Monday, April 12, 2010

So Far, still, So Close..~

Sewaktu saya sedang menulis ini, hati dan akal sedang sarat dengan emosi serta perancangan-perancangan mendatang untuk semua kerja-kerja yang perlu disiapkan segera.

Namun, otak sedang ligat untuk membina bait-bait ayat seterusnya, jari sedang lancar menari di papan kekunci.

“ Mengapa tiba-tiba aku terasa Allah jauh dengan aku?” risau Aisha.
“ Allah memang jauh daripada kita..” seloroh Maria.
“ Bukan itu maksud aku..” kata Aisha.

Maria hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya.

Mengapa Terasa Jauh?

Mengapa terasa jauh ya?
Mengapa??
Mengapa???

Soalan ini mungkin tidak mungkin dapat dijawab dengan hanya satu perkataan.
Tidak mungkin juga dapat dijawab dengan satu jawapan.

Kerana, semuanya ada pada anda sendiri.
Benarkah?
Ya!
Semua jawapannya di dalam diri anda. JIka anda terasa jauh sekarang dan anda ingin mencari jawapan bagi soalan itu mungkin jawapannya masih samar-samar.

Saya Terasa Jauh Kerana..
Suka sekali untuk saya berkongsikan sebuah cerita seorang sahabat rapat saya yang merasai seperti apa yang dirasainya bersama anda.

Ceritanya……

“Ya! Saya juga pernah merasai perasaan seperti itu.
Jauh dengan Allah~
Tapi, mengapa?”

Apabila seseorang terasa jauh daripada Allah, hatinya akan resah, serba tak kena, fikiran bercelaru. Semuanya serba salah. Kadang-kadang buntu, seperti hilang cahaya di dalam malam. Gelap!

“Kenapa saya rasa macam ni?”

Soalan yang sering bermain di minda ketika terasa jauh daripada Allah..
Saya muhasabah kembali, apa yang tidak kena?

Banyak! Banyak yang tidak kena.
Saya hanya insan biasa dan hamba Allah yang dhoif.
Wajarlah untuk saya berasa sedemikian.

Alhamdulillah, satu malam yang hening, ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi,
Allah telah kejutkan saya. Tepat jam 3.45 pagi, saya terjaga dari tidur. Terjaga dari mimpi yang aneh.
Ya! Aneh! Sungguh aneh..

Mata terasa berat, tapi saya cuba juga untuk menggagahi diri untuk bangun. Tahajud.
Malam itu lain, daripada malam-malam yang biasa. Malam itu terasa indah. Sejuk dan aman.
Malam itu tidak seperti hati saya yang resah dan gundah.
Malam itu indah!
Saya terus terlena di atas sejadah.

Keesokannya, ketika Subuh hati saya kembali resah. Tidak tentu hala. Saya semakin risau.
Saya cuba mencari solusinya. Saya buntu! Tiada jawapan yang konkrit.

Malam itu, sekali lagi, saya terjaga. Saya memohon pada Allah.

“ Ya Allah.. Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini..
Sungguh banyak, Ya Allah..
Lebih banyak daripada bintang-bintang di angkasa,
lebih banyak daripada pepasir di tepian pantai.

Ya Allah.. Ampunkan dosaku..
Ya Allah.. Bantulah aku..
Bantu aku mencari solusi bagi resah di hati ini..

Ya Allah.. Jangan tinggalkan aku..
Jangan tinggalkan aku sendirian..
Aku tidak bisa hidup tanpa-Mu..
Aku hamba yang hina..
Aku mohon ampun atas kesilapan dan dosa-dosaku..
Jangan tinggalkan aku, Ya Allah..”

Saya terlena dalam tangisan.

Esoknya, saya berasa sedikit tenang. Sedikit.
Malamnya, sebelum saya merehatkan diri. Hati saya tergerak.
Tergerak untuk kembali melakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat seperti biasa.
Solat-solat sunat yang telah lama saya tinggalkan atas alasan yang tidak munasabah.

‘ Hinanya hamba-Mu ini, Ya Allah..’ bisik hati dalam diam.

Selepas hari berganti minggu, minggu berganti bulan, saya berasa lebih aman. Lebih tenang.

Ya! Semuanya kerana sesuatu rutin yang saya tinggalkan hanya beberapa minggu.

Solusi Bagi Rasa Ini..

Solusi bagi rasa ini, semuanya ada pada anda. Mungkin anda tidak nampak jawapannya lagi. Tetapi, jangan pernah putus harapan dan usaha anda untuk terus mendekatkan diri kepada Dia.

Apabila rasa ini dirasai, barulah kita menghargai Dia yang selama ini kadang-kadang kita abaikan.
Hargailah rasa ini, jika anda sedang merasainya..

Jika anda sudah menemui jawapan atau solusi bagi rasa ini, jangan pernah putus usaha untuk terus dekatkan diri kepada Dia. Jangan pernah biar perasaan itu berulang!

Kerana hanya DIA yang tahu, betapa susah dan peritnya ketika sedang merasai perasaan jauh daripada Dia~

“ Ya Allah, terima kasih atas ujian-ujianMu serta pertolongan-Mu dan kekuatan dari-Mu yang telah kau pinjamkan kepada ku.. Terima kasih, Ya Allah”


Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah..


~ As-Sakinah~