Wednesday, March 18, 2009

. : Iman Mutiara . :

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


by-raihan...-


salam..
ingat lagi tak nasyid kat atas tu??
mestila masih ingat ye tak?
dah lama dah nasyid ni, ana mula kenal nasyid ni, masa ana tadika lagi.. hehe..
namun, nasyid inila nasyid yang paling ana ingat.. sampai sekarang..
baiklah..

hmm.. pada awalnya,(time tadika dulu) nasyid ini, hanya merupakan nasyid yang hanya digemari oleh anak2 riang.. tanpa mengetahui maksud sebenar lirik yg tersirat di sebalik nasyid ini..
namun, apabila diri ini sudah mula mengenal dan mula bertatih ke alam remaja dan meniti erti kehidupan, barula ana mengerti apa yang penulis lirik ini cbe memberitahu..huhu~
amik masa yang agak lama tu untuk ana memahami bait2 lirik itu..

baiklah, apa yang ana faham ye??

1.'Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia'

iman, itu sangat berharga sehingga diibaratkan seperti mutiara..
iman juga merupakan satu elemn penting bagi setiap manusia..
iman juga merupakan fitrah bagi setiap manusia, walaupun insan itu bukan beragama Islam..
mengapa??
kerana...
iman itu ialah... 'Yang meyakini Allah

Maha Esa, Maha Kuasa'

sebenarnya, menurut apa yang telah ana pelajari,
semua manusia mempunyai fitrah untuk beragama..
walaupun mereka ingkar, namun, mereka tetap akn mencari Allah...


2.

'Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa'

tanpa iman, macam mana kita nak jadi hamba Allah yang bertaqwa??
kerana, iman lah merupakan kayu ukur akan ketaqwaan kita kepada Allah..ye tak??

3. ‘Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa’

Part inila yang paling best..! sebab apa??

Sebab ini jugaklah part yang laing kita smua selalu salah sangka..

Kita sering dengar mcm ni.. :

“apala budak tu, ayah mak org baik2, ustaz wa ustzah, tapi anaknye..!! masyaAllah..! perangai teruk..!” ujar seseorang..

Namun, dalam lirik di atas boleh kita kenalpasti yang…

Iman itu bukanlah satu harta warisan yang dapat diwariskan seorang ayah atau ibu kepada anak-anaknya..kan??

So, renung2kan ye…

4. ‘Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai’

Ingatlah sahabat2 sekalian, iman itu, bukannya satu material yang dapat kita beli dengan wang ringgit, yanga da bersepah ditepi pantai, yang boleh kita dapatkannya dengan mudah..

Iman tidak dijual di pasar raya dengan harga 5 seringgit atau pun beli 1 dapat 2..

Tidak…

Tapi… iman ini… merupakan sesuatu yanga mat sukar dimiliki.. pabila dimiliki ia amat susah untuk dijaga, kerana… iman tu iabrat senipis kulit bawang.. ye tak??

Sebab tu Allah akan masukkan orang2 yang beriman ked alma syurga..

Bukan senang2 nak masuk syurga tau..

Tapi, La budda la na.. ( nak x nak ),

Kita kne punya iman, kne buat baik, kne jaga iman… nak masuk syurga x??

Dalam surah Al-Insyirah..ayat 4 dan 5..

“sesungguhnya sesudah kesusahan ada kesenangan..”

Muda.. Cuma sekali.. so, kita kumpul banyak pahala.. ok?? Chayok..!

5. 'Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki’

Nak dapatkan iman ni, bukannya hanya berdasarkan ujian fizikal semata-mata, tapi ia

berkait rapat dengan soal hati…

Ujian yang Allah berikan, itu semua untuk menguatkan iman..

Kita tak akan dapat iman,

walau kita mendaki gunug yg tinggi..

Walau kita meredah lautan api..

Namun tak dapat jua dimiliki…

Jika……..

‘Jika tidak kembali pada Allah’

Jadi, kesimpulannya….

Nak dapatkan iman????

KEMBALILAH PADA ALLAH…..




P/S: semoga kita semua mendapat yg terbaik daripada Allah.. sama2lah kita mecari iman dan mardhatillah.. insya Allah… jangan give up…!! Chayok2..!!


Monday, March 2, 2009

~ Hujung Minggu yang....~

salam...
Alhamdulillah.. ana masih ada peluang untuk menulis..

hmm.. nape ye tajuk entry ana kali ini "Hujung Minggu yang dot dot dot.."
Semuanya hanya kerana... Hujung minggu ni, macam yang berlaku sepanjang 2 hari..
sangat letih, tension dan seronok..!
hehe..

pada hari jumaat yang lepas (27.2.2009)
xbanyak sangat perkara yang berlaku, cumanya, ana agak teruja dengan aktiviti makan kek bersama ahli usrah ana..
ana dapat rasakan, 'bekas' usrah(kerana dh bertukar usrah) ana yang masih ana sgt2 sygi.. mereka rindukan kami berusrah masa dulu..
ada yang nak menitiskan air mata..
ana agak terharu dengan mereka..
tapi, ana yakin, naqibah mereka yang baru ni, mampu buat mereka lebih sygkan usrah kerana Allah..

hari Sabtu.. (28.2.2009)
hari Sabtu yang lepas, ana ke rumah pak cik ana di Damansara..
kami sekeluarga tido di sana kerana keesokannya kami ada kenduri di Sungai Buloh..
SERONOK!! kerana ana dapat luangkan masa bersama 4 org sepupu yg ana sgt rindu..!
mereka berumur dlm lingkungn, 2- 11 tahun..
dari yang paling tua : Maisarah, Sabrina, Aqil, Batrisya)

mereka sangat2 xcomel..!
ana ingat nk letak gambar mereka tp, ada sdkt mslh.. so, lain kali, ana letak.. :-)
mlm tu, parents ana kuar, gi dating.. hehe.. xde r, mereka ada dinner.. so, ana duk umah dengan sepupu2 ana..

Mereka sangat up-to-date tentang games..(ps n wii)
kalau hari Sabtu n Ahad, memang menghadap tv n main game je la depa tu..
tapi, malam tu, depa x main games.. memang miracle la.. parents depa pun pelik..
disebabkan ana n adik ana dh nak ujian, so, kami studyla dlm bilik..
depa pun ikut study sekali.. depa baca buku Asuh..
seronok tengok depa baca, ada yang baca kuat2, ana n adik pun.. of course la x dapat nk tumpukan perhatian ntuk study..
so, ana joinla sepupu2 ana ni membaca..
ana ceritakan kat depa ttg kisah2 yg ada dlm buku tu.. kisah nabi, kisah sahabat2 nabi, n kisah2 teladan..
budaj2, bila dah dengar cerita, mestila seronok.. tp, Sabrina tu, memang agak banyak tanya..
layan jela..
soalan die bukan calang2 soalan..
at last, semua dah letih.. sblm tido, depa ajak baca doa.. hehe..
sangat comel..!


Ahad, (1.3.2009)

pagi tu, bgun subuh.. sarapan..
teringt plak peristiwa kat meja makan masa pagi tu..
pakcik ana tanya kat Batrisya..(2 tahun setengah)
"Tisya2, dlm byk2 doa, doa apa yang orang selalu x baca.."
sambil die garu2 kepala tiba2..
"ha..!!! Tisya tahu! Doa sebelum doa..!" dengan konfiden n pelatnya Batrisya menjawab soalan ayahnya..
kami semua gelak tengok telatah dia..
tiba2..
"eh..! mana ada doa sebelum doa.. Tisya salah la.." sampuk Batrisya dengan nada yang agak malu2 kerana dia dah salah..
" Jwpnnya,doa sebelum makanla...." gelak Tisya..
ana tersenyum dengar jawapan yang FAKTA drpt kanak2 sekecil itu..
jadi, kami pun ramai2 baca doa sblm mkn..

dlm pukul 9, kami ke IKANO..
di sana, kami jalan2 makan2, n beli barang..
seronok layan kerenah budak2 ni..
sedang kami berjalan2, Sabrina(8 tahun) bertanyakan satu soalan..
"akak2, nk tanya ni.. kalau Allah yang jadikan kita, abis tu, sapa yg jadikan Allah?"
kami adik beradik terdiam mendengar soalan yang keluar dari mulut kanak2 bijak tu..
so, ana jwb la apa yang mampu dia fikirkan..
"Allahkan hebat, jadi, Allah x perlukan sapa2 tuk ciptakan Dia.."
"aah ek, lpe plak, Cikgu kat sekolah kata, Allah tu paling hebat..!"die menjawab sambil berlari2..

fuhh..! nasib baik die paham.. agak ssh nak jwb soalan yg susah dengan cara yg mudah..
kemudian, ana terdengar pulak Sabrina ni tnya kat Batrisya..
"Tisya takut hantu x?"tanya Sabrina...
"Hantu?? Takut.. tapi, Allah kan ada.." jwb Tisya..
"pandai adik akk, kitakan ada Allah, jadi, xperlula takutkan hantu.. kan?" jwb Sabrina..
"aah, Allah kan hebat..! Allah boleh bunuh hantu kejap je.." jwb Tisya..

ana agak terkejut mendengar jwpn dari anak sekecil 2 tahun setengah tu, dengan petahnya cakap macam tu..
dalam pelat2, pintar jugak budak ni..
kejadian tu, buat ana tersenyum je bila tengok muka2 suci mereka yang tiada dosa..

petang tu, kami dah balik dari kenduri.. kami pun nk balik ke Seremban..
mereka berat hati sngt nk lpskan kami.. siap mereka tnya..
"akk esok x pyh skolah boleh x? duduk dengan kita org??" soal Maisarah..(11 thun)
"x blh, sok akk periksa.." jwb ana dgn agak sedih nk tinggalkan mereka..
"abis tu, npe akk duk jauh sgt? npe akk duk seremban? susah kita nk jumpa.." tnya Aqil.. (5 thun)
"nk buat mcm mana, nnt dh besar, akk pindah rumah.. k?" gurau adik ana, Amirah..

kami pun pulang dengan berat hati.. belum sempat tiba di rumah, telefon adik ana berdering..
Sabrina telefon.. tpi, die senyap aje.. die kata saja nk dengar suara akk2..
tergelak ana dengar jwpn dia..

itula cerita ana untuk HUJUNG MINGGU YNG.................

p/s: moral kali ini, nk ajar anak2 mengenali Allah dan memahami Islam, bkn kerja mudah..
pendidikan sejak kecil perlu ada dlm setiap BAIT MUSLIM..
Chayok2, kepada semua..! kerana Allah...