan semuanya yang telah kau perlakukan. Aku akan cuba bangkit dan terus tersenyum kepada dunia.
Mungkin,kau ada masalah peribadi yang mungkin tidak mampu kau kongsikan dengan aku. Tapi, mengertilah aku sentiasa akan cuba ada untuk kau bila-bila masa kau perlukan.. Insya-Allah~”
~!!Khas buat seorang sahabat yang amat saya sayang!!~

Subscribe to:
Posts (Atom)